5 PERKARA PERLU DILAKUKAN PELAJAR UNIVERSITI UNTUK TAMBAH DUIT

5 PERKARA PERLU DILAKUKAN PELAJAR UNIVERSITI UNTUK TAMBAH DUIT



Dengan keadaan kos sara hidup yang tinggi ramai pelajar yang terpaksa mengikat perut sehingga memudaratkan diri semata-mata mahu berjimat. Mungkin ada yang dapat pinjaman dan tidak tetapi perlu diingat jangan berjimat tanpa tambah duit.

Berikut adalah 5 perkara yang mungkin boleh membantu anda untuk keluar dari masalah kewangan.

1. Di Universiti Ada Gerai Makan Bukan? Kerja Di Situ

Mula-mula masuk universiti anda tidak dapat pinjaman lagi. Apa yang anda boleh lakukan adalah kerja di gerai makan sama ada di dalam atau di luar kawasan universiti. Asalkan tidak ponteng kelas dan mengabaikan pelajaran. Kerja di gerai makanan ini dapat makan percuma adalah gaji sikit-sikit.

2. Dapat Duit Pinjaman, Beli Printer

Bila sudah dapat pinjaman anda perlu beli printer. Jika tiada laptop untuk sambungkan dengan printer jangan risau cari kawan yang boleh jadi business partner. Letakkan harga yang kena dengan harga semasa. Contohnya sekeping 20, 30 sen kiralah sendiri jika ramai yang datang lebih-lebih lagi hujung semester. Pastikan anda simpan duit untuk rolling beli katrik baru atau dakwat baru.

3. Guna Duit Pinjaman Beli Makanan Ringan

Jual makanan ringan, topup, air kotak, air tin, choki-choki dan lain-lain lagi di blok asrama. Pastikan ada catatan harian dan kira apa yang anda jual. Biar ada sistem walau simple saja. Pandai-pandai gunakan duit PTPTN untuk dapatkan gandaan. Daripada simpanan hasil jualan sebegini, anda dapat kurangkan bayaran pinjaman PTPTN jika tak banyak sangat guna. Seksa tahu mahu bayar interest bertahun-tahun.

4. Puasa Sunat Isnin, Khamis

Bila anda berpuasa sunat Isnin dan Khamis, anda hanya perlu belanja 5 hari sahaja dalam seminggu.

5. Berniaga Secara Offline Atau Online

Bila duit pinjaman masuk, jangan cari kawan yang memang ada duit, nanti anda kena buat kerja seorang diri. Cari kawan yang sama susah macam anda yang jenis makan maggi seminggu enam kali. Orang susah saja faham macam mana nak cari jalan keluar dari kesusahan. Beli barang yang anda boleh jual secara online mahupun offline.

MENGEJUTKAN! Penonton AJL30 Kecewa Tidak Dibenarkan Solat di Surau

Diarah Solat di Luar Stadium, Penonton AJL30 Kecewa



Tiada apa yang patut dibanggakan dengan Anugerah Juara Lagu ke 30 (AJL30) kata seorang penonton yang hadir menyaksikan acara itu secara langsung.

Mereka yang mahu menunaikan solat dikatakan tidak dibenarkan masuk ke dalam surau yang hanya boleh digunakan untuk staff. Apa yang lagi menyedihkan apabila tindakan seorang polis yang mengatakan kepada seorang gadis agar tidak payah menunaikan solat.

Kisah ini dikongsikan oleh Wan Mohd Allif‎ di Facebook miliknya.

#ajl30 #tv3 TIADA APA YG BOLEH DIBANGGAKAN! Sy, 2 org pemuda, seorang gadis & sepasang suami isteri veteran bertanyakan surau.. Ia x boleh digunakan kecuali utk staf kerana ia d laluan berhampiran pink carpet.

Kami disuruh turun dan solat diluar stadium yg agak jauh & pasti penuh. Kalau pulang sblum 8.30 malam & bawa keratan tiket yg telah dikoyak PASTI DIKATA KAMI MENCURI! Ada polis mmberitahu gadis itu "TAK PAYAH SOLAT LA"! Jahanam islam polis tu!

Maka kami memulakan langkah dengan solat di dalam stadium tetapi dipepenjuru tanpa berlapik apa2. Setelah itu ramai turut menyusul mengikut kami berjemaah. Saya bukan mahu bgtau satu dunia sy solat kerana ia memang wajib..

