5 Pekerjaan Di Malaysia Yang Menawarkan Bayaran Lumayan Tanpa Perlukan “Degree”

Kita semua tahu yang ijazah kita perolehi hasil dari pengajian kita sangat mempengaruhi pilihan kerjaya. Namun begitu, di pihak majikan, segulung sijil hanyalah sekadar lesen asas bagi menentukan gaji di samping memastikan calon berkenaan tahu sedikit sebanyak tentang jawatan yang dipohon dan mampu bekerja pada tahap penyeliaan yang minima. Tetapi pada zaman yang semakin mencabar ini, ramai majikan yang mencari calon yang mempunyai pengalaman kerja selain hanya kelayakan akademik.

Jadi mahasiswa terperangkap dalam situasi ini di mana kebiasaannya mahasiswa memerlukan pekerjaan untuk menimba pengalaman tetapi sekarang ianya sudah berubah di mana mahasiswa perlu mempunyai pengalaman untuk mendapatkan kerja.

Jangan risau! Disini kami senaraikan  5 kerjaya yang  boleh memberi pulangan lumayan kepada sesiapa sahaja yang berminat walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari universiti.

1. Pemandu Teksi Uber



Anda mempunyai kereta sendiri dan mempunyai masa lapang? Apa kata anda gunakan kereta anda untuk mendapatkan pendapatan tambahan dengan hanya memandu. Tahukah anda, syarikat teksi terbesar di dunia, iaitu UBER membayar gaji kepada pemandu mereka pada setiap minggu. UBER hanya mengenakan caj sebanyak 20% daripada bayaran penumpang sebagai caj mereka. Contohnya, dalam seminggu, pendapatan adalah sebanyak RM100, UBER akan mengenakan caj sebanyak RM20. Jadi, pemandu UBER akan menerima bayaran sebanyak RM80 terus ke akaun mereka. Biasanya bayaran akan terus masuk ke akaun pada hari Rabu berikutnya. Waktu pengiraan caj bayaran adalah bermula 4.00 pagi hari Isnin hingga 3.59 pagi Isnin berikutnya. (sumber dari ceritawan.com)

2. Penasihat Kewangan



Turut dikenali sebagai ‘wealth advisor’ merupakan individu yang bertanggungjawab untuk mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah. Semua bank dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka. Antara faedah dari pekerjaan ini ialah komisen yang lumayan, pendapatan pasif, waktu kerja yang fleksibel, pakej percutian percuma dan bermacam-macam lagi.

3. Agen Insurans



Perasan atau tidak semakin tinggi kesedaran masyarakat berkenaan dengan pemilikan skim insurans dan takaful persendirian. Terbukti telah ramai yang berjaya malah menjadi jutawan selepas menceburi bidang ini. Cara untuk menjadi ejen insuran ialah pemohon perlu lulus ujian berkaitan. Antara syarikat yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan popular di Malaysia adalah Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Prudential BSN Takaful Berhad, Etiqa Takaful Berhad dan lain-lain. Ianya bukan mudah, kalau anda rajin berusaha, anda boleh mendapat sehingga RM5000 sebulan.

4. Agen Hartanah



Salah satu kerjaya yang menawarkan pulangan yang lumayan adalah sebagai agen hartanah. Hartanah adalah terdiri dari rumah teres, kondo, flat, tanah kosong, tanah pertanian, lot kedai, pejabat, kilang dan pelbagai lagi. Pelbagai hartanah ini memberi peluang untuk agen menjual apa sahaja malah kalau anda lihat di laman web hartanah ada sahaja pelbagai hartanah ini untuk dijual setiap hari. Ada yang menjangkau angka RM50,000 untung atas angin selepas satu jualan yang telah dihasilkan. Senarai maklumat atau ebook berkaitan hartanah di Malaysia boleh baca di sini.

5. Safety & Health Officer



Bidang tugas ialah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan / organisasi itu mengikut standard DOSH.  Gaji besar tetapi tanggungjawab juga besar. Pendapatan tahunan untuk pekerjaan ini boleh mencecah sehingga rm50,000.

Sumber dari The Greater Malaysia dan Mynewshub.cc