KERANA REUNION SEKOLAH PUNCA UTAMA SALIH YAAKOB BERCERAI

Salih Yaakob dedah punca rumah tangga runtuh | KUALA LUMPUR 29 Jan. - Pertemuan semula rakan-rakan sekolah atau reunion dan kewujudan media sosial seperti Facebook kini menjadi virus utama dalam memporak-perandakan kehidupan pasangan berumahtangga.

Kenyataan tersebut diakui oleh pelawak Salih Yaakob, 55, yang menjadikan itu sebagai punca utama kenapa dia bercerai dengan isteri keduanya, Nor Raha Hamad, 47, pada September tahun lalu.

SALIH YAACOB bersama empat isterinya, dari kiri, Norfara Wahida Sulaiman, Nor Raha Hamad, Norlizah Mamat dan Samihah Sheik Amy sebelum berlepas ke China untuk bercuti pada Jun 2011.
“Zaman Facebook, zaman khidmat pesanan ringkas (SMS) ini, orang suka sangat anjurkan sesi reunion dengan kawan-kawan sekolah. Mula-mula seronok sebab dapat imbau semula kenangan zaman sekolah, lelaki dan perempuan. Akhirnya, boleh jadi suka semula dengan kawan lama kita.

“Ini sangat bahaya sebab perkara ini boleh membawa kepada punca perceraian. Buktinya, itulah juga yang terjadi kepada saya dan isteri sehingga kami akhirnya berpisah. Selepas 23 tahun berkahwin, kami berpisah tidak lama selepas acara reunion sekolah dia,” jelas Salih kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tidak menafikan wujudnya orang ketiga dalam perceraian itu, menurut Salih, bekas isterinya itu telah berkahwin dengan lelaki tersebut sebaik sahaja tempoh edah berakhir pada penghujung 2015.

“Dia mula berubah sikap selepas bertemu semula dengan rakan-rakan lamanya semasa reunion dan ketika itu dia memberitahu yang dia sudah tawar hati dan mohon untuk dilepaskan. Oleh kerana hormat akan permintaan dia, maka saya menceraikan dia secara baik. Saya reda melepaskan dia kerana itu yang dia pilih. Pada usia 47 tahun, dia minta cerai dan saya perlu tunaikan kerana tidak mahu berdosa,” katanya.

Dalam pada itu, bapa kepada 13 orang anak ini berkata, dia sangat yakin akan ada hikmah di sebalik segala yang terjadi dalam kehidupannya dan isteri-isteri yang lain.

Menyifatkan kehidupannya dengan tiga isteri lain ketika ini berlangsung dalam suasana ‘tenang-tenang’ sahaja, Salih seakan tidak selesa ketika ditanya, adakah dia akan berkahwin seorang lagi bagi melengkapkan kuota perkahwinan empat seperti sebelum ini.

“Saya percaya, tentu ada sebab mengapa Allah mengaturkan perkara ini. Sebagai hamba Allah, kita perlu percaya dan menerimanya dengan yakin. Tak perlulah kita menghukum mana-mana pihak di sebalik perkara ini.

“Mengenai berkahwin lagi, benda ini tidak boleh diatur-atur atau dirancang. Saya tidak ada jawapan untuk soalan itu kerana saya tidak boleh meramalkan apa yang bakal terjadi pada masa depan, kita terima sahaja bahagian masing-masing yang sudah ditentukan oleh Allah,” katanya.

Tiga isteri yang masih setia dengan Salih ketika ini ialah Norlizah Mamat, 51, Norfara Wahida Sulaiman, 37, dan Samihah Syeikh Ali (30).

Hasil perkahwinan Salih dan Nor Raha, dikurniakan lima anak berumur antara 13 hingga 22 tahun, selain dua yang masih bersekolah.

#AJL30 - ABANG AKIM DEDAH TULIS LIRIK LAGU POTRET DALAM MASA 5 MINIT SAHAJA

Abang Akim dedah tulis lirik lagu potret dalam masa 5 minit

Akim & The Majistret turut menerima trofi Persembahan Terbaik pada acara sama.


Penulis lagu Potret nyanyian Akim & The Majistret iaitu Kamar Empayar mendedahkan hanya mengambil masa lima minit untuk menyiapkan lirik lagu berkenaan.