Persoalannya, KENAPA TAK DISEDIAKAN RUANG KHAS JIKA SURAU SEDIA ADA X BOLEH DIGUNAKAN??? Boleh kata 99% dalam stadium ni MELAYU ISLAM.. X SOLAT KE SMUA? Period ke lelaki pun? Dlu d stadium putra tiada masalah. Jika dah buat dtempat kecil, SEDIAKAN APA YG SEPATUTNYA!

Kami kecewa dgn pengurusan sekuriti yg x mmberi kami menggunakan surau.. Kawalan ketat diluar stadium rasanya sudah cukul selamat. I DON'T THINK ARTIST2 DAH MAKEUP BAGAI NK MASUK SURAU UTK SOLAT KAN???? Please peka.. Nk berhibur biar beramal juga. #quputeh #pamoga #kecewa #mohonviralkanagarlebihpeka

Benarkah Akhbar KOSMO Sabotaj Produk QU PUTEH??

Isu Akhbar Kosmo! Sabotaj Qu Puteh



Umum mengetahui dua produk Qu Puteh yang diasaskan oleh usahawan melayu berjaya, Datuk Seri Vida telah ditarik balik kerana kandungan produk berkenaan mengandungi merkuri.

Terbaharu, Aktivis Bangkit, Mohd Eddy Casmady Che Hussin telah mempersoalkan tindakan akhbar Kosmo! yang dilihat seperti sengaja mensabotaj Qu Puteh.

Ikuti luahan Eddy Casmady di laman page Facebook rasmi beliau.

Saya hairan betul dengan surat khabar Kosmo ni. Isu penarikan 2 produk Qu Puteh bukan main highlight di muka depan dengan tajuk "PRODUK KECANTIKAN QU PUTEH BERACUN". (Tajuk bukan main gempar seolah-olah semua beracun, padahal hanya 2 produk)

Isu-isu lain diam pula. Judi, arak, rumah urut yang terang-terang HARAM taknak pula dia highlight.

Ke seronok lihat usahawan Melayu tersungkur dan mendapat malu????

Saya cadangkan editor KOSMO berehat sahaja lah kalau niat tu cuma wang dan langsung tidak ada jati diri orang Melayu. Orang Melayu boikot surat khabar yang terang-terang 'tikam' orang Melayu kita sendiri.

Viralkan!

ISU QU PUTEH - Ini Hasil Eksperimen Merkuri Pada Produk Qu Puteh

Eksperimen Merkuri Pada Produk Qu Puteh



 Seorang netizen membuat eksperimen untuk mengkaji kandungan merkuri yang didakwa terkandung dalam produk Whitening Qu Puteh. Hasil yang didapatinya sangat mengejutkan.

Pengguna Facebook, Paridah Ghani tampil menjalankan eksperimennya sendiri untuk mengkaji samada benar atau tidak produk Qu Puteh mengandungi merkuri sehingga diharamkan dan ditarik balik.

Ikuti kajian dari beliau di bawah ini dan ulasan mengenainya.

Qu putehhh qu putehh baru la putihhh..muahhhh!!!

katenye ada merkuri kan...den pn try la jd mcgyver buat test dgn emas n bakor...xde pn ccn emas jd hitam...bakor pn xde plak jd hitam...jd kt mana merkuri yg tingi nye???

Ingt kan den ngn RKG je sering dilanda fitnah...my idol dato vida pn kena...ermm mcm mana la melayu nk maju...phd xhabis2...takat tu je la melayu oii mmg ramai org kita xsuka bangsa sndiri maju...nmpk nak naik ckit ada je xkena...itu xkena ini xkena...celik mata bukak minda tgk bangsa lain..ada ke mcm bangsa kita..tepuk kepala tanye akal.





ISU QU PUTEH - Ketahui Perbezaan Kandungan Merkuri Dalam Qu Puteh & Vaksin

Merkuri Dalam Qu Puteh Dipersoal Tapi Dalam Vaksin Tidak



Merkuri: Qu Puteh Vs Vaksin

Ramai yang tidak berpuas hati apabila produk Qu Puteh Whitening diharamkan kerana mengandungi merkuri sehingga mengaitkan dengan kandungan kimia itu di dalam vaksin.

Berikut merupakan persoalan yang timbul.



Dan ini merupakan ulasan ilmiah Pseudoscience Watch mengenai isu yang timbul ini.

Edisi: Antivax ataupun yg Unvaxxkan anaknya tanya soklan. So, kami tolong jawabkan

Ada yang bertanya kenapa kandungan mercury di dalam produk Qu Puteh dipersoalkan. Tetapi kandungan mercury di dalam vaksin tidak dipersoalkan.

