BAPA SIAT DUIT KERTAS RM133,000 KERANA ANAK TERLALU TAKSUB DENGAN DUIT

Anak taksub wang, bapa siat wang kertas RM133,000



Sepasang suami isteri menghabiskan masa dari jam 7 pagi hingga tengah malam dengan tekun dan sabar untuk melekatkan semula 140,000 yuan (RM93,000) yang disiat ayah lelaki terbabit.

Pasangan dari Liaoning itu akhirnya berjaya melekatkan semula wang berkenaan dalam tempoh dua bulan.

Wang itu sebahagian daripada hasil jualan rumah bapa lelaki terbabit, Chen, 85, berjumlah 200,000 yuan (RM133,000).

Kerana mahu mengajar anaknya bahawa ketaksuban masyarakat terhadap wang sebenarnya tidak bermanfaat, dia menyiat sejumlah besar wang itu menggunakan mesin penyiat kertas lapor Harian Metro.



“Lupakan saja wang itu!” katanya kepada pasangan itu yang nyata terkejut dengan perbuatannya.

Anaknya berkata, dia sebenarnya cuba memujuk ayahnya menyimpan wang hasil jualan rumah itu di dalam bank disebabkan jumlahnya terlalu banyak.

“Saya tidak sangka dia bertindak seperti itu,” katanya.

Namun, wang berjumlah 60,000 yuan (RM40,000) tidak sempat disiat, membolehklan pasangan itu menyimpan wang berkenaan di dalam bank.

Katanya, ayahnya itu berbeza daripada orang lain kerana tidak mementingkan wang.

Dasar Kurang Ajar! Anak Suruh Ibu Melutut Minta Maaf Hanya Kerana iPhone

Ibu Melutut Minta Maaf Kerana Tidak Mampu Belikan Anaknya iPhone



Wanita ini merupakan orang kurang upaya, tetapi baginya tiada apa yang mustahil asalkan anaknya ada bersamanya.

Dia akan bagi apa sahaja yang anaknya inginkan selagi mampu. Tanpa ibu bapa, kita bukanlah sesiapa dan kita tak akan ada pun di dunia ini. Mereka yang melahirkan kita dan membesarkan kita menjadi siapa kita pada hari ini.

Walaupun kita sudah berkahwin mereka masih sedia membantu dan melindungi kita. Apa yang mereka mahukan sebagai ganjaran? Tak ada apa selain disayangi dan dihormati.

Walau pun ibu bapa menyayangi kita lebih dari apa pun di dunia ini, mereka tidak mampu beri kita segalanya. Wanita ini tidak mampu untuk membelikan anaknya iPhone dan apa yang anaknya lakukan adalah membiarkan ibunya melutut meminta maaf.

Anaknya yang baru berusia 15 tahun ini nampaknya tidak sedikit pun berasa bersalah apabila diperhatikan oleh orang ramai malah terus memarahi dan menengking ibunya. Wanita ini menangis namun anaknya tidak berganjak sedikit pun.

Gadis ini sepatutnya membantu ibunya bangun tetapi dibiarkan ibunya dalam keadaan yang memalukan. Hanya kerana iPhone sanggup memperlakukan ibunya begitu. 

Lihat Apa Jadi Pada Lelaki Ini Setelah Menyuntik Hormon Wanita Selama 14 Bulan

Lihat Apa Jadi Pada Lelaki Ini Setelah Menyuntik Hormon Wanita Selama 14 Bulan











Pasangan Ini Tiru Semula Gaya Selfie Anak Perempuan Mereka Bersama Bfnya

Banyak cara yang boleh  dilakukan untuk mempamerkan kemesraan anda bersama pasangan di media sosial seperti di Facebook atau di Instagram. Ada juga yang memuatnaik gambar bersama pasangan hanya kerana ingin membuatkan orang lain berasa cemburu. Namun pernahkah anda bayangkan jika orang yang usianya jauh lebih tua dari anda  meniru semua ekspresi raut wajah dan gaya pose anda di dalam gambar yang anda muatnaik?



Kejadian yang unik ini dialami oleh seorang gadis  dari Amerika, dimana gaya pose serta ekspresi wajahnya ditiru oleh ibunya yang tidak mahu kalah serta memuatnaik gambar tersebut ke laman sosial. Ibu ini meniru semula gaya pose puterinya yang baru saja menjalinkan hubungan bersama seorang jejaka bernama Johnny setelah kedua-dua mereka memuatnaik gambar tersebut di Twitter.