Kamar Empayar atau nama sebenarnya Afham Zulhusmi berkata, idea menulis lirik lagu berkenaan hadir secara tiba-tiba selepas menerima melodi daripada Akim yang juga adiknya menerusi e-mel lapor Mstar.

“Saya tidak mengambil masa lama menulis lirik lagu berkenaan kerana idea datang secara tiba-tiba sejurus mendengar melodi yang dihantar oleh Akim kepada saya.

“Alhamdulillah hasil kerjasama saya dan Akim selaku komposer Potret membolehkan lagu berkenaan bergelar juara AJL 30 tahun ini,” katanya.

Potret diumumkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL 30) yang berlangsung di Stadium Malawati di sini pada malam Ahad.

Mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai secara keseluruhan berjumlah RM62,000 pada malam tersebut.

Dalam pada itu, Akim berkata, dia tidak menyangka Potret bergelar juara AJL 30 dan menganggap ia adalah hadiah terbaik bersempena dengan hari jadinya ke 25 yang disambut pada 18 Januari lalu.

“Alhamdulillah rezeki bersempena hari jadi saya baru-baru ini dan kemenangan ini adalah momen paling indah buat saya bersama rakan-rakan lain dalam Akim & The Majistret.

“Sukar saya gambarkan dengan kata-kata apabila diumumkan sebagai pemenang kerana memang tidak sangka akan membawa pulang trofi juara AJL,” jelasnya.

Tambah Akim, kemenangan itu juga turut menaikkan semangatnya untuk terus menghasilkan karya lebih baik pada masa hadapan.

Malah katanya, dia kini sedang sibuk menyiapkan beberapa buah lagu untuk tunangnya, penyanyi Stacy.

Lihat Reaksi Mat Salleh Yang Sangat Lucu Apabila Pertama Kali Mencuba Durian

Durian merupakan buah kegemaran rakyat Malaysia tetapi buah durian diharamkan daripada masuk ke hotel, kapal terbang dan tempat awam yang ramai pelancong Barat. Kenapa mereka benci sangat buah durian ni, adakah kerana rasa atau baunya?



Seperti yang kita tahu, tak semua tahan dengan bau durian terutamanya warga barat atau mat salleh disebabkan baunya yang amat kuat. Tetapi ada juga yang mengatakan durian ini “Smell like hell but taste like heaven”. Walaupun bau durian tidak menyenangkan, tetapi rasanya yang enak membuatkan durian ini popular.

Jom lihat reaksi sekumpulan mat salleh ini apabila merasai sendiri pengalaman pertama kali mencuba buah durian. Macam-macam bahasa keluar! hihi

LIHAT VIDEO DISINI


Sandra Bullock Dikecam Hanya Kerana Muka Dia dan Anaknya Tidak Serupa

Tak semua orang merasa kemanisan melahirkan anak dan tak semua orang berpeluang merasa mempunyai anak walaupun ianya adalah anak angkat.



Sandra Bullock, pelakon terkenal Hollywood mengambil anak angkat Louis, 5 tahun lalu. Wanita berusia 51 tahun ini mula diperkatakan sejak dari itu. Rupa-rupanya sesetengah orang tidak merasakan beliau seorang ibu yang sebenar. Selama bertahun-tahun beliau digelar ibu angkat dan diberitahu Louis bukanlah anaknya hanya kerana mereka tiada pertalian darah dan warna kulit mereka berbeza.

Itulah ketikanya beliau memuat naik gambar bersama anaknya di Facebook dengan kapsyen luahan hati.

“Saya dah penat dengar dari semua orang yang dia bukan anak saya, yang dia bukan darah daging saya dan saya hanya dikenali sebagai ibu angkat. Saya seorang ibu. Saya tak perlukan panggilan lain atau dilabel dengan nama lain. Dia mungkin tidak mempunyai mata saya, dia mungkin tak memiliki senyuman saya, dia mungkin tak serupa dengan kulit saya, tapi dia memiliki seluruh hati saya. Ibu adalah seorang insan yang membesarkan , menyayangi dan menyediakan segala yang diperlukan oleh seorang anak. Tak penting sama ada darah daging atau tidak.

Saya pegang dia dalam pelukan dan saya bersyukur kepada Tuhan kerana membawa dia dalam hidup. Jika laluan untuk memiliki sebuah keluarga menjadi untuk saya, saya tak akan bertemu anak istimewa ini. Saya perlu kenal dia. Saya perlu jadi ibunya. Kini saya tahu kenapa segala ini berlaku dan tidak berlaku. Agar saya boleh bertemu anak kecil ini. Dia, dalam segala hal, adalah anak saya.”