Pertamanya anda kena faham sesuatu yang dinamakan sains. Dan di dalam sains ada satu subject namanya chemistry. Dan di dalam subject chemistry ini ada menerangkan kenapa perkara itu berlaku. Klu awak tak belajar chemistry awak memanglah tak tahu.

Saya bagi satu contoh yg senang agar anda semua faham tentang pentingnya ilmu kimia dalam menceritakan sesuatu perkara. Jikalau anda fail kimia, maka anda akan banyak membantah perkara2 yang anda sendiri dangkal tentangnye.

Sebagai contoh garam dapur yg selalu kita gunakan. Nama kimianya adalah sodium chloride(NaCl). Ianya selamat digunakan dan cuma memberi rasa masin di lidah. Tetapi jika kita cuba isolatekan kedua2 bahan ini menjadi 'sodium metal' dan 'chlorine gas' sahaja, maka bahan ini sgt aktif dan berbahaya.

Cukuplah jika anda meletakkan 'sodium metal' ini di atas lidah anda, mgkn muka anda sudah berkecai dahulu sebelum sempat anda menutupkan mulut. Begitu juga jika 'sodium metal' itu diletakkan di dalam air. Maka, ianya akan menghasilkan satu bahan yang baharu iaitu sodium hydroxide(NaOH) yang bersifat alkali dan sgt kuat menghakis. Senang cerita, setiap gabungan unsur2 yang berlainan akan menghasilkan effect yang berbeza.

Dalam bab pemutihan yang digunakan oleh produk Qu Puteh ianya mengandungi mercury. Mercury jenis apa? Iaitu antara mercury dichloride atau ammoniated mercury. Kedua bahan ini mampu menghilang pigment yang menyebabkan warna kulit menjadi gelap. Malangnya bahan ini mempunyai 'Half-life' yang lama di dalam badan manusia. Maksudnya mecury dichloride atau ammoniated mercury lambat dibuang drpd pada kita dan menyebabkan mercury toxicity.

Berlainan pulak dgn komponen Thimoresal di dalam vaksin. Nama kimianya dikenali sebagai Sodium ethylmercurithiosalicylate. Di dalam bahan tersebut mengandungi ethylmercury yang dimana 'half-life' di dalam badan manusia tidak sampai seminggu pun. (Ko bukannya nak cucuk vaksin setiap hari pun)

Akhir sekali saya nak bagitahu je. Dah takde pun unsur mercury dalam vaksin ni kecuali beberapa vaksin untuk selsema(Flu vaksin).

Saya bukan provaksin pun sebenarnya. Tapi saya pro-knowledge. Saya berpegang pada ilmu dan fakta yang benar. Bukan berpegang pada ketaksuban yang tidak berasas.

APA SALAH PETRONAS? Bekas Pekerja Petronas Jawab Tuduhan Negatif Orang Ramai

Sejak kebelakangan ni macam-macam yang berlaku di negara kita. Dari berita Menteri Besar Kedah, Dato’ Paduka Mukhriz akan dilucutkan jawatan, biasiswa JPA akan dimansuhkan dan juga berita bahawa Petronas akan membuang pekerja diatas sebab ekonomi negara yang makin gawat serta harga minyak dunia jatuh.

Oleh dari hal itu, Petronas tak dapat lari dari terima respon negatif dari sesetengah masyarakat. Tak senang dengan hal itu, bekas pekerja yang sudah 5 tahun bekerja dengan Petronas buka mula tentang isu ni. Harap-harap dapat buka minda anda semua.

“Apa Salah PETRONAS?” 



Sejak kecoh tentang harga minyak dunia yang jatuh merudum, banyak sangat rumours tentang masa depan PETRONAS yang merupakan penyumbang UTAMA kepada budget negara.

Ada rumours yang cakap gaji staff PETRONAS akan dikurangkan sebanyak 10-30%.

Ada juga rumours yang cakap PETRONAS akan offer VSS kepada staff mereka untuk mengurangkan kos.

(Semuanya masih di peringkat RUMOURS selagi mana belum ada pengesahan daripada pihak PETRONAS sendiri.)

Yang saya pelik…

Kenapa ramai yang macam ‘suka sangat’ bila baca rumours tentang nasib staff PETRONAS?

Apa salah pekerja PETRONAS sampai ada yang PERLI dan KUTUK mereka seolah2 merekalah punca harga minyak dunia jatuh dan negara berhadapan dengan krisis kewangan?

