Suami Trauma & Saman Isteri Kerana Melihat Rupa Isterinya Tanpa Make Up

Perempuan yang make up tebal-tebal ni memang la cantik, melting seratus darjah Celsius je kalau tengok. Mata cantik, hidung shading mancung je. Tapi pernah terfikir tak kalau dorang tak make up muka natural dorang macam mana?? Hahaaaaa!!



Jangan sampai terkejut macam seorang lelaki di Algeria ni sudah la. Lepas berkahwin baru la dia kenal siapa sebenarnya isterinya tu. Sebab masa tu isterinya yang selalunya bermake up sudah cuci muka dan bebas dari secalit make up. Kahkahkah!! Apa lagi terkejut beruk la dia.

Ingatkan isterinya natural cantik rupa-rupanya makkkkk aiiiii muka macam nenek-nenek haha! Lelaki tu kata sebelum berkawin dia tengok isterinya tu selalu je cantik tapi pagi lepas perkahwinan dorang, menjerit laki tu sangkaannya wanita tu pencuri rupanya isteri sendiri.

Trauma terus, penderitaan psikologi lepas melihat wajah sebenar isterinya tanpa mekap buat pertama kali.

“Dia berkata isterinya kelihatan sangat cantik dan mempersonakan sebelum perkahwinan. Tetapi apabila dia bangun di waktu pagi dan isterinya pergi membasuh muka, dia terkejut muka isterinya sangat lain sehingga dia menyangka isterinya itu seorang pencuri”, kata laporan dari Emirates 247.

Tunggu apa lagi lelaki tu terus bertindak menyaman wanita terbabit sebanyak RM58,000 atas alasan penipuan.