Sandra juga menambah lagi dalam post nya yang beliau sangat sukakan hidupnya sebagai seorang ibu. Beliau tidak kisah jika mempunyai lima lagi orang anak seperti Louis. Beliau juga menyarakankan orang di luar sana agar tidak takut untuk mengambil anak angkat sepertinya.

Sumber: Empoweringwomennow.cm

KURANG AJAR! Stacy Tak Boleh Makan Babi Lepas Peluk Islam

Stacy tak boleh makan babi lepas peluk Islam.. – komen Netizen



Menusuk ke jantung terus kalau korang baca komen-komen negative yang dilemparkan kepada Stacy atau nama baru saudara Islam kita, Ummu Syaikhah Stacy Abdullah. Pedas sungguh kata-kata nitezen, langsung tak pedulikan hati dan perasaan orang lain.

‘Stacy peluk Islam, nanti tak dapat lagi kau makan babi’ perhhhhhhh sakit pulak hati ni bila baca. Rata-rata yang komen negative selepas dorang dapat tahu Stacy masuk Islam adalah orang Sabah. Dorang macam tak puas hati pulak bila Stacy pilih untuk memeluk Islam, siap perli-perli pulak tu apa masalah dorang ni??!



Sepatutnya kita bersyukur dan terima keputusan Stacy, ehhhhh dia yang masuk Islam korang yang panas apesal?? Tak mati pun la kalau tak boleh makan babi! Bikin panas jela korang ni, buat macam korang pulak yang dipaksa peluk Islam.



Ada jugak yang pertikai, kalau peluk Islam sebab nak kawin dengan lelaki Muslim nanti mesti menyesal. Hurmmmm sedih Gomez dengan kata-kata keyboard warrior yang tak habis-habis perasan perfect nih! Sepatutnya dorang bagi semangat untuk Stacy bukannya komdem dia macam ni.

Biar la dia dengan keputusan dia, family Stacy pun sokong dengan keputusan yang dibuat tapi korang yang takde kena mengena pulak yang nak over lebih.

5 Pelakon Wanita Terima Bayaran Paling Mahal Di Dunia

Menurut senarai terbaru yang diterbitkan majalah Forbes bagi tahun 2015, dibawah ini adalah senarai rasmi aktres wanita yang menerima bayaran paling mahal di dunia.

Jennifer Lawrence



Jennifer Lawrence mengungguli carta di tempat pertama dengan jumlah USD52 juta setahun.

Pelakon muda yang baru berusia 25 tahun ini telah merangkul status sebagai pelakon wanita termahal di dunia dengan hasil kutipan AS$52 juta (RM216 juta) setahun.

Ternyata kehadiran Jennifer menerusi filem The Hunger Games serta X-Men: Days Of Future Past memberi impak besar bahkan membantunya meraih populariti serta bayaran yang mahal.

Scarlett Johansson



Tidak ketinggalan ialah pelakon versatile Hollywood, Scarlette Johansson juga berada di tangga kedua di dalam senarai tersebut.

Scarlette Johansson menduduki tangga kedua dengan jumlah USD35.5 juta.

Popular dengan aksi lakonan dan wataknya dalam filem The Avengers sebagai Black Widow, Scarlette meraih AS$35.5 juta (RM148 juta).

Melissa McCarthy



Diikuti pelakon komedi Hollywood, Melissa McCarthy di tangga ketiga dengan jumlah kutipan AS$23 juta (RM96 juta) setahun.

Kemunculannya dalam filem Spy ternyata memberi kesan besar kepada industri perfileman di sana.

Fan Bingbing



Fan Bingbing, 33, telah menduduki tangga keempat dengan jumlah bayaran AS$21 juta (RM87 juta) setahun.

Fan Bingbing, satu-satunya pelakon wanita yang bukan dari Amerika tersenarai dalam pelakon wanita termahal di dunia.

Pencapaian pelakon yang terkenal menerusi filem X-Men: Days Of Future Past itu ternyata membanggakan kerana beliau adalah satu-satunya pelakon wanita yang bukan rakyat Amerika Syarikat.

Bukan sahaja berwajah cantik serta menawan, Fan berjaya membuktikan taraf serta kualiti pelakon dari Asia juga setanding dengan mereka yang berada di Hollywood.