Walhal masa ‘zaman kegemilangan’ harga minyak dunia, PETRONAS menyumbang dana yang sangat besar kepada negara.

Dan pekerja PETRONAS lah antara yang berkerja keras untuk memastikan perkara tersebut berjaya direalisasikan.

Jadi…

Apa salah PETRONAS?

Mereka dah banyak menyumbang kepada negara.

Duit takde sekarang bukan salah PETRONAS, tapi salah pihak yang menguruskan duit yang disumbangkan oleh PETRONAS.

Ada yang tak puas hati sebab pekerja PETRONAS kononnya gaji dan bonus besar sangat…

Percayalah…

Kerja di PETRONAS bukan kerja goyang kaki masuk lambat balik awal (lepas tu dapat gaji besar).

Ramai pekerja di PETRONAS yang masuk kerja awal (seawal jam 6.30 pagi) dan terpaksa pulang lewat malam.

Saya tau benda ni sebab saya pernah bekerja di PETRONAS selama 5 tahun.

Dan saya ada ramai kawan dan family members yang masih di PETRONAS.

Mereka masih bekerja keras; keluar awal pagi dan balik lewat malam untuk memastikan PETRONAS boleh bagi duit pada negara.

Adalah tidak adil dan tidak wajar untuk mengutuk dan memerli mereka seolah2 cabaran yang kita sedang lalui adalah salah mereka.

Sebaliknya sepatutnya kita BERSYUKUR mereka masih bekerja keras untuk negara.

Dan kita patut DOAKAN supaya masa depan mereka kekal cerah dan dipermudahkan oleh Allah.

Hari ini mereka sedang diuji.
Esok lusa, mungkin kita pula.

Sekian bebelan di pagi Jumaat.

Firdaus Azizi

Bekas Pekerja Oil & Gas smile emoticon
.
#‎PrayForPETRONAS
#‎PETRONASTakBersalah

Nota Kaki:

Kepada yang claim PETRONAS ‘curi’ hak orang Sabah dan Sarawak @ royalti…

Tolong faham bahawa PETRONAS takde kuasa nak tentukan berapa royalti yang dibayar pada setiap negeri.

Itu semua kuasa pemimpin yang dipilih oleh rakyat.

Hence…

Kalau nak ubah pembahagian royalti, kenalah ubah pemimpin @ kerajaan.

PETRONAS as a company takde kuasa.
Staff PETRONAS apatah lagi…

Ramai jer orang Sabah & Sarawak dapat kerja di PETRONAS dan company Oil & Gas lain.

Wanita Berjubah Curi Gamat Kering Guna Teknik Kepit Celah Kangkang

Wanita berjubah curi gamat kering guna teknik kangkang

RAKAMAN CCTV di dalam kedai Chong menunjukkan seorang wanita dibantu seorang lelaki yang mencuri gamat di Jalan Ibrahim, Segamat

Wanita berjubah kepit balang celah peha curi gamat kering | Seorang wanita mencuri ratusan gamat kering disimpan di dalam balang kaca dijual di sebuah kedai ubat tradisional di Jalan Ibrahim di sini, jam 12.15 tengah hari semalam, dengan mengepitnya di celah paha.

Bagi memastikan kegiatannya sukar dikesan, wanita terbabit memakai pakaian labuh. Dia turut dibantu seorang lelaki yang berpura-pura membantunya berjalan sebelum mereka keluar dari premis berkenaan lapor Harian Metro.

Pemilik perniagaan, Chong Choon Shee, 46, berkata, kejadian terbabit menyebabkannya kerugian RM8,000.

“Saya menyedari perkara itu selepas meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Saya meneliti rakaman berkenaan kerana hairan apabila mendapati balang berisi gamat di rak pameran dalam keadaan tidak tersusun.

“Lelaki berusia 40-an itu pula membantu wanita terbabit berjalan. Dia sukar untuk berjalan kerana balang berkenaan mungkin disepit di celah pahanya,” katanya.

Inilah Workshop & Mekanik Kereta Paling Cantik Dan Bersih Di Malaysia

Viral: Pomen Kereta Paling Cantik Dan Bersih Di Malaysia

Selalu kalau kita ke bengkel2 kereta jarang ada pomen perempuan, namun di German Garage ada kelainannya. Ada tanya betul ke perempuan boleh jadi pomen? boleh ke pegang spanar?



