Bagi pesakit yang menggunakan ubat dan alat-alat perubatan ke atas anggota badan yang berongga seperti mulut, lubang hidung, telinga, dubur (suppository) dan faraj (pessary) apabila dimasukkan ubat atau alat-alat perubatan, huraian masalah berkaitan adalah seperti berikut.
Sumber : Penguatkuasa Farmasi KKM |
Rawatan Perubatan Yang Tidak Membatalkan Puasa
1. Menggunakan ubat titis mata, titis telinga dan cucian telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga).
2. Pil tablet nitroglycerin (GTN) atau ubat yang menyamainya yang diambil secara meletakkannya di bawah lidah tanpa ditelan bagi merawat kesakitan dada (angina pectoris) bagi pesakit jantung.
3. Melakukan prosedur tampalan gigi, cabutan atau pembersihan gigi dan memberus gigi dengan siwak (tooth cleanser) dengan syarat individu yang berpuasa tidak menelan apa-apa bahan semasa prosedur rawatan tersebut.
4. Semua bentuk suntikan sama ada melalui lapisan kulit, otot, sendi, atau salur darah.
5. Pendermaan atau pemindahan darah.
6. Penggunaan ubat-ubatan dalam bentuk sapuan, balutan dan plaster pada permukaan kulit.
7. Pengambilan sampel darah untuk ujian makmal.
8. Memasukkan tiub kecil (catheter) melalui salur darah untuk tujuan pemeriksaan seperti prosedur angiogram untuk pemeriksaan jantung.
9. Pemeriksaan laparoscop, iaitu pemeriksaan dalaman dengan menggunakan alat yang dimasukkan melalui dinding abdomen untuk pemeriksaan bahagian dalam pesakit.
10. Berkumur-kumur (termasuk berkumur-kumur secara gargle iaitu sehingga air hampir ke tekak), dan ubat teraputik semburan ke mulut yang tidak melibatkan proses menelan.
11. Menjalani biopsy iaitu pengambilan spesimen atau cebisan yang diambil daripada hati atau organ-organ lain untuk tujuan analisa makmal.
12. Penggunaan ubat semburan (spray) hidung tanpa disedut.
13. Rawatan dialisis untuk masalah pesakit buah pinggang sama ada hemodialisis atau peritonealdialisis.
14. Menjalani rawatan bius setempat atau separuh (local) dengan semburan atau suntikan
setempat.
15. Penggunaan ubat buasir yang memasukkan semula kawasan buasir pada tempatnya tanpa
termasuk pada kawasan rongga yang dalam.
Rawatan Perubatan Yang Membatalkan Puasa
1. Penggunaan alat sedutan (inhaler) untuk rawatan lelah atau penyakit paru-paru kronik.
2. Memasukkan sebarang tiub kecil (pessary) atau ubat ke dalam far4j (vag1nal suppository) termasuk prosedur cucian (wash), pemeriksaan dalam vag1nal/far4j (vag1noscope), atau memasukkan jari oleh doktor atau jururawat yang melakukan pemeriksaan dalaman vag1na wanita.
3. Memasukkan sebarang tiub catheter, alat pemeriksaan dalam saluran kencing (urethroscope), barium atau ubat pencuci yang dimasukkan sama ada ke dalam saluran kencing bagi lelaki atau wanita (contohnya memasukkan ‘urinary catheter’ untuk rawatan sumbatan salur kencing).
4. Penggunaan alat seperti enema, tiub suppository, teropong protoscope atau jari pegawai perubatan yang dimasukkan ke dalam dubur atau rectum untuk pemeriksaan.
5. Penggunaan teropong usus (endoscope) atau teropong perut (gasteroscope) untuk tujuan pemeriksaan sistem penghadaman.
6. Penggunaan bius menyeluruh yang melibatkan penggunaan gas.