Jennifer Aniston



Muncul di tangga kelima pelakon wanita termahal di dunia, pengantin baru, Jennifer Aniston tersenarai dengan hasil jumlah kutipan sebanyak AS$16.5 juta (RM68 juta) setahun.

Antara selebriti lain yang tersenarai antaranya termasuklah Julia Roberts, Emma Stone, Angelina Jolie dan Anne Hathaway.

Lihat senarai penuh aktres termahal di dunia berdasarkan data Forbes di bawah. –Agensi

1. Jennifer Lawrence – AS$52 juta

2. Scarlett Johansson – AS$35.5 juta

3. Melissa McCarthy – AS$23 juta

4. Bingbing Fan – AS$21 juta

5. Jennifer Aniston – AS$16.5 juta

6. Julia Roberts – AS$16 juta

7. Angelina Jolie-Pitt – AS$15 juta

8. Reese Witherspoon – AS$15 juta

9. Anne Hathaway – AS$12 juta

10. Kristen Stewart – AS$12 juta

11. Cameron Diaz – AS$11 juta

12. Gwyneth Paltrow – AS$9 juta

13. Meryl Streep – AS$8 juta

14. Amanda Seyfried – AS$8 juta

15. Sandra Bullock – AS$8 juta

16. Emma Stone – AS$6.5 juta

17. Mila Kunis – AS$6.5 juta

18. Natalie Portman – AS$6 juta

Forbes menganggarkan jumlah pendapatan mereka melalui pelbagai sumber seperti Nielson, Box Office Mojo dan IMDB serta beberapa lagi sumber lain.

Kisah Kehidupan Wak Doyok Sebelum Popular Pasti Buat Anda Sedar Akan Hakikat Kehidupan

Kisah Kehidupan Wak Doyok Sebelum Popular Pasti Buat Anda Sedar Akan Hakikat Kehidupan



Cerita ini kami ambil daripada hasil perkongsian Wak Doyok sendiri di akaun Instagramnya @wakdoyok. Kami ubah beberapa ejaan perkataan untuk memudahkan pembacaan anda.

Nama Wak Doyok tiba-tiba menjadi buah mulut orang ramai termasuk di media sosial. Soalan pertama yang keluar daripada mulut kita semestinya, “Siapa Wak Doyok ni? Artis ke?”. Macam mana Wak Doyok boleh popular? Adakah disebabkan dia membawa imej misainya yang melentik atau cara berpakaiannya yang cukup ‘hipster’?

Kami ingin kongsikan bagaimana susah senang Wak Doyok sehingga dia boleh hidup senang dan memandu kereta mewah. Wak Doyok berkongsi luahan hatinya dan mungkin juga cerita yang boleh memberi inspirasi kepada masyarakat di luar sana.

Tak ada siapa kenal siapa Wak Doyok pada tahun 2008. 

“Ingat aku 7 tahun 2008 dulu aku pernah susah ya Allah saja yang tahu. Bagaimana kehidupan yang begitu sempit sampai kawan-kawan semua meninggalkan aku disebabkan aku telah jatuh miskin dan di buang kerja.”

Melakukan apa sahaja kerja yang boleh memberi wang kepadanya akhirnya Wak Doyok mendapat kerja sebagai buruh kasar di Port Klang. 

“Aku pernah menjadi buruh kasar di Port Klang menurunkan kereta mewah 3 hari tak tidur dengan gaji RM5 satu jam. Kereta GTR35 ini lah 1st time aku pernah bawah turun dari kapal. Orang tak tahu kehidupan aku sebelum ini pernah susah yang orang tahu hanyalah bercakap yang tidak betul kutuk,dengki,maki dari semua itu lah aku membuat kan jati diri aku untuk terus berubah. Aku dah tak mahu menjadi susah lagi aku tanam kan hidup aku untuk berubah dan terus kan kehidupan aku seterusnya.”

“Hari demi hari aku lalui liku-liku yang amat pahit disebabkan aku kehilangan kerja tapi aku tidak patah semangat untuk aku terus mencari kerja baru lalu aku dapat kerja sebagai seorang kelindan lori satu 1 tan membawa barang-barang untuk kilang. Tetapi kerja itu hanyalah kontrak sahaja apabila tamat nya kontrak aku tiada kerja lagi. Pada masa itu aku kerja juga sekadar ambik upah buat rumah,potong rumput dan membaik pulih Vespa.” Tidak ambil pusing tentang apa yang orang kata, Wak Doyok jadikan segala caci-maki orang untuknya bekerja lebih keras.