Gadis yang bernama Emily Musson ini selalu mempamerkan kemesraannya bersama Johnny di laman sosial.  Pose kedua-dua beranak ini  sangat mirip dan membuatkan si ibu seakan terkenang kembali nostalgia ketika berpacaran di usia muda dahulu.



Persamaan gambar ibu dan anak yang tampil serupa di laman sosial media  lantas menjadi popular. Malah dalam waktu sehari, terdapat lebih dari 40 ribu pengguna Twitter melakukan “re-tweet” dan mendapat 56 ribu “favorite”. Emily mengaku amat terkejut kerana gambar kedua orang tuanya itu sudahpun menjadi viral.



Anehnya, Emily masih belum lagi membawa Johnny untuk berjumpa dengan kedua orang tuanya. Emily tidak terasa langsung dengan perbuatan kedua ibu-bapanya kerana dia selalu menjadi bahan gurauan mereka tetapi Emily  terkejut kerana ayahnya yang sangat pemalu itu sanggup melakukan aksi demikian.



“Ayah saya sangat pemalu orangnya dan amat terkejut serta hairan mengapa tiba-tiba dia mahu tampil begitu,” ujar Emily.

Sumber dari www.mtv.com

Lihat Reaksi Mat Salleh Yang Sangat Lucu Apabila Pertama Kali Mencuba Durian

Durian merupakan buah kegemaran rakyat Malaysia tetapi buah durian diharamkan daripada masuk ke hotel, kapal terbang dan tempat awam yang ramai pelancong Barat. Kenapa mereka benci sangat buah durian ni, adakah kerana rasa atau baunya?



Seperti yang kita tahu, tak semua tahan dengan bau durian terutamanya warga barat atau mat salleh disebabkan baunya yang amat kuat. Tetapi ada juga yang mengatakan durian ini “Smell like hell but taste like heaven”. Walaupun bau durian tidak menyenangkan, tetapi rasanya yang enak membuatkan durian ini popular.

Jom lihat reaksi sekumpulan mat salleh ini apabila merasai sendiri pengalaman pertama kali mencuba buah durian. Macam-macam bahasa keluar! hihi

LIHAT VIDEO DISINI


Ketahui Fakta Tentang Negara Jepun Yang Pelik & Aneh

Pernah ke negara Jepun? Mungkin ada yang sudah pernah tapi mungkin ramai lagi yang tak pernah kan. Kali ini ada beberapa fakta menarik yang dapat dikumpulkan tentang negara Jepun sebagai menambah ilmu pengetahuan kita.



1. Jangan letakkan ‘chopstick’ secara menegak didalam mangkuk nasi anda kerana ia adalah satu budaya lama Jepun untuk memberikan nasi tersebut kepada orang mati. Kalaupun tidak, ia tetap dianggap satu perbuatan yang tidak baik.

2. Jepun mengalami lebih kurang 1500 gempa bumi setiap tahun.

3. Terdapat lebih 200 buah gunung berapi di Jepun.

4. Walaupun mengorek hidung atau kencing ditepi jalan diterima dalam masyarakat disana tapi menghembus hidung dikhalayak awam adalah tidak dibenarkan sama sekali.

5. Kebolehan menggubah bunga dianggap sebagai seni di Jepun.

6. Penduduk Jepun kebanyakkannya mengambil nasi untuk dimakan semasa sarapan, makan tengah hari dan juga makan malam.

7. Untuk menunggu pesanan pizza anda dihantar, akan memakan masa selama 1 hingga 2 jam. Penduduk Jepun gemar pizza mereka diletakkan dengan mayonis, jagung dan juga biji bijan.

8. Jika mendapat hadiah, tidak boleh mengoyak kertas pembalutnya kerana dianggap satu perbuatan yang tidak sopan.

9. Di stesen-stesen keretapi, wanita-wanita muda akan memberikan anda kertas tisu tandas.

10. Hampir tidak terdapat vandalism di Jepun!

11. Pam atendan distesen minyak akan tunduk hormat kepada kereta yang keluar dari stesen minyak.

12. Sebiji epal di Jepun berharga USD$2 dolar!

13. Jika menghadiri upacara perkahwinan ataupun kematian, membawa bersama wang ataupun hadiah adalah menjadi perkara yang wajib.

