[#AGAMA] Ketahui 9 Amalan Yang Boleh Wanita Lakukan Ketika Haid

Mungkin ada wanita di luar sana yang tidak tahu apakah amalan yang boleh kita lakukan walaupun datang bulan ( haid ). Penulis ingin senaraikan 9 amal yang boleh diikuti ( ada juga untuk wanita yang sudah berkahwin ) untuk menambah pahala. Semoga bermanfaat buat kita semua.



1. Berzikir dan membaca Al-Quran

Mazhad Abu Hanifah, Syafie dan Ahmad, hal ini boleh dilakukan oleh wanita yang haid dan junub.

Hadis Ummu Atiyah :

“Ketika hari raya kami disuruh keluar rumah. Semua wanita termasuk para gadis dan mereka yang sedang haid ikut keluar di belakang. Mereka turut bertakbir dan berdoa mengharapkan keberkatan dan kesucian hari itu “ ( Riwayat Bukhari dan Muslim ).

Hal ini dikuatkan oleh riwayat yang menyebut Rasulullah saw berkata kepada Aisyah yang sedang haid :

” Lakukanlah apa yang dilakukan oleh orang yang mengerjakan haji kecuali tawaf di Baitullah hingga engkau suci.” ( Riwayat Bukhari.

2. Sujud tilawah

Tidak ada larangan bagi wanita haid untuk melakukan sujud tilawah ketika mendengar ayat-ayat sajadah. Sujud tilawah tidak sama dengan sembahyang dan tidak mesti dilakukan dalam keadaan suci.

3. Memegang mushaf

Banyak ulama yang berpendapat wanita haid tidak boleh memegang mushaf, namun dalil mereka tidak cukup kuat dijaikan alasan bagi larangan itu. Ibnu Hazm juga membolehkan wanita haid memegang mushaf.

4. Membaca al-Quran di pangkuan isteri yang sedang haid ( datang bulan ).

Hal ini berdasarkan hadis Aisyah r.a :

“Rasulullah membaca Al-Quran sedang kepala baginda berada di pangkuan, padahal aku sedang haid.” ( Riwayat Bukhari dan Muslim ).

5. Merayakan hari raya

Wanita haid boleh menghadiri pelaksanaan dan perayaan hari raya. Tetapi dilarang mengerjakan sembahyang. Rasulullah saw bersabda :

“Gadis-gadis muda dan wanita yang haid keluar rumah untuk merayakan kebaikan ( hari raya ) dan menyambut panggilan kaum mukmin. Bagaimanapaun, wanita-wanita haid tidak boleh ikut mengerjakan sembahyang.” ( Riwayat Bukhari )

6. Masuk masjid

Para ulama berbeza pendapat mengenai hukum wanita haid masuk ke dalam masjid. Tetapi tidak ada satu dalil pun yang sahih dan tegas melarang wanita haid masuk ke dalam masjid. Jika merujuk pada kaedah usul fiqh “Segala sesuatu dibolehkan hingga ada yang melarangnya”, maka wanita yang sedang haid boleh masuk masjid”.

7. Makan dan minum bersama suami

Aisyah r.a meriwayatkan

“Dahulu, Rasulullah pernah minum bekas minumanku; baginda meletakkan mulutnya di bekas mulutku, padahal ketika itu aku sedang haid.Baginda juga memakan daging yang masih ada di tulang bekas gigitanku, padahal aku sedang haid,” ( Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Majah ).

8. Melayan suami

Wanita haid boleh melayan suaminya seperti membasuh kepala, menyikat atau menata rambutnya serta bermesra tidak melampau. Aisyah r.a meriwayatkan “

“Aku menyikat rambut Rasulullah padahal aku sedang haid,” ( Riwayat Bukhari dan Muslim ).

9. Tidur bersama suami dengan satu selimut

Ummu Salamah r.a berkata :

“Ketika aku sedang bersama Nabi saw, dalam satu selimut, tiba-tiba aku haid. Lalu aku keluar dengan perlahan untuk mengambil pakaian haidku. Melihat hal itu, baginda bertanya, ‘Apakah engkau haid?’ ‘Ya’, jawabku. Lalu, baginda memanggilku untuk tidur semula bersama baginda”. ( Riwayat Tirmidzi )

Mengenai hadis tersebut, Nawawi berpendapat ,” Hadis ini merupakan dalil yang membolehkan seorang suami tidur bersama isterinya yang sedang haid.

Sumber : Ensiklopedia Fiqah Wanita Muslimah, Syeikh Abu Malik Kamal Bin As-Sayid Salim

Artikel Terkait