“Allah itu Maha Agong dan Kaya aku berdoa tak putus-putus hingga lah Dia bagi petunjuk untuk aku menjadi sekarang ini semua telah di takdirkan oleh Nya. Jadi aku harap kepada followers aku yang telah follow aku pada tahun 2010 sejak 1st time aku buat ig ini mereka tahu lah jalan hidup aku macam mana dan pernah aku cerita kan jalan hidup aku niat aku nak buat kan mak ayah aku bahagia mereka dah berusia apa yang boleh buat hanya lah membuatkan mereka bahagia itu saja sebagai anak”

Daripada seorang buruh kasar, menjadi kelindan lori dan sebagainya tak siapa sangka Wak Doyok mampu memandu kereta mewah Nissan GTR35 sekarang. Tak ada apa yang mustahil baginya.

"Saya Juga Sukakan Wanita Bertudung" - Shaheizy Sam

"Saya Juga Sukakan Wanita Bertudung" - Shaheizy Sam



Penantian jawapan daripada tuan badan berakhir apabila Shaheizy Sam memberi keterangan yang boleh dibaca oleh sesetengah netizen. "Saya dan Syatilla hanya teman baik", katanya. 

Terus terang, saya berkawan dengan semua orang. Dia (Syatilla) memang wanita yang baik dan akrab dengan keluarga saya. Sejujurnya kami telah berkawan hampir enam tahun dan itu membuktikan bahawa saya selesa berkawan dengannya. Namun, pada masa sekarang apa yang boleh diperkatakan hanyalah hubungan kami cukup sekadar teman baik. Soal cinta itu terserah kepada kuasa Allah untuk menentukannya.

Kali ini, Shaheizy Sam inginkan wanita yang bertudung pula. Ha, siapakah gerangan wanita ini? 

Saya juga sukakan wanita bertudung (ketawa). Bagi saya mereka lebih cantik, namun perlu selari dengan niat kerana bertudung adalah salah satu tuntutan agama dan bukan perkara suka-suka.
Namun, siapa saya untuk menilai orang. 

Seperti yang dikatakan, saya sangat mementingkan pendapat mummy dan menyerahkan keputusan 100 peratus di tangannya. Jika mummy mempunyai calon sendiri dan itu adalah jodoh saya, insya-Allah perkara baik pasti akan berlaku suatu hari nanti.

Setiap kali ditanya, pasti ada sahaja jawapan Shaheizy Sam ini. Mengambil langkah selamat apabila pilihan bakal isteri akan ditentukan oleh mummynya, jadi faham-faham sajalah.  Bagi peminat Shaheizy Sam, teka teki selama ini sudah terjawab dan kita doakan jodoh yang baik-baik untuk beliau dan "gadis bertudung itu".

Gambar Bulan Madu Hairul & Hanis Zalikha Di Pulau Bora-Bora

Untunglah buat kedua pasangan secocok ini, Hairuz Azreen dan isterinya, Hanis Zalikha memilih Pulau Bora-Bora, Polenisia sebagai destinasi berbulan madu mereka.

Pulau Bora-Bora sememangnya terkenal dengan keindahan yang memukau pandangan pengunjung. Untuk bercuti disini memerlukan kos yang sangat tinggi kerana penginapan di pulau ini bertaraf mewah dan semestinya layanan bertaraf 5 bintang.

Pelakon dan pengacara, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen sudah berkenalan sejak tahun 2004 tetapi mula rapat setahun yang lalu. Pasangan ini akhirnya bernikah pada 5 Jun lalu. Buat pembaca yang bakal berkahwin, jom pasang angan dulu. Siapa tahu ada bajet lebih, bolehlah berbulan madu di pulau Bora-Bora ni kan.









AMARAN! Peminat Dinasihatkan Jangan Ikut Cakap Emma Maembong??

Nasihat yang sangat berguna perlu diambil tahu oleh remaja pada masa kini.. Ingat lagi tak dengan kisah hangat pelakon Emma Maembong? Pasal ada orang perlekeh dia tak ada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)..



