Tengku Mahkota Pahang Titah Gambar Isteri Tidak Menutup Aurat Diturunkan

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah menitahkan agar semua gambar isterinya yang tidak menutup aurat diturunkan dan diganti dengan yang menutup aurat. Terbaru, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merupakan isteri kepada Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah, Tengku Mahkota Pahang sentiasa menggayakan selendang labuh menutupi bahagian badannya ketika menghadiri majlis formal diraja.



Yang Amat Mulia Tunku Azizah dilahirkan pada 5 Ogos 1960 di Istana Stulang, Johor Bahru dan merupakan puteri kedua kepada pasangan Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail bersama isterinya, Che' Puan Kalsom binti Abdullah. Tunku Azizah juga berdarah kacukan Melayu-Inggeris.



Melangsungkan perkahwinan pada 16 Mac 1986 di Istana Bukit Serene, Johor Bahru bersama Tengku Mahkota, Tunku Azizah kini bergelar Kebawah Duli Yang Teramat Mulia, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Tengku Puan Pahang Darul Makmur.



Tunku Azizah juga terkenal dengan minatnya yang mendalam terhadap bidang masakan dan pernah mengeluarkan buku resipinya sendiri, Air Tangan Tengku Puan Pahang & Masakan Tradisional Pahang. Baginda juga tidak kekok memasak untuk mangsa-mangsa banjir di Pahang.



Kagum dengan perubahan sedikit demi sedikit oleh Tengku Puan Pahang ini. Baginda juga tidak kisah mencemar duli bersama rakyat. Harap dicontohi dan menjadi tauladan buat mereka yang lain juga.