German Auto Garage, yang bertapak di Bangi korang boleh dapat sentuhan pomen dari wanita yang boleh dikatakan pembersih la gak huhu, jangan kereta tak rosak pon korang datang sudah la :p







6 Jenis Makanan Unik Dan Kreatif Dicipta Oleh Rakyat Malaysia

Tidak dinafikan Rakyat Malaysia hari ni terlalu kreatif dalam mempelbagaikan citarasa makanan. Malah, ianya lebih sedap dan unik berbanding resipi yang asal. Anda sedar tak ada beberapa jenis makanan tempatan yang mempunyai kombinasi yang sungguh unik tapi sangat sedap dan boleh diterima tekak?

Ok, kali ni kami nak senaraikan 6 jenis makanan  unik dan kreatif yang dicipta oleh Rakyat Malaysia.

1. Roti Canai Meriah






Cantikkan roti canai ni dengan macam-macam warna ada. Melalui info yang dikongsikan, setiap warna mempunyai rasa yang berlainan:-

Biru: Perisa Vanila
Hijau: Perisa Pandan
Kuning: Perisa Pisang

Lokasi kedai ini terletak di Kampung Mak Lagam, Kemaman, Chukai, Terengganu. Sekali sekala bolehlah cuba roti canai meriah ni sebab dia punya perisa yang sangat menarik seperti vanilla.

2. Karipap Inti Bihun



Kebiasaannya, bahan utama inti karipap ialah daging dan kentang. Ubi kentang sering digunakan sebagai inti karipap, adakalanya inti ubi keledek juga turut digunakan. Tetapi bagaimana pula rasanya apabila bihun dijadikan sebagai inti karipap? Ramai yang cakap karipap jenis ni memang popular dekat Sabah. Kombinasi yang sangat menarik dan kreatif.

3. Popia Pisang



Terliur kan tengok popia pisang ni? Hihi. Biasanya popia yang kita makan tu digoreng dengan sayur dan dibalut dengan kulit popiah serta dicicah dengan sos. Tapi resipi popia pisang ini sangat unik sebab ianya cepat, mudah dan murah. Anda tak perlu cicah dengan apa sos pun sebab makanan ni dah memang manis.

4. Belalang Goreng




Belalang goreng ini agak popular dan banyak kali kita pernah dengar, cuma tak pernah lihat sahaja. Ada yang digoreng  dan ada juga yang menggunakan santan untuk lebih sedap. Anda berani cuba tak?

5. Landak Masak Rendang



Siapa sini pernah makan landak? Mesti “scary” kan? Landak? Tajam-tajam tu ? Sedap ke?. Yelah kalau biasa yang kita selalu makan pun rendang ayam dengan daging je kan. Ramai yang suka daging landak ni. Kata mereka daging landak lebih sedap dari daging ayam tetapi cuma liat sedikit sahaja. Ada yang digoreng, dibuat rendang dan juga dimasak lemak. Macammanalah rupanya kulit landak yang tajam-tajam tu dibuat rendang.

6. Yong Tau Foo Pasu




Hahahaha. Kreatif gila lah rakyat Malaysia ni. Tahulah dah ada aiskrim pasu tapi takkan semua benda nak dipasukan? Haha.

5 Pekerjaan Di Malaysia Yang Menawarkan Bayaran Lumayan Tanpa Perlukan “Degree”

Kita semua tahu yang ijazah kita perolehi hasil dari pengajian kita sangat mempengaruhi pilihan kerjaya. Namun begitu, di pihak majikan, segulung sijil hanyalah sekadar lesen asas bagi menentukan gaji di samping memastikan calon berkenaan tahu sedikit sebanyak tentang jawatan yang dipohon dan mampu bekerja pada tahap penyeliaan yang minima. Tetapi pada zaman yang semakin mencabar ini, ramai majikan yang mencari calon yang mempunyai pengalaman kerja selain hanya kelayakan akademik.

Jadi mahasiswa terperangkap dalam situasi ini di mana kebiasaannya mahasiswa memerlukan pekerjaan untuk menimba pengalaman tetapi sekarang ianya sudah berubah di mana mahasiswa perlu mempunyai pengalaman untuk mendapatkan kerja.

Jangan risau! Disini kami senaraikan  5 kerjaya yang  boleh memberi pulangan lumayan kepada sesiapa sahaja yang berminat walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari universiti.