Bila dah kena perlekeh macam tu tak kan Emma nak diam, dia pun tampil bagi alasan pada media sosial bahawa masa depan tak akan jadi gelap pun tanpa pelajaran.. Tanpa SPM, dia still boleh hidup dan sara keluarga dia..

Alasan Emma tu memang buat ramai netizen yang tak puas hati.. Takut-takut remaja yang baca terpengaruh pulak.. Semua pakat tak mahu belajar, dah tak ada SPM pun boleh berjaya macam Emma.. Ye dak?

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Muhammad Farid Wajdi minta semua orang jangan dengar cakap Emma.. Iyalah, tak semua orang bertuah macam Emma.. Tak ada SPM pun boleh berjaya macam sekarang..


Tapi, korang pernah tahu ke.. Sebenarnya lagi ramai yang tak ada SPM hidup miskin dan papa kedana.. Jom dengar penjelasan Farid yang panjang lebar ini..

Secara jujurnya, memang betul jugak apa yang dikatakan individu ini.. Bukan semua orang memiliki wajah cantik dan bakat berlakon macam Emma.. Miss A rasa kalau ramai remaja sekarang yang tiada sijil SPM, susah jugak nak cari kerja..

Ada ke orang nak ambil pekerja yang tak ada SPM.. Jadi pelakon tapa la tak ada SPM pun orang tak kisah sangat.. Apapun, pelajaran jangan diabaikan..

Pelakon Filem Laskar Pelangi Murtad & Percaya Kristian Sejak 6 Tahun Lalu



Siapa pernah tengok filem Laskar Pelangi? Filem dari negara seberang tersebut mampu menarik minat ramai kerana jalan ceritanya yang penuh keinsafan dan juga penuh unsur-unsur keagamaan.

Malangnya, pelakon lelaki didalam filem berkenaan diberitakan kini telah murtad dan masuk ke agama Kristian selepas berkahwin dengan seorang wanita dari agama tersebut.

Watak Ikal ketika dewasa dalam filem itu dibawa aktor Lukman Sardi, anak kepada legenda biola Indonesia, Idris Sardi. 

Selepas tiada berita besar mengenainya beberapa ketika, kini Lukman membuat kenyataan yang menggemparkan apabila dia mengumumkan menukar agama daripada Islam kepada Kristian. 

Berita itu diketahui umum selepas satu video mengenai pengakuan Lukman dimuat naik di YouTube beberapa hari lalu. Melalui video berdurasi 15 minit 11 saat itu, Lukman mengakui bertukar agama. 

Berita itu mengejutkan kerana sebelum ini Lukman, 43, sering digambarkan seorang Muslim yang warak melalui pelbagai filem dilakoninya. 

Selain Laskar Pelangi, filem Sang Pencerah lebih ketara menonjolkan watak Lukman sebagai seorang Muslim yang baik. Antara filem lain yang pernah dibintangi Lukman ialah Merah Putih dan Soekarno. 

Menurut Lukman dia sebenarnya mula mempercayai Kristian kira-kira enam tahun lalu. "Saya memutuskan untuk jadi orang percaya...bukan semudah saya pindah dari Muslim ke Kristian.. tapi lebih dari itu," 

Pengakuan Lukman itu telah dimuat naik ke Youtube oleh pemilik akaun bernama Ikka LyFrans Mei lalu. Lukman juga menjelaskan, pertukaran agama itu bukan disebabkan tekanan daripada siapa dan bukan juga kerana kecantikan isterinya, Pricillia Pullunggono.

Gambar Nasha Aziz Bertelekung Di Masjid Kini Viral Di Laman Sosial

Sudah lama tidak mendengar khabar pelakon wanita yang cun melecun ini. Nasha Aziz dilaporkan sudah berubah dan kembali mendekatkan diri dengan Allah. Demikian perkongsian seorang individu yang terserempak dengan selebriti itu di sebuah majlis ilmu yang memuat naik dua gambarnya sebagai bukti.

"Tadi, ada seorang kakak ni tegur, 'dik, awak punya botol ke?'. Aku geleng kepala dan terus pandang muka dia.

"Perghh! Nasha Aziz!" 


"MasyaAllah, cantik gila tanpa make up. Rupanya botol dia. Lepas itu dia duduk sebelah aku. Aku terambil tempat dia rupanya. 


Jelas individu berkenaan, sudah kerap kali bertemu dengan artis yang datang ke majlis ilmu Habib Ali Zaenal Abidin. Antara yang pernah dijumpa ialah Abby Abadi, Anne Ngasri, Lisdawati, Yatt Hamzah.

