RESPECT! Pelajar Malaysia Ini Dermakan Organ Kepada 5 Orang Pesakit Setelah Kematiannya

Carmen Mark yang berusia 18 tahun meninggal dunia pada hari Selasa yang lepas, 28 Julai setelah koma selama tiga minggu. Rakyat Malaysia ini merupakan pelajar dalam bidang kejururawatan dan beliau tiba di Singapura pada bulan April yang lepas setelah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajarannya di Politeknik Nanyang selepas mendapat tajaan dari pihak Institut Jantung Negara.



Selepas kematiannya, organ miliknya didermakan kepada 5 orang pesakit di Singapura dan inilah wasiat yang ditinggalkan olehnya ketika masih hidup lagi di dunia.

Kisah yang sebenarnya berlaku pada 3 Julai yang lepas apabila Carmen tiba-tiba rebah ketika menjamu selera di tempat pengajiannya dan telah dimasukkan ke Hospital Tan Tock Seng untuk menerima rawatan. Carmen merupakan anak tunggal kepada pasangan Mark Kok Wah dan Ariess Tan. Mereka bergegas dari Penang ke Singapura sejurus selepas menerima berita tentang keadaan anak mereka.

Doktor mengesahkan Carmen mengalami masalah penyakit jantung koronari. Beliau tidak sedarkan diri selama 10 hari dan ditempatkan di unit rawatan rapi. Keadaan kesihatannya selepas itu menunjukkan tanda-tanda positif dan nampak semakin pulih tetapi pada minggu lepas pula keadaan kesihatannya semakin terjejas dan beliau disahkan meninggal dunia selepas mendapat rawatan di unit rawatan rapi Hospital Tan Tock Seng.

Pensyarah dan rakan-rakannya menggambarkan Carmen sebagai seorang yang periang dan tidak pernah lokek untuk menghulurkan bantuan. Ibu bapanya menerima pemergian anak mereka dengan tenang dan hati yang terbuka serta menyifatkan perbuatan yang dilakukan oleh Carmen ini membuatkan ibu-bapanya berasa seolah-olah Carmen sentiasa berada di sisi mereka.

Sumber dari The Star