14. Penduduk Jepun mandi air panas setiap malam walaupun kemudahan itu tidak terdapat dirumah mereka.

15. Mengatakan ‘tidak’ secara langsung adalah satu perbuatan yang dianggap tidak bermaruah.

16. Lampu trafik hijau disana dipanggil ‘biru’.

17. Tidak ada mesin ATM yang beroperasi 24 jam disana malahan ia ditutup pada hari cuti dan kebanyakkannya beroperasi pada waktu bekerja sahaja.

18. Menjadi kebiasaan, seseorang yang berpindah kerumah baru, patut memberikan antara 1000 dolar ke 2,000 dolar kepada pemilik rumah tersebut.

19. Kebanyakan orang Jepun tidak boleh memandu dengan baik.

Kejernihan Air Banjir Di Jepun Amat Mengejutkan Dunia!

Ribut taufan 'Ai Tao' melanda Jepun pada 9hb September, Rabu lalu menyebabkan beberapa tempat seperti Tochigi dan Wilayah Ibaraki mengalami hujan yang sangat lebat. 

Banyak bahagian sungai berlaku banjir sehingga ke kawasan jalanraya, termasuk laluan bawah tanah turut dibanjiri air. 

Apa yang membezakan keadaan banjir negara kita dengan Jepun adalah air banjir di laluan bawah tanah di Jepun pun sangat jernih.   

Tiga gambar mengenai keadaan banjir di lalaun bawah tanah Jepun yang dimuat naik oleh " Abnormal Pepper" pelukis kartun dari China pada laman facebooknya sungguh memeranjatkan para netizen.

Ini kerana ketiga-tiga gambar tersebut menunjukan kejernihan air banjir di laluan bawah tanah itu sungguh tidak disangkakan, berikutan tiada langsung sampah-sarap yang terapung di atas permukaan air banjir berkenaan, samada puntung rokok, beg plastik atau daun. 

Lebih menabjukkan kejernihan air banjir itu sama seperti air paip, tanpa berwarna kekuningan akibat berkandungan tanah lumpur.







Aneh! Kenali Bandar Yang Mengharamkan Telefon Bimbit, Wifi, Radio Dan TV

Negara mana yang masih tiada kemudahan elektronik dan elektrik? Pasti menjadi tanda tanya kerana kini semua negara rata-rata telah maju ke hadapan dengan adanya pelbagai kecanggihan selari dengan perkembangan moden dunia. 



Namun, berbeza dengan bandar Green Bank yang terletak di Pocahontas County, West Virginia, Amerika Syarikat, mungkin satu-satunya bandar di mana telefon bimbit, Wi-Fi, radio dan televisyen tidak boleh digunakan dan menyalahi undang-undang. 



Ini disebabkan oleh, bandar itu terletaknya teleskop terbesar di dunia steerable radio di bumi - Robert C. Byrd Green Bank Telescope (GBT), yang dikendalikan oleh National Radio Astronomi Observatory. Bandar ini satu-satunya bandar yang sunyi disebabkan oleh GBT. Mungkin tak ramai yang sanggup tinggal di sana kan?



Walaupun sedikit pelepasan gelombang radio daripada peranti elektronik ia boleh menghalang bacaan daripada teleskop radio. Oleh itu, semua telefon bimbit, Wi-Fi, radio dan alat-alat komunikasi yang lain adalah menyalahi undang-undang di bandar ini. Kereta yang menggunakan petrol juga dilarang sama sekali.

Sempadan zon bebas peranti terletak jauh di luar Green Bank. Ia juga dikenali sebagai National Radio Quiet Zone, bersempadan dengan West Virginia, Virginia, dan Maryland. Pasti ramai daripada kita tidak boleh bayangkan hidup tanpa telefon bimbit atau sebarang alat elektronik. Walau bagaimanapun, terdapat 140 penduduk yang tidak keberatan tinggal di sana. Kanak-kanak bermain di taman permainan dan remaja hanya duduk membaca buku. Jika mereka perlu menghubungi seseorang, mereka akan menggunakan telefon berbayar jenis lama.

Jika orang dahulu boleh hidup tanpa sebarang peralatan canggih, kenapa kita tidak?