"Tengok je dalam ni, kak Nasha tengah main handphone. Bersangka baik, mungkin dia tengah baca terjemahan Quran sebab ini pengajian berkita Habib Ali. Sebab lepas dia tengok handphone, dia terus berzikir pegang tasbih sepanjang tausiah Habib Ali. Allahuuu. Hebat," katanya.

Kami doakan Nasha Aziz terus kekal seperti ini. Amin.


Senarai Artis Malaysia Yang Mempunyai Kembar Seiras - No.6 Paling Seiras!

9 Artis Yang Nampak Sama Tapi Bukan Dia. #8 dan #9 Paling Seiras

Ramai yang kata kita mempunyai 7 orang muka yang sama dalam dunia ni. Tapi tak tahu la sejauh mana fakta itu kan sebab kami selama ni pun tak pernah lagi nampak muka yang sejibik dengan muka kami.

Lain pula cerita dengan 8 artis yang kami nak senaraikan ni, mereka mempunyai iras yang hampir sama dengan orang yang mereka tak kenali. Bila tengok lama-lama pun rasa kelakar dan amat menggeletek hati kami. Favourite kami ialah pelanduk dua serupa pelakon melayu terakhir, Remy Ishak dengan Jep Sepahtu!

Menerusi OhBulan, berikut disenaraikan 9 artis lelaki Malaysia yang mempunyai kembar seiras:

1) Zain Saidin



2) Jep Sepahtu



3) Johan



4) Adi Putra



5) Zizan Razak



6) Remy Ishak



7) Shuib Sepahtu



8) Shahrol Shiro




9) Tauke Jambu




Jangan salah anggap mengenai senarai kami yang nombor 8 dan 9 ye? Sebab baru-baru ni Tauke Jambu dan Shahrol Shiro memuat naik gambar mereka dan membandingkan muka mereka dan artis antarabangsa. Sama tak? Hmm boleh la kasi chance laa. Hiks!

Ini Sebab Kenapa Watak Yuhanis Dibenci Dalam Hati Perempuan - Pendapat Anda?



Buat pengikut setia drama tempatan, pastinya anda mengikuti siri Hati Perempuan yang rancak ditayangkan di slot Akasia kini.

Dilakonkan oleh pendatang baru iaitu Mia Ahmad, Syahrul Ridzwan dan Hafreez Adam, ia menjadi bualan hangat peminat.

Biasalah, tampil dengan plot tipikal seperti hero kacak dan heroin cantik serta menonjolkan elemen kehidupan mewah serba fantasi, itu merupakan adunan paling mudah untuk memikat warga Malaysia melekat di kaca televisyen.

Walau bagaimanapun, sebahagian warga Internet turut menghentam jalan cerita yang ditonjolkan dalam drama Hati Perempuan, malah ada yang menyifatkan drama tersebut sebagai tidak logik dan keterlaluan!

Eh…apa sudah jadi? Ramuan untuk drama adaptasi novel itu kurang menjadi ke…?



Menyelusuri komen-komen yang ditinggalkan pengguna di laman sosial, rupa-rupanya ramai tidak berpuas hati dengan karakter heroin yang dipegang oleh Mia Ahmad.

Rata-ratanya menggambarkan watak Yuhanis sebagai menjengkelkan kerana seringkali merajuk dan mahu dipujuk.

Malahan, dek kerana selalu sangat marah terhadap suaminya, Tengku Zaril, maka karakter tersebut pulak macam antagonis kerana dibenci penonton.

Nah, baca sendiri antara komen yang ditinggalkan pengguna di Facebook rasmi Mynewshub.





Bukan itu sahaja, ada individu turut menggelar karakter Yuhanis sebagai tak sedar dek untung dan isteri derhaka! Amboi…emosi betul.

Namun bila difikirkan secara logik, tak usahlah menghentam karakter mahupun si pelakon tersebut, Mia Ahmad yang hanya melunaskan tugasnya sahaja.



Menurut seorang pengguna yang berkongsi pendapatnya, penulis novel, penulis skrip dan pengarah sepatutnya menjadi insan yang diajukan persoalan tentang kewujudan karakter sedemikian yang gagal mempamerkan teladan baik.

Betul juga kan? Sebagai ‘orang kuat’ di sebalik sesebuah drama, mereka sepatutnya bertanggungjawab terhadap jalan cerita dan memberi mesej positif terhadap masyarakat, bukannya mendidik para isteri untuk menjadi derhaka terhadap suami.

Sementara itu, salah seorang peserta program Pencetus Ummah, Rahmat Ikhsan turut berkongsi pendapatnya tentang karakter Yuhanis di ruangan Facebook peribadi.

Tulisnya, “Benar, Saidatina Aishah selalu dipujuk Rasulullah apabila merajuk, tapi merajuk Saidatina Aishah bukan macam Yuhanis, hari-hari merajuk, hari-hari gaduh, hari-hari nak pujuk.

“…Dalam merajuk Saidatina Aishah tidak pula meninggikan suara, pi cari lelaki lain, dan akhirnya semua salah lelaki.

“Kerana itu ada beza hati wanita dengan hati muslimah, hati muslimah merajuknya kerana Ilahi.”

Jujurnya, pandangan yang dikongsikan Rahmat itu benar kerana ciri-ciri yang ditonjolkan watak Yuhanis tidak menggambarkan sifat sebenar yang patut dilakukan seorang isteri terhadap suaminya.

Betullah apa yang dicakap, kalau sesekali merajuk dan bergaduh itu mungkin nampak ‘sweet’, tapi kalau sudah hari-hari, penonton pun naik jelak!

Duhai pengarah drama di Malaysia, rasanya sudah sampai masa anda tukar resepi baru dalam naratif penceritaan ya!

Mungkin ada yang boleh menarik nafas lega kerana episod terakhir drama Hati Perempuan menemui penonton hari ini dan bakal bergantik dengan siri terbaru, Dia Isteri Luar Biasa.

Datuk Siti Nurhaliza Luah Rasa Kesal Berhubung Isu Tabung Haji Di Twitter



Ketika ini, sedang hangat isu mengenai Tabung Haji membeli satu lot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) daripada 1MDB diperkatakan dan dalam masa yang sama, Datuk Siti Nurhaliza turut melahirkan rasa kesalnya terhadap perkara tersebut.



“Sangat memalukan dengan apa yang terjadi dengan kes Tabung Haji..Ya Allah lindungi kami,” luah Siti di laman Twitter miliknya menyatakan kebimbangannya terhadap apa yang terjadi sekaligus mendapat sokongan dan ratusan retweet daripada peminatnya.

Baru-baru ini, ramai yang membantah keputusan Tabung Haji untuk membeli tanah di Tun Razak Exchange (TRX) dengan nilai RM188.5 juta demi untuk membantu menyelesaikan hutang yang ditanggung oleh pihak 1MDB.

Sehubungan itu, Pengerusi Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Rahim, hari ini meminta semua pendeposit supaya tidak risau dengan provokasi politik yang kini tersebar meluas di media sosial di samping menjelaskan bahawa pihak Tabung Haji tidak mengambil langsung duit pendeposit untuk membeli tanah 1MDB.

Betul Ke Nora Danish Artis Wanita Terkaya Di Malaysia?? Ini Jawapan Kepada Persoalan Anda


Suka mendengar kisah-kisah selebriti yang berjaya dalam kerjaya seni mahupun memasuki dunia usahawan.

Antaranya pelakon kecik molek, Nora Danish yang kini mempunyai sebuah kafe yang terletak di Bangsar ini.

Biasalah, bila dah berjaya muncul pula cakap-cakap yang mendakwa Nora Danish antara artis wanita terkaya di Malaysia.

Tampil dalam Harian Metro, Nora Danish menafikan dakwaan tersebut dan berpendapat masih perlu berkerja keras demi menyara keluarganya.



“Kalau betul saya sudah kaya, orang takkan nampak saya gigih bekerja.

“Menyara keluarga adalah tanggungjawab saya dan sebagai ibu, saya juga perlu berdikari mencari pendapatan sendiri terutama jika mahu bawa anak pergi bercuti,” katanya.

Dakwaan ini timbul selepas dia banyak menerima tawaran untuk membintangi filem, menjadi duta produk kecantikan dan memiliki jenama pakaian serta membuka sebuah kafe.

Dalam perkembangan lain, filem Suami Aku Ustaz yang dibintangi Nora dan Adi Putra akan ditayangkan di pawagan pada 14 Mei ini.

SUMBER