Aneh! Kenali Bandar Yang Mengharamkan Telefon Bimbit, Wifi, Radio Dan TV

Negara mana yang masih tiada kemudahan elektronik dan elektrik? Pasti menjadi tanda tanya kerana kini semua negara rata-rata telah maju ke hadapan dengan adanya pelbagai kecanggihan selari dengan perkembangan moden dunia. 



Namun, berbeza dengan bandar Green Bank yang terletak di Pocahontas County, West Virginia, Amerika Syarikat, mungkin satu-satunya bandar di mana telefon bimbit, Wi-Fi, radio dan televisyen tidak boleh digunakan dan menyalahi undang-undang. 



Ini disebabkan oleh, bandar itu terletaknya teleskop terbesar di dunia steerable radio di bumi - Robert C. Byrd Green Bank Telescope (GBT), yang dikendalikan oleh National Radio Astronomi Observatory. Bandar ini satu-satunya bandar yang sunyi disebabkan oleh GBT. Mungkin tak ramai yang sanggup tinggal di sana kan?



Walaupun sedikit pelepasan gelombang radio daripada peranti elektronik ia boleh menghalang bacaan daripada teleskop radio. Oleh itu, semua telefon bimbit, Wi-Fi, radio dan alat-alat komunikasi yang lain adalah menyalahi undang-undang di bandar ini. Kereta yang menggunakan petrol juga dilarang sama sekali.

Sempadan zon bebas peranti terletak jauh di luar Green Bank. Ia juga dikenali sebagai National Radio Quiet Zone, bersempadan dengan West Virginia, Virginia, dan Maryland. Pasti ramai daripada kita tidak boleh bayangkan hidup tanpa telefon bimbit atau sebarang alat elektronik. Walau bagaimanapun, terdapat 140 penduduk yang tidak keberatan tinggal di sana. Kanak-kanak bermain di taman permainan dan remaja hanya duduk membaca buku. Jika mereka perlu menghubungi seseorang, mereka akan menggunakan telefon berbayar jenis lama.

Jika orang dahulu boleh hidup tanpa sebarang peralatan canggih, kenapa kita tidak?