Elak Terjerat! Kenalpasti Lelaki Sudah Beristeri

Bukanlah suatu perkara baru kita terbaca atau terdengar tentang gadis bercinta dengan suami orang. Ramai gadis terperangkap dengan lakonan lelaki "hidung belang" yang pandai "mengayat" disamping lakonan gred A yang cukup mantap, dan akhirnya si gadis terjerat dalam cinta gelap.



Namun bila status lelaki itu mula terbongkar, mungkin sudah terlambat kerana sudah terlanjur mencintainya. Hinggakan ada gadis yang sanggup menjadi madu atau menjadi "kekasih gelap", adakah ini kesudahan yang anda inginkan?

Pasti jawapannya tidak kerana anda sentiasa mempunyai peluang untuk memilih pasangan hidup anda.

Jadi sebelum terjebak bercinta dengan suami orang, mari kenali ciri-ciri lelaki yang mungkin sudah beristeri :




#1. Panggilan telefon.
Lelaki yang sudah berkahwin biasanya akan menetapkan waktu berhubung atau hanya dia sahaja yang boleh menghubungi anda atas alasan yang langsung tidak masuk akal. Bila bersama dan si dia menerima panggilan telefon, dia akan bangun dan menjawab panggilan itu jauh dari anda. Jadi awas jika anda ada mengenali lelaki seperti ini, pasti ada sesuatu yang cuba disorokkan.

#2. Sentiasa gelisah bila bersama di tempat awam.
Jika si dia sentiasa gelisah dan tidak senang duduk bersama anda ketika berjalan-jalan ditempat-tempat terbuka, ini mungkin mengundang seribu persoalan. Lelaki perahsia ini juga biasanya suka mengelak ke tempat  terbuka dan lebih gemar mengajak anda "date" ditempat tersorok, mungkin bimbang terjumpa orang yang dikenali?

#3. Hari hujung minggu bukan milik anda.
Bagi pasangan normal, hujung minggu adalah waktu tepat untuk menghabiskan masa bersama-sama. Namun, lelaki yang berkeluarga tidak mungkin menghabiskan hari minggunya bersama anda. Si dia akan cuba mengelak keluar bersama anda dan pelbagai alasan akan diberikan.

#4. Elak bercerita tentang perkahwinan.
Suami orang biasanya tidak berminat bila ditanya soalan serius tentang masa depan, bila nak kahwin dan segala yang berkaitan. Kebiasaannya si dia akan sedaya upaya mengelak dan mengubah topik bila ditanya soalan cepumas itu.

#5. Percaya "instinct atau naluri".
Diawal perkenalan anda, pasti ada rasa sedikit curiga kerana masih lagi dalam proses mengenali antara satu sama lain. Tetapi jika lama kelamaan perasaan curiga itu makin menjadi-jadi, anda perlu tanya naluri atau kata hati anda. Jika naluri anda kuat merasakan yang si dia pasti berbohong, maka anda perlu segera menyiasat siapakah si dia sebenarnya.

Buat si gadis yang sedang bercinta, jika pasangan anda  tergolong dalam ciri-ciri diatas, maka segeralah minta si dia berterus terang. Jangan buang masa kerana lelaki hidung belang ini hanya ingin bercinta namun bukan ingin memiliki anda. Jika ada yang benar-benar ingin memiliki, kenapa perlu berbohong dengan anda? Kenapa tidak berterus terang? Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua dan jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan supaya lebih berhati-hati memilih pasangan.

Artikel Terkait