1. Pemandu Teksi Uber



Anda mempunyai kereta sendiri dan mempunyai masa lapang? Apa kata anda gunakan kereta anda untuk mendapatkan pendapatan tambahan dengan hanya memandu. Tahukah anda, syarikat teksi terbesar di dunia, iaitu UBER membayar gaji kepada pemandu mereka pada setiap minggu. UBER hanya mengenakan caj sebanyak 20% daripada bayaran penumpang sebagai caj mereka. Contohnya, dalam seminggu, pendapatan adalah sebanyak RM100, UBER akan mengenakan caj sebanyak RM20. Jadi, pemandu UBER akan menerima bayaran sebanyak RM80 terus ke akaun mereka. Biasanya bayaran akan terus masuk ke akaun pada hari Rabu berikutnya. Waktu pengiraan caj bayaran adalah bermula 4.00 pagi hari Isnin hingga 3.59 pagi Isnin berikutnya. (sumber dari ceritawan.com)

2. Penasihat Kewangan



Turut dikenali sebagai ‘wealth advisor’ merupakan individu yang bertanggungjawab untuk mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah. Semua bank dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka. Antara faedah dari pekerjaan ini ialah komisen yang lumayan, pendapatan pasif, waktu kerja yang fleksibel, pakej percutian percuma dan bermacam-macam lagi.

3. Agen Insurans



Perasan atau tidak semakin tinggi kesedaran masyarakat berkenaan dengan pemilikan skim insurans dan takaful persendirian. Terbukti telah ramai yang berjaya malah menjadi jutawan selepas menceburi bidang ini. Cara untuk menjadi ejen insuran ialah pemohon perlu lulus ujian berkaitan. Antara syarikat yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan popular di Malaysia adalah Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Prudential BSN Takaful Berhad, Etiqa Takaful Berhad dan lain-lain. Ianya bukan mudah, kalau anda rajin berusaha, anda boleh mendapat sehingga RM5000 sebulan.

4. Agen Hartanah



Salah satu kerjaya yang menawarkan pulangan yang lumayan adalah sebagai agen hartanah. Hartanah adalah terdiri dari rumah teres, kondo, flat, tanah kosong, tanah pertanian, lot kedai, pejabat, kilang dan pelbagai lagi. Pelbagai hartanah ini memberi peluang untuk agen menjual apa sahaja malah kalau anda lihat di laman web hartanah ada sahaja pelbagai hartanah ini untuk dijual setiap hari. Ada yang menjangkau angka RM50,000 untung atas angin selepas satu jualan yang telah dihasilkan. Senarai maklumat atau ebook berkaitan hartanah di Malaysia boleh baca di sini.

5. Safety & Health Officer



Bidang tugas ialah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan / organisasi itu mengikut standard DOSH.  Gaji besar tetapi tanggungjawab juga besar. Pendapatan tahunan untuk pekerjaan ini boleh mencecah sehingga rm50,000.

Sumber dari The Greater Malaysia dan Mynewshub.cc

Dulu Tak Cantik, Kini Berubah Ayu, Bijak & Usahawan Berjaya

Dulu Tak Cantik, Kini Wanita Ini Berubah Georgeous, Bijak dan Business Woman Berjaya 

Rasanya kawan-kawan sekolah wanita ini yang dulunya anggap Hanis Arif atau nama Instagramnya nonones ini tak cantik, mesti akan rasa terkejut dengan perubahannya yang awesome ni.

Malah yang lelaki pula mesti rasa menyesal sebab tak pernah cuba untuk ‘mengorat’ kan? Hanis Arif ini bukan sahaja cantik, tapi merupakan seorang business woman berjaya gitu!



Zaman serkup sampai kening!






Now Beauty with brains

Sumber memberitahu bahawa wanita ini sebenarnya adalah seorang engineer yang berhenti kerja semata-mata kerana mahu membuka perniagaan tudungnya. Wah, Hebat!

Kini, brand tudung yang dipasarkan oleh Hanis Arif ini telah pun menambat hati hijabista di Malaysia, kiranya memang jadi sebutan lah!

Nah, kami belanja lagi sekeping dua foto wanita georgeous ni! Psst.. dengar cerita dia boleh bawak superbike jugak!










