Gadis Muda Gaji RM1200 Mampu Beli Kereta CASH Dan Hartanah Bernilai RM110,000

Gadis Muda Gaji RM1200 Mampu Beli Kereta CASH Dan Hartanah Bernilai RM110,000



Kisah ini bakal membuka mata anda mengenai ruang dan peluang untuk celik hartanah dan bagaimana seseorang mampu memiliki hartanah.

Kisah yang dikongsikan oleh GilaHartanah.com ini mengisahkan seorang wanita muda yang mampu memiliki hartanah dengan gaji kecil. Ikuti kisahnya..

Tiada apa yang mustahil. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Selalu Tok dengar keluhan pembaca.

"GAJI SAYA SIKIT JE, TOK. HARGA RUMAH DAH MAHAL. MACAM MANA NAK BELI RUMAH NI?"

Tuan Faizul Ridzuan telah menggalakkan kami menceritakan kisah gadis muda Cik S yang kini bekerja di kafe CoffeeBean di Kuala Lumpur.

Kami berpeluang menemuduga Cik S yang gaji RM1200 sebulan tentang bagaimana beliau mampu menyimpan RM500 sebulan untuk membeli hartanah bernilai RM110,000.

Ikuti wawancara kami:

Q - Umur Cik S dan suami sekarang berapa ya?

A - Saya berumur 22 tahun dan suami berumur 23 tahun

Q - Kahwin bila tu?

A - Tahun 2012 bila umur saya 19

Q - Wah awalnya kahwin! Macam mana kumpul modal untuk berkahwin? Ambil personal loan tak?

A - Kami tak ambil personal loan langsung. Kami belanja RM15,000 untuk semua, dan semua duit tu dari simpanan saya dan suami.

Q - Kalau tak keberatan, boleh kongsikan pendapatan suami dan cik S sekarang?

A - Segan nak cakap. Pendapatan bersih kami berdua sebulan adalah hampir RM3000 sebulan sekarang.

Q - Sekarang ramai graduan yang mengatakan gaji RM3000 sebulan pun tak cukup. Macam mana Cik S boleh menyimpan sehingga RM500 sebulan dengan pendapatan bersama tak sampai RM3000 sebulan?? Sewa rumah, Kereta, makan, Astro, Internet, semua tu, bolehkah hidup dengan pendapatan RM3000 sebulan?

A - Tak tahulah. Tapi kami jenis tak berbelanja banyak. Contohnya :

Dulu kami takde kereta, hanya ada 2 motor. Kalau kerja kami syif yang sama, kami pergi kerja naik satu motor je. Romantik sikit.

Pergi kerja bawa bekal. Boleh makan sedap dan kita pun tahu yang makanan tu bersih sebab kita sediakan sendiri.

Kami tak langgan internet atau Astro sendiri

Kami duduk dengan parents buat masa ni.

Tak pernah melancong keluar negara, hanya melancong dalam negara sahaja.

Baru-baru ni kami beli kereta nd-hand Wira pada harga RM10,000, tanpa hutang. Tapi jarang bawa sebab hari hari naik motor pergi kerja

Q - Apa perancangan kewangan yang pernah dibuat sebelum ini?

A - Kami takdelah merancang secara detail, tapi kami tahu kami kena berjimat dan menyimpan.

Tahun pertama kami kahwin kami terus buka simpanan ASB.

Tahun kedua kami beli kereta wira tu cash.

Tahun ketiga kami rancang nak beli rumah, dah lama kami tengok tengok rumah sampai jumpa rumah apartment low cost di Damansara. Kami nak beli tapi tak berani sebab ilmu takde.

Q - Oh kata tak berani nak beli sebab takde ilmu tapi sekarang berani pulak?

A - Itulah. Kebetulan abang Faizul Ridzuan selalu buat appointment di tempat saya bekerja. Hari-hari mamat ni datang berjumpa orang yang lain lain. Bila saya dapat tahu abang Faizul ni suka melabur dalam hartanah, saya beranikan diri tanya dia. Dan alhamdulillah dia tak lokek ilmu dan dia yang guide saya step by step. Tu yang jadi berani sikit.
________________________________________________________________________________

Macam tu la ceritanya. Memang tak ramai orang yang mampu buat macam Cik S. Apa yang Tok boleh puji adalah sikap dia.

Dengan gaji yang sedikit, Cