Gambar Bulan Madu Hairul & Hanis Zalikha Di Pulau Bora-Bora

Untunglah buat kedua pasangan secocok ini, Hairuz Azreen dan isterinya, Hanis Zalikha memilih Pulau Bora-Bora, Polenisia sebagai destinasi berbulan madu mereka.

Pulau Bora-Bora sememangnya terkenal dengan keindahan yang memukau pandangan pengunjung. Untuk bercuti disini memerlukan kos yang sangat tinggi kerana penginapan di pulau ini bertaraf mewah dan semestinya layanan bertaraf 5 bintang.

Pelakon dan pengacara, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen sudah berkenalan sejak tahun 2004 tetapi mula rapat setahun yang lalu. Pasangan ini akhirnya bernikah pada 5 Jun lalu. Buat pembaca yang bakal berkahwin, jom pasang angan dulu. Siapa tahu ada bajet lebih, bolehlah berbulan madu di pulau Bora-Bora ni kan.