Kisah Cemas Gadis Hampir Diculik Oleh "Abang Sado"

Gadis 16 Tahun Trauma Hampir Diculik Abang Sado Dari Van Putih



“Saya takut apabila van itu tiba-tiba berhenti di depan saya sebelum lelaki bertubuh tegap turun menghampiri dan bertanya mahu ke mana sebelum saya berundur dan berlari sekuat hati,” kata pelajar perempuan tingkatan empat dikenali sebagai Nurul Amira, 16, yang mendakwa cuba diculik tiga lelaki berusia awal 30-an menaiki van putih di Kampung Paya Datuk di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.50 pagi, mangsa dari taman perumahan di sekitar Paya Datuk di sini, bersendirian menunggu bas berhampiran Balai Raya Kampung Paya Datuk memetik Harian Metro.

Pelajar perempuan sekolah menengah di Simpang Ampat di sini, berkata, dia melihat van berkenaan berhenti beberapa meter dari tempat dia menunggu bas sebelum pintu penumpang depan terbuka.

“Saya perasan van itu dipandu laju selepas lampu isyarat merah sebelum ke kiri dan berhenti tidak jauh dari saya, selepas itu seorang lelaki awal 30-an turun dari van putih dan menuju ke tempat saya menunggu bas.

“Ketika itu, saya perasan selain pemandu, seorang lagi lelaki berada di tempat duduk belakang membuka pintu kiri dan bertanya mahu ke mana,” katanya yang masih trauma terutama selepas membaca cerita diviralkan di Facebook dan WhatsApp.

Pramugari Dilihat Menangis Sebelum Ditemui Mati Jatuh Tingkat 4

Pramugari Dilihat Menangis Sehari Sebelum Ditemui Mati Jatuh Tingkat 4



Mayat mangsa, Chong Nyuk Moi, 29, ditemui dalam keadaan tertiarap oleh beberapa penduduk di situ pada jam 6.25 petang semalam.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis (IPD) Cheras berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat seorang perempuan yang dipercayai terjun dari tingkat empat bangunan itu pada jam 6.28 petang.



Katanya, beberapa anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mayat seorang perempuan yang lengkap berpakaian berada dalam keadaan tertiarap di atas jalan di bawah bangunan Blok B Green Avanue Bukit Jalil.

“Mangsa yang bekerja sebagai pramugari syarikat penerbangan MAS dipercayai mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala dan badan.


“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dikatakan bertindak terjun dari tingkap rumah di blok berkenaan berdasarkan bukaan pada tingkap dan juga selari dengan tempat dia jatuh.

“Tiada saksi melihat kejadian itu, tetapi dipercayai berlaku ketika hujan lebat sekitar jam 6.30 petang semalam,” katanya.

Menurut jurucakap itu lagi, polis turut menemubual seorang rakan mangsa yang tinggal serumah, tetapi tidak sedar kejadian itu berlaku kerana sedang tidur di bilik berasingan.

Bagaimanapun, katanya, rakan itu memberitahu pada awal pagi kejadian, mangsa dilihat menangis seorang diri di bilik tidurnya, tetapi tidak mengetahui punca yang berlaku.

“Namun, anggota polis menjumpai nota kecil yang diconteng dengan perkataan yang disyaki untuk membunuh diri terletak di atas katil dalam bilik tidur mangsa.

“Keadaan bilik mangsa tidak berselerak dan dompetnya juga masih berada di atas katil serta tingkap bilik tidur telah terbuka dan konsisten dengan tempat mangsa jatuh,” katanya.

Siasatan juga katanya, mendapati kematiannya tiada unsur jenayah dan mangsa dipercayai bertindak terjun keluar melalui tingkap bilik untuk membunuh diri.

Mayat Nyuk Moi kemudian di bawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat.

‪#‎infoBSKHKUcrew‬

Benarkah Wanita Melayu Mudah Tergoda & Tewas Pujuk Rayu Mamat Afrika?



Oktober ini sepatutnya majlis perkahwinan saya tetapi semuanya hancur sekelip mata apabila polis datang mengetuk pintu pejabat,”.

Itu keluhan penjawat awam yang mahu dikenali sebagai Rodziah, 45, yang menjadi antara ribuan mangsa sindiket Love Scam yang didalangi warga Afrika.

Rodziah yang memiliki seorang anak berusia lima tahun memberitahu, Ahmad Yusof, lelaki yang dikenali dikenalinya di Facebook telah berjanji akan menikahinya pada Oktober ini sehingga menyebabkan dia memasang angan-angan untuk membina sebuah mahligai bahagia menjadi impiannya.

“Kami berkenalan di Facebook pada tahun lalu dan sepanjang perkenalan itu, dia terlalu baik di mata saya sehingga saya tertarik dan akhirnya bersetuju untuk menjadi teman istimewanya beberapa bulan selepas itu.

