2015 : Senarai 10 Individu Terkaya Di Planet Bumi

Menjadi kaya adalah impian setiap insan, namun tidak semua bertuah dan mampu mencapai kejayaan seperti yang diimpikan. 



Mengikut senarai 10 Orang Terkaya di Dunia 2015 yang dikeluarkan oleh majalah Forbes, carta teratas individu paling kaya di dunia masih lagi duduki oleh Bill Gates seperti mana tahun 2014 lalu. Bill Gates merupakan pemilik Microsoft iaitu syarikat perisian terbesar di dunia yang sekarang banyak digunakan seluruh didunia. Sejak tahun 1995, Bill Gates sudah menduduki peringkat pertama untuk senarai orang terkaya di dunia dan disenaraikan sebagai orang terkaya di dunia untuk 13 tahun berturut-turut oleh majalah Forbes.

William Henry Gates III  atau lebih dikenali sebagai Bill Gates juga merupakan seorang jutawan yang paling dermawan. Bill Gates telah menyumbangkan sebahagian besar kekayaannya untuk dana kesihatan, program kajian sains dan pendidikan dunia melalui yayasan yang didirikannya iaitu Bill and Melinda Gates Foundation. Walaupun sebahagian hartanya didermakan, namun Bill Gates masih lagi bergelar manusia paling kaya dimuka bumi ini.

Berikut merupakan senarai 10 Orang Terkaya di Dunia bagi tahun 2015 bersama nilai kekayaan masing-masing :

1. Bill Gates



Umur : 59 Tahun
Warganegara : Amerika Syarikat
Jumlah Kekayaan : US$79,2 billion
Sumber kekayaan utama : Microsoft
Industri : Teknologi

2. Carlos Slim Helu



Umur : 75 Tahun
Warganegara : Mexico
Jumlah Kekayaan : US$77,1 billion
Sumber kekayaan utama : Telefonos de Mexico dan America Movil
Industri : Telekomunikasi

3. Warren Buffet



Umur : 84 Tahun
Warganegara : Amerika Syarikat
Jumlah Kekayaan : US$72,7 billion
Sumber kekayaan utama : Berkshire Hathaway
Industri : Pelabur

4. Amancio Ortega



Umur : 78 Tahun
Warganegara : Sepanyol
Jumlah Kekayaan : US$64,5 billion
Sumber kekayaan utama : Zara
Industri : Retail

5. Larry Ellison



Umur : 70 Tahun
Warganegara : Amerika Syarikat
Jumlah Kekayaan : US$54,3 billion
Sumber kekayaan utama : Oracle
Industri : Teknologi

6. Charles Koch



Umur : 79 Tahun
Warganegara :  Amerika Syarikat
Jumlah Kekayaan : US$42,9 billion
Sumber kekayaan utama : Koch Industries, Inc
Industri : Berbagai bidang

7. David Koch



Umur : 74 Tahun
Warganegara : Amerika Syarikat
Jumlah Kekayaan : US$42,9 billion
Sumber kekayaan utama : Koch Industries, Inc
Industri : Berbagai bidang

8. Christy Walton



Umur : 60 Tahun
Warganegara : Amerika Syarikat
Jumlah Kekayaan : US$41,7 billion
Sumber kekayaan utama : Wal-Mart
Industri : Retail

9. Jim Walton



Umur : 67 Tahun
Warganegara : Amerika Syarikat
Jumlah Kekayaan : US$40,6 billion
Sumber kekayaan utama : Wal-Mart
Industri : Retail

10. Liliane Bettencourt



Umur : 92 Tahun
Warganegara : Perancis
Jumlah Kekayaan : US$40,1 billion
Sumber kekayaan utama : L’Oreal
Industri : Retail