Kenali 5 Ahli Politik Dunia Yang Cantik Jelita

Luar biasa jika pemimpin wanita berada seiring dengan pemimpin lelaki. Ternyata, mereka sangat berani, bijak dan berkaliber. Bahkan mempunyai penampilan menarik. Rata-ratanya, pemimpin wanita ini terdiri daripada ahli politik dan juga ahli perniagaan. Sekaligus ada yang menjadi Perdana Menteri. Kalau di Malaysia pula siapakah menteri wanita yang tercantik ya?

Berikut beberapa pemimpin wanita yang sangat cantik menjadi sebutan sehingga kini. 

Yulia Tymoshenko 



Ahli politik dan juga ahli perniagaan. Beliau merupakan wanita yang pertama dilantik menjadi Perdana Menteri Ukraine.

Ayla Malik 



Beliau merupakan ahli politik Pakistan dan juga seorang wartawan. Berkhidmat sebagai Member of National Assembly dari 2002 hingga 2007.

Ruby Dhalla 



Ahli politik Kanada dari Parti Liberal. Berkhidmat dalam Canadian House Of Common dari 2004 hingga 2011. Beliau mencipta sejarah sebagai ahli politik Kanada pertama yang berketurunan Sikh.

Alina Kabaeva



Ahli politik Russia yang juga bekas pemegang pingat emas Olimpik dalam acara gimnastik berirama pada tahun 2000 di Sydney.
Beliau mewakili parti United Russia dari tahun 2007 hingga 2014.

Sitrida Geagea



Ahli politik Lebanon yang mewakili Daerah Bsharri. Beliau dilahirkan di Kumasi, Ghana. Beliau merupakan ahli politik Lebanese Forces.

Sumber : Forum Cari

7 Perangai Pelancong China Yang Paling Menjengkelkan!

7 Perangai Pelancong China Yang Paling Menjengkelkan!



Kehadiran pelancong warga China di mana-mana negara nampak gayanya tidak begitu disenangi serta mengundang perasaan jengkel dikalangan pelancong negara lain mahu pun orang tempatan sendiri.

Mengapa mereka seolah-olah diboikot oleh semua orang? Apa kesalahan yang telah mereka lakukan? Dan kenapa kehadiran mereka tidak disenangi?

Berdasarkan beberapa sumber, di bawah ini merupakan 7 punca mengapa pelancong warga China tidak disenangi dan kurang digemari di seluruh dunia:

1. Tidak tahu bersabar/Tidak bertoleransi



Jelas perangai pelancong warga China yang tidak tahu bersabar mahupun tidak faham erti toleransi ini menjadi faktor utama mengapa mereka dibenci. Hal ini dapat dibuktikan melalui beberapa isu berkaitan yang pernah ditimbulkan.

Berita mengenai pelancong China yang membuat kecoh di sebuah lapangan terbang di Bangkok juga telah mendapat perhatian netizen (tonton video dibawah).

Jelas sikap toleransi mereka sangat lemah rentetan isu penerbangan yang mereka naiki terpaksa digendalakan sementara.

Selain itu, video yang dimuat naik oleh seorang wanita Thailand yang menunjukkan sikap pelancong China yang tidak tahu beratur juga pernah viral sebelum ini.

2. Tidak bertamadun!

Pelancong dari China juga dikecam kerana sikap mereka yang keterlaluan serta tidak bertamadun ketika melancong.

Isu ini boleh dikaitkan dengan insiden seorang lelaki warga China yang pernah menjadi bualan media tempatan dan luar negara kerana bertindak tidak sopan selepas meramas buah dada patung bogel yang menjadi tugu di kawasan pelancongan popular di Huaqing Pool di bandar Xi’an.

3. Tidak bertimbang rasa



Segelintir pelancong dari China jelas memiliki duit untuk melakukan apa sahaja tapi apa yang menyedihkan mereka tidak mempunyai etika serta tidak bertimbang rasa kepada orang di sekeliling.

Menurut sumber, mereka langsung tidak mempedulikan perasaan orang lain dan merasakan mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka suka.

4. Bersikap oportunistik

Mereka juga dikatakan tidak akan melepaskan peluang yang ada. Boleh dikaitkan dengan sikap tidak bertimbang rasa. Pelancong dari China ini tidak akan bertolak-ansur walaupun terhadap orang yang lebih tua.

5. Pentingkan diri sendiri

Sifat pentingkan diri sendiri ini sememangnya dibenci oleh masyarakat. Ia merupakan sisi buruk yang ada dalam diri seseorang individu atau kelompok yang perlu disingkirkan serta dibuang serta-merta.

