Ketahui Cara Untuk Membezakan Wanita Jepun, Korea dan China

Benua asia adalah antara benua yang paling unik di dunia. Pelbagai etnik yang ada di dalam benua asia dan menjadikan asia adalah sebuah benua yang berbilang bangsa dan kaum.



Dari segi ekonomi, negara asia yang paling maju ketika ini adalah negara China dan merupakan kuasa besar ekonomi dunia. Dengan memiliki jumlah penduduk antara terbanyak di dunia, kini China terkenal dengan sebuah pusat perindustrian yang berkembang pesat.

Dalam artikel kali ini saya ingin menyentuh tiga negara yang berada di benua asia iaitu Jepun, Korea dan China. Mungkin ramai yang tidak dapat membezakan muka antara orang Jepun, Korea dan China. Kali ini saya akan membongkar rahsia untuk membezakan wanita Jepun, Korea dan China.

JEPUN



1. Orang Jepun cenderung memiliki struktur wajah oval bermata besar dan hidung yang lebih jelas. Wanita Jepun sering memakai “make up” tebal memberikan kesan warna kulit putih pucat.

2. Perbezaan pada pakaian tradisional : Jepun pakai kimono panjang .

3. Cara percakapan: Orang Jepun bercakap seperti gaya anak remaja zaman sekarang.

4. Bahasa Jepun sendiri menggunakan kanji tradisional yang berkait sama dengan Taiwan. Bahkan sebelum mempunyai karakter tulisan sendiri, semua dokumen ditulis dalam kanji. Hiragana dan katakana sebenarnya merupakan penyederhanaan karakter kanji. Hiragana dahulu hanya digunakan untuk kaum wanita golongan atas. Perbezaan tatabahasa membuat bahasa Jepun menggunakan kanji dengan hiragana.

5. Bagi wanita Jepun, definisi cantik bagi mereka bererti putih kulitnya tanpa ada bintik-bintik hitam dan sebagainya. Wanita Jepun juga peramah dan mudah mesra dengan semua orang .

KOREA



1. Orang Korea cenderung memiliki wajah menyanjung dengan tulang pipi tinggi/persegi dan mata kecil dengan kelopak mata tunggal.

2. Cara pemakaian : Orang Korea paling biasa saja, namanya ialah Hanbok .

3. Cara percakapan : Orang Korea percakapannya susah difahami oleh orang bukan Korea.

4. Bahasa Korea juga menggunakan kanji tradisional. Budak sekolah sampai sekarang masih mempelajarinya sebagai HANJA. Hanya pada zaman Kaisar Sejong, diperkenalkan Hangul, yang sekarang dipakai untuk menulis semua perkataan, baik asli korea mahupun asing. Kalau percakapannya dalam Hangul sama, mereka akan kembali melihat Hanjanya untuk memastikan erti yang dimaksudkan .

5. Wanita Korea bersikap lebih materialistik dan mereka amat mementingkan paras rupa . Oleh sebab itu sebilangan besar penduduk Korea melakukan pembedahan plastik.

CHINA



1. Orang China cenderung memiliki wajah bulat daripada orang Korea dan Jepun. China adalah negara multi-etnis besar tidak seperti Korea dan Jepun (yang lebih etnis homogen) sehingga lebih sukar untuk membezakan atau mengeneralisasi.

2. Perbezaan pada pakaian tradisional : Orang China pakai pakaian yang agak pendek.

3. Cara percakapan : Orang China nada percakapannya kasar dan nada baik .

4. Kanji yang ada pada bahasa Mandarin, Jepun dan Korea berasal dari tempat yang sama iaitu China. Ketika ini, bahasa Mandarin menggunakan kanji sederhana (simplified kanji) yang dipopularkan oleh Beijing. Kanji tradisional merupakan kanji masih dipakai di Taiwan. Tulisan Kanji adalah tulisan paling rumit dibandingkan dengan Hiragana, Katakana, ataupun Hangul (tulisan Korea).

5. Orang China kuno berpendapat sekiranya lebih kecil kaki mereka maka mereka akan lebih cantik. Mereka mementingkan akhlak peribadi seseorang.