“Walaupun tidak bertemu saya yakin dialah pasangan sehidup semati saya malah menaruh harapan untuk membina rumah tangga suatu hari nanti. Harapan itu termakbul apabila dia sudi melamar saya dan mengikat kata janji untuk satu majlis pada Oktober nanti.

“Bagaimanapun, pada Jun lalu, sepasukan polis datang ke pejabat saya dan menunjukkan waran tangkap terhadap saya. Bila saya diberitahu Ahmad Yusof adalah warga Afrika yang menyamar sebagai warganegara Turki, hati saya luluh sehingga sekarang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menceritakan tentang penipuan yang dilakukan Ahmad Yusof, Rodziah berkata, dia sebenarnya dipujuk untuk menyerahkan wang bagi ‘membebaskan’ hadiah berisi barang kemas yang ditahan pihak kastam di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

“Bagaimanapun, saya tidak mempunyai wang lalu Ahmad Yusof mencadangkan agar saya membuat pinjaman bank. Alhamdulillah, saya tidak berbuat demikian kerana mempunyai komitmen pinjaman bank terdahulu.

“Bagaimanapun dia yang dipanggil sayang memujuk saya membuka akaun bank serta meminta saya mengeposkan kad ATM itu kepadanya untuk satu urusan gaji. Saya menuruti permintaan itu kerana namun langkah itu akhirnya menjerat saya sehingga kini,” katanya.

Rodziah kini berhadapan dengan pendakwaan di mahkamah kerana disyaki terlibat dalam sindiket Parcel Scam ekoran beratus-ratus transaksi antara mangsa dan sindiket berlaku di dalam akaun bank yang didaftar di atas namanya.

KURANG AJAR! Stacy Tak Boleh Makan Babi Lepas Peluk Islam

Stacy tak boleh makan babi lepas peluk Islam.. – komen Netizen



Menusuk ke jantung terus kalau korang baca komen-komen negative yang dilemparkan kepada Stacy atau nama baru saudara Islam kita, Ummu Syaikhah Stacy Abdullah. Pedas sungguh kata-kata nitezen, langsung tak pedulikan hati dan perasaan orang lain.

‘Stacy peluk Islam, nanti tak dapat lagi kau makan babi’ perhhhhhhh sakit pulak hati ni bila baca. Rata-rata yang komen negative selepas dorang dapat tahu Stacy masuk Islam adalah orang Sabah. Dorang macam tak puas hati pulak bila Stacy pilih untuk memeluk Islam, siap perli-perli pulak tu apa masalah dorang ni??!



Sepatutnya kita bersyukur dan terima keputusan Stacy, ehhhhh dia yang masuk Islam korang yang panas apesal?? Tak mati pun la kalau tak boleh makan babi! Bikin panas jela korang ni, buat macam korang pulak yang dipaksa peluk Islam.



Ada jugak yang pertikai, kalau peluk Islam sebab nak kawin dengan lelaki Muslim nanti mesti menyesal. Hurmmmm sedih Gomez dengan kata-kata keyboard warrior yang tak habis-habis perasan perfect nih! Sepatutnya dorang bagi semangat untuk Stacy bukannya komdem dia macam ni.

Biar la dia dengan keputusan dia, family Stacy pun sokong dengan keputusan yang dibuat tapi korang yang takde kena mengena pulak yang nak over lebih.

Akibat Ingin Cantik - Ovari Dibuang Akibat Obses Dengan Supplement & Kolagen

Ovari terpaksa dibuang akibat obses dengan supplement dan kolagen



Untuk kelihatan cantik dan menawan, segelintir wanita sanggup melakukan apa sahaja sehingga tidak memikirkan bahaya yang bakal dilalui. Malah produk kecantikan dan kesihatan seperti supplement, kolagen dan jamu saban hari semakin banyak dipasaran.

Derita yang dilalui wanita ini mungkin bakal menyentak dan mengubah minda korang semua mengenai pengambilan sebarang produk supplement dan sebagainya. Menurut wanita yang juga bekas pramugari ini, sebelum sakit dirinya sentiasa mengambil supplement dan kolagen dengan kadar yang banyak.



Namun kesan daripada pengambilan terbabit membahayakan dirinya sehingga dibedah beberapa kali untuk membuang cyst ( ketumbuhan).

Moga pengalaman berguna wanita ini memberi manfaat kepada kita semua. Atau boleh rujuk kepada yang pakar bagi mendapatkan dengan lebih info.