Ini juga merupakan faktor yang mendorong kepada kenapa pelancong dari China ini diboikot oleh seluruh masyarakat dunia.

6.Suka melakukan vandalisme serta merosakkan pemandangan

Tabiat kebudak-budakan seperti menconteng nama sendiri di mana-mana dinding atau sesuatu tempat pelancongan untuk menunjukkan mereka pernah hadir dan datang di situ juga adalah satu daripada punca kenapa warga China ini dikutuk!

Rasanya tidak perlu meletakkan simbol atau tanda seperti ‘Lin Quai was here’ dan sebagainya. Tiada siapa peduli dan tiada siapa yang mahu ambil tahu, ia hanya merosakkan pandangan serta kualiti benda yang menjadi tarikan kepada pelancong lain.

7. Pengotor!



Sikap yang terakhir ini merupakan sikap yang paling jelas ditunjukkan oleh segelintir pelancong China ketika melancong. Pengotor dan tidak tahu menjaga kebersihan! Isu seperti ini telah banyak berlegar di media sosial serta menjadi bualan hangat mana-mana media.

Sebagai contoh, isu terbaru yang pernah dilaporkan, seorang wanita dikatakan dengan sengaja telah membiarkan anaknya membuang air di tempat penyimpanan makanan di dalam sebuah pesawat.

Kesimpulannya, pelancong warga China sememangnya perlu berubah dari segi sikap mereka yang menjengkelkan orang ramai ketika melancong bagi membersihkan kembali nama negara mereka.

Jika tidak, selama-lamanya mereka akan dikecam serta diboikot oleh seluruh masyarakat di dunia ini gara-gara sisi buruk yang ditunjukkan mereka itu.

Gadis Cantik Ini Digemukkan Oleh Teman Lelakinya Kerana Takut Disambar Orang Lain

Memiliki kekasih cantik dan seksi ternyata tidak membuatkan jejaka dari China ini senang hati. Dia amat khuatir dan risau kekasihnya akan meninggakan dirinya dan direbut oleh jejaka lain.



Kerana rasa sayang yang tidak berbelah bagi, jejaka ini mempunyai cara agar kekasihnya tidak menjadi idaman lelaki lain. Dia menggemukkan kekasihnya dan dalam masa 2 tahun, tubuh cantik dan seksi itu pun hilang.



You Pan mula berkenalan dengan teman wanitanya  Yan Tai beberapa tahun yang lalu. Ketika itu Yan Tai memiliki tubuh badan yang sangat cantik dan seksi. Namun, kelebihan ini  membuatkan You Pan dalam keadaan resah dan tidak senang kerana dia beranggapan  jika suatu hari nanti kekasih hatinya itu akan berpaling kepada lelaki yang lebih tampan darinya.



Dia mempunyai idea untuk membuatkan kekasihnya itu menjadi gemuk sehinggakan dia terpaksa mengejutkan teman wanitanya dari tidur pada waktu malam semata-mata hanya untuk menjamah makanan. Secara perlahan-lahan, idea tersebut berhasil dan berat badan Yan Tai naik dua kali ganda.



Yan Tai langsung tidak keberatan ataupun menolak permintaan teman lelakinya itu, malah dia kelihatan sangat bahagia meskipun berat tubuh badannya naik sebanyak dua kali ganda. Kelihatan di dalam gambar  Yan Tai menitiskan air mata kerana  terharu ketika dilamar oleh You Pan dengan sejambak bunga yang diperbuat dari coklat Ferrero Rocher.

Sandra Bullock Dikecam Hanya Kerana Muka Dia dan Anaknya Tidak Serupa

Tak semua orang merasa kemanisan melahirkan anak dan tak semua orang berpeluang merasa mempunyai anak walaupun ianya adalah anak angkat.



Sandra Bullock, pelakon terkenal Hollywood mengambil anak angkat Louis, 5 tahun lalu. Wanita berusia 51 tahun ini mula diperkatakan sejak dari itu. Rupa-rupanya sesetengah orang tidak merasakan beliau seorang ibu yang sebenar. Selama bertahun-tahun beliau digelar ibu angkat dan diberitahu Louis bukanlah anaknya hanya kerana mereka tiada pertalian darah dan warna kulit mereka berbeza.

