Senarai Top 8 Ikon Malaysia Yang Mempunyai "CLASS" Yang Tersendiri

Top 8 Ikon Malaysia Ini Ada Gaya Penarik “X-Factor”

Popular, mewah, glamor, dan berbakat. Inilah ciri-ciri yang dipunyai oleh 8 selebriti Malaysia ini. Selebriti ini dikagumi ramai dan turut mencipta nama di arena antarabangsa. Mereka ini mempunyai X-factor yang unik dan jarang ada pada diri orang lain.

1. Datuk Lat



Datuk Mohammad Nor Khalid  atau lebih dikenali sebagai Lat lahir pada 5 Mac 1951 ialah seorang kartunis Malaysia. Beliau telah menerbitkan lebih daripada 20 jilid kartun semenjak berusia 13 tahun. Kebanyakan karya-karyanya menggambarkan suasana sosial dan politik Malaysia tanpa berat sebelah. Karya Lat yang paling terkenal ialah Kampung Boy (1979) yang diterbitkan  di serata dunia.

2. Zang Toi



Zang Toi, seorang pereka fesyen terkemuka dunia berasal daripada Kuala Krai, Kelantan. Beliau bukan sahaja mencipta nama dalam bidang fesyen di Malaysia tetapi
juga di peringkat antarabangsa. Untuk pengetahuan anda, beliau antara pereka fesyen pilihan selebriti barat selain tokoh-tokoh terkemuka di Amerika Syarikat.

3. Datuk Siti Nurhaliza



Dilahirkan pada 11 Januari 1979, Datuk Siti Nurhaliza adalah salah seorang diva, lagenda dan penyanyi terhebat pernah ada di Malaysia. Suaranya yang merdu dan penampilannya yang menawan menyebabkan jutaan rakyat Malaysia jatuh cinta kepada beliau. Bukan sahaja dikenali di industri tempatan, malah bakatnya turut diktiraf di luar negara.

4. Datuk Michelle Yeoh



Siapa yang tidak kenal dengan wajah cantik ini kan? Karier seninya terus cemerlang dan bersinar di peringkat antarabangsa. Permulaan karier seni Yeoh bermula apabila ibunya menghantar gambar beliau untuk memasuki pertandingan Ratu Cantik Malaysia pada tahun 1983. Walaupun sudah mencipta nama di negara asing, tidak pernah sekalipun beliau melupakan asal-usulnya.

5. Chef Wan



Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail ini merupakan pengacara masakan paling top di Malaysia. Beliau merupakan chef paling terkenal dan  menerima pendapatan tertinggi berbanding dengan chef lain di negara ini. Bakatnya dalam bidang tersebut diiktiraf di peringkat dunia dan menjadi kebanggaan negara. Pernah memasak untuk personaliti terkenal dunia seperti Sultan Brunei dan Bill Clinton.

6. Amy Search



Amy Search menjadi bualan ramai yang meminati industri muzik rock tempatan. Semua lagu kumpulan Search enak di dengar oleh semua pencinta muzik rock Malaysia, bahkan bakatnya dikenali di negara luar seperti Indonesia contohnya seperti lagu Isabella yang mendapat rating paling tertinggi di arena muzik rock sana. Terbaru, beliau baru sahaja membuka sekolah tahfiz hasil kerjasama dengan rakannya sebagai bekalan untuk akhirat kelak.

7. Dato’ Bernard Chandran



Sebut saja Dato’ Bernard Chandran pasti semua orang kenal pereka fesyen terkenal yang kacak ini kan,  kejayaan yang diciptanya  banyak melonjakkan nama industri fesyen Malaysia ke persada dunia. Mungkin ramai yang tak tahu tapi Dato Bernard pernah menjadi juri jemputan dalam rancangan popular Britain Next Top Model, musim ke 6, episode ke 12 dimana top 3 model akan mengayakan fesyen rekaannya di London Fashion Weeks.

8. Datuk Jimmy Choo



Nama Jimmy Choo sudah menjadi bualan ramai kerana rekaan kasutnya  yang eksklusif dan bergaya. Jimmy Choo juga seorang tukang membuat kasut yang mahir dan mempunyai ilham kreatif dalam menghasilkan setiap rekaan kasutnya. Jenama Jimmy  Choo sering dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan selebriti seluruh dunia. Antara pelanggannya ialah Katie Holmes dan Natalie Imbruglia.

Banyak lagi rakyat Malaysia kita yang menempa nama dalam dunia luar kerana kebolehan dan bakat mereka yang istimewa dan unik tapi  senarai ini adalah beberapa antara  mereka yang mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Sumber dari Usahawan dan Asia One Multimedia.