5 Pelakon Wanita Terima Bayaran Paling Mahal Di Dunia

Menurut senarai terbaru yang diterbitkan majalah Forbes bagi tahun 2015, dibawah ini adalah senarai rasmi aktres wanita yang menerima bayaran paling mahal di dunia.

Jennifer Lawrence



Jennifer Lawrence mengungguli carta di tempat pertama dengan jumlah USD52 juta setahun.

Pelakon muda yang baru berusia 25 tahun ini telah merangkul status sebagai pelakon wanita termahal di dunia dengan hasil kutipan AS$52 juta (RM216 juta) setahun.

Ternyata kehadiran Jennifer menerusi filem The Hunger Games serta X-Men: Days Of Future Past memberi impak besar bahkan membantunya meraih populariti serta bayaran yang mahal.

Scarlett Johansson



Tidak ketinggalan ialah pelakon versatile Hollywood, Scarlette Johansson juga berada di tangga kedua di dalam senarai tersebut.

Scarlette Johansson menduduki tangga kedua dengan jumlah USD35.5 juta.

Popular dengan aksi lakonan dan wataknya dalam filem The Avengers sebagai Black Widow, Scarlette meraih AS$35.5 juta (RM148 juta).

Melissa McCarthy



Diikuti pelakon komedi Hollywood, Melissa McCarthy di tangga ketiga dengan jumlah kutipan AS$23 juta (RM96 juta) setahun.

Kemunculannya dalam filem Spy ternyata memberi kesan besar kepada industri perfileman di sana.

Fan Bingbing



Fan Bingbing, 33, telah menduduki tangga keempat dengan jumlah bayaran AS$21 juta (RM87 juta) setahun.

Fan Bingbing, satu-satunya pelakon wanita yang bukan dari Amerika tersenarai dalam pelakon wanita termahal di dunia.

Pencapaian pelakon yang terkenal menerusi filem X-Men: Days Of Future Past itu ternyata membanggakan kerana beliau adalah satu-satunya pelakon wanita yang bukan rakyat Amerika Syarikat.

Bukan sahaja berwajah cantik serta menawan, Fan berjaya membuktikan taraf serta kualiti pelakon dari Asia juga setanding dengan mereka yang berada di Hollywood.

Jennifer Aniston



Muncul di tangga kelima pelakon wanita termahal di dunia, pengantin baru, Jennifer Aniston tersenarai dengan hasil jumlah kutipan sebanyak AS$16.5 juta (RM68 juta) setahun.

Antara selebriti lain yang tersenarai antaranya termasuklah Julia Roberts, Emma Stone, Angelina Jolie dan Anne Hathaway.

Lihat senarai penuh aktres termahal di dunia berdasarkan data Forbes di bawah. –Agensi

1. Jennifer Lawrence – AS$52 juta

2. Scarlett Johansson – AS$35.5 juta

3. Melissa McCarthy – AS$23 juta

4. Bingbing Fan – AS$21 juta

5. Jennifer Aniston – AS$16.5 juta

6. Julia Roberts – AS$16 juta

7. Angelina Jolie-Pitt – AS$15 juta

8. Reese Witherspoon – AS$15 juta

9. Anne Hathaway – AS$12 juta

10. Kristen Stewart – AS$12 juta

11. Cameron Diaz – AS$11 juta

12. Gwyneth Paltrow – AS$9 juta

13. Meryl Streep – AS$8 juta

14. Amanda Seyfried – AS$8 juta

15. Sandra Bullock – AS$8 juta

16. Emma Stone – AS$6.5 juta

17. Mila Kunis – AS$6.5 juta

18. Natalie Portman – AS$6 juta

Forbes menganggarkan jumlah pendapatan mereka melalui pelbagai sumber seperti Nielson, Box Office Mojo dan IMDB serta beberapa lagi sumber lain.