Itulah ketikanya beliau memuat naik gambar bersama anaknya di Facebook dengan kapsyen luahan hati.

“Saya dah penat dengar dari semua orang yang dia bukan anak saya, yang dia bukan darah daging saya dan saya hanya dikenali sebagai ibu angkat. Saya seorang ibu. Saya tak perlukan panggilan lain atau dilabel dengan nama lain. Dia mungkin tidak mempunyai mata saya, dia mungkin tak memiliki senyuman saya, dia mungkin tak serupa dengan kulit saya, tapi dia memiliki seluruh hati saya. Ibu adalah seorang insan yang membesarkan , menyayangi dan menyediakan segala yang diperlukan oleh seorang anak. Tak penting sama ada darah daging atau tidak.

Saya pegang dia dalam pelukan dan saya bersyukur kepada Tuhan kerana membawa dia dalam hidup. Jika laluan untuk memiliki sebuah keluarga menjadi untuk saya, saya tak akan bertemu anak istimewa ini. Saya perlu kenal dia. Saya perlu jadi ibunya. Kini saya tahu kenapa segala ini berlaku dan tidak berlaku. Agar saya boleh bertemu anak kecil ini. Dia, dalam segala hal, adalah anak saya.”

Sandra juga menambah lagi dalam post nya yang beliau sangat sukakan hidupnya sebagai seorang ibu. Beliau tidak kisah jika mempunyai lima lagi orang anak seperti Louis. Beliau juga menyarakankan orang di luar sana agar tidak takut untuk mengambil anak angkat sepertinya.

Sumber: Empoweringwomennow.cm

Isteri Diceraikan Kerana Terlambat Menyiapkan Makan Malam Untuk Suaminya

Pernikahan adalah perjanjian di antara dua belah pasangan untuk kekal hidup bersama dalam waktu suka mahupun duka, dan waktu senang mahupun miskin. Namun sekuat manapun sebuah perkahwinan itu dipertahankan, ianya tetap juga menjanjikan perpisahan. Banyak sekali faktor yang menyebabkan perceraian, salah satunya adalah kejadian yang sangat pelik ini.



Dari sumber metro.co.uk, seorang lelaki dari negara Nigeria menceraikan isterinya kerana hal yang sangat remeh dan tidak anda sangka. Lelaki ini menceraikan isterinya kerana si isteri dituduh tidak memenuhi kewajipannya sebagai seorang isteri dan selalu lambat menyiapkan makanan untuk suaminya.

Seperti yang dilaporkan di akhbar Vanguard, Olufade Adekoya yang kini berusia 57 tahun mengatakan kepada pihak mahkamah, “Isteri saya telah gagal dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Dia tidak menyiapkan makanan untuk saya mengikut waktu yang ditetapkan dan sudah banyak kali saya memberi nasihat, tetapi dia tidak mengambil endah perkara ini. Jika saya lapar, saya akan makan diluar. Tidak ada gunanya saya berkahwin dengan dia jika dia tidak melakukan kewajipannya sebagai seorang isteri. Saya benar-benar muak dan ingin menceraikannya.”

Si isteri yang bernama Olusola membantah semua itu dan mengatakan bahawa itu hanya alasan dan muslihat yang dibuat oleh suaminya untuk berkahwin dengan wanita lain. Meskipun alasan yang diberikan tidak cukup kuat, pihak mahkamah memutuskan untuk membenarkan permohonan penceraian mereka.

Olu Adebiyi selaku hakim yang mengadili kes ini berkata, “Pihak pengadilan telah mencuba banyak kali untuk mendamaikan perselisihan faham di antara mereka, namun semuanya terbukti gagal.”

Semoga Olusola akan bertemu dengan lelaki yang lebih baik berbanding dengan bekas suaminya itu.

Pertandingan Paling Pelik Di Dunia - Selfie Dengan Mayat!!!

Pertandingan PELIK, Selfie Dengan Mayat

Polis Russia semalam mula menyiasat satu pertandingan menerusi media sosial popular negara itu yang menawarkan hadiah untuk ‘selfie terbaik dengan mayat.’



Satu komuniti dalam VK, versi Facebook di Russia dengan 70 juta pengguna, mempelawa ahlinya memuat naikkan gambar selfie dengan mayat dan menawarkan hadiah wang tunai kepada gambar terbaik, kata polis, semalam.

