Menjijikkan! Selama 43 Tahun Minum Air Kencing Untuk Panjang Umur

Banyak sangat perkara pelik terjadi sekarang ni. Di Bandar Bandar Wuhan, China, dua orang lelaki warga tua menjadikan air kencing sebagai minuman pagi mereka setiap hari.



Mereka ialah Bao Yafu dan Yi Dongshan. Selalunya, setiap pagi kita akan menikmati kopi atau teh, tetapi mereka menjadikan air kencing sebagai minuman terapi setiap pagi.



“Enak! Saya mahu lagi !,” kata Yi, yang berusia 61 tahun selepas meneguk air kencingnya sendiri.



Akhbar Daily Mail melaporkan, sejak 2010, Bao merupakan ketua organisasi Persatuan Terapi Air Kencing di Wuhan.“Bagi saya rasanya seperti teh,” kata Bao pula yang kini berusia 81 tahun.
Jabatan Kesihatan China tidak menggalakkan kegiatan yang dilakukan oleh organisasi tersebut.



Pada awalnya kumpulan itu dibentuk di Hong Kong pada tahun 2008, dengan membuka ibu pejabat di Wuhan, dan mempunyai ahli seramai 400 orang. Kini, jumlah anggotanya mencecah hingga 1000 orang.

Anggota organisasi itu menolak pandangan perubatan yang menganggap meminum air kencing adalah perbuatan yang menjijikkan dan tidak mempunyai manfaat.



Tetapi mereka percaya ia dapat memanjangkan umur, memberikan tahan kesihatan yang baik, dan bahkan menyembuhkan penyakit seperti kanser.

Bao telah menjalani terapi ini sejak tahun 1972 dan memperkenalkan cara aneh ini kepada setiap keluarganya di Hong Kong. Keluarganya juga mengakui terapi yang dilakukan oleh Bao, menjadikan tahap kesihatannya lebih baik.



Selepas enam bulan menjalani terapi pelik ini, penyakit Bao mula hilang, seperti sembelit atau ulser mulut yang sering terjadi. Bukan itu sahaja, Bao juga tidak lagi mengalami keguguran rambut yang menyebabkannya botak.