Komuniti itu yang menggelar diri mereka ‘Selfie Dengan Si Mati’ menjanjikan hadiah antara 1,000 dan 5,000 rouble (RM60 dan RM300) untuk gambar terbaik.

Pentadbir kumpulan itu meletakkan syarat bahawa mereka yang merakam selfie perlu tersenyum kerana si mati sudah ‘berpindah ke alam lebih baik.’

Laman ‘Selfie Dengan Si Mati’ itu dipenuhi gambar mereka yang berselfie di sisi mayat.

Menjijikkan! Selama 43 Tahun Minum Air Kencing Untuk Panjang Umur

Banyak sangat perkara pelik terjadi sekarang ni. Di Bandar Bandar Wuhan, China, dua orang lelaki warga tua menjadikan air kencing sebagai minuman pagi mereka setiap hari.



Mereka ialah Bao Yafu dan Yi Dongshan. Selalunya, setiap pagi kita akan menikmati kopi atau teh, tetapi mereka menjadikan air kencing sebagai minuman terapi setiap pagi.



“Enak! Saya mahu lagi !,” kata Yi, yang berusia 61 tahun selepas meneguk air kencingnya sendiri.



Akhbar Daily Mail melaporkan, sejak 2010, Bao merupakan ketua organisasi Persatuan Terapi Air Kencing di Wuhan.“Bagi saya rasanya seperti teh,” kata Bao pula yang kini berusia 81 tahun.
Jabatan Kesihatan China tidak menggalakkan kegiatan yang dilakukan oleh organisasi tersebut.



Pada awalnya kumpulan itu dibentuk di Hong Kong pada tahun 2008, dengan membuka ibu pejabat di Wuhan, dan mempunyai ahli seramai 400 orang. Kini, jumlah anggotanya mencecah hingga 1000 orang.

Anggota organisasi itu menolak pandangan perubatan yang menganggap meminum air kencing adalah perbuatan yang menjijikkan dan tidak mempunyai manfaat.



Tetapi mereka percaya ia dapat memanjangkan umur, memberikan tahan kesihatan yang baik, dan bahkan menyembuhkan penyakit seperti kanser.

Bao telah menjalani terapi ini sejak tahun 1972 dan memperkenalkan cara aneh ini kepada setiap keluarganya di Hong Kong. Keluarganya juga mengakui terapi yang dilakukan oleh Bao, menjadikan tahap kesihatannya lebih baik.



Selepas enam bulan menjalani terapi pelik ini, penyakit Bao mula hilang, seperti sembelit atau ulser mulut yang sering terjadi. Bukan itu sahaja, Bao juga tidak lagi mengalami keguguran rambut yang menyebabkannya botak.

Suami Trauma & Saman Isteri Kerana Melihat Rupa Isterinya Tanpa Make Up

Perempuan yang make up tebal-tebal ni memang la cantik, melting seratus darjah Celsius je kalau tengok. Mata cantik, hidung shading mancung je. Tapi pernah terfikir tak kalau dorang tak make up muka natural dorang macam mana?? Hahaaaaa!!



Jangan sampai terkejut macam seorang lelaki di Algeria ni sudah la. Lepas berkahwin baru la dia kenal siapa sebenarnya isterinya tu. Sebab masa tu isterinya yang selalunya bermake up sudah cuci muka dan bebas dari secalit make up. Kahkahkah!! Apa lagi terkejut beruk la dia.

Ingatkan isterinya natural cantik rupa-rupanya makkkkk aiiiii muka macam nenek-nenek haha! Lelaki tu kata sebelum berkawin dia tengok isterinya tu selalu je cantik tapi pagi lepas perkahwinan dorang, menjerit laki tu sangkaannya wanita tu pencuri rupanya isteri sendiri.

Trauma terus, penderitaan psikologi lepas melihat wajah sebenar isterinya tanpa mekap buat pertama kali.

“Dia berkata isterinya kelihatan sangat cantik dan mempersonakan sebelum perkahwinan. Tetapi apabila dia bangun di waktu pagi dan isterinya pergi membasuh muka, dia terkejut muka isterinya sangat lain sehingga dia menyangka isterinya itu seorang pencuri”, kata laporan dari Emirates 247.

Tunggu apa lagi lelaki tu terus bertindak menyaman wanita terbabit sebanyak RM58,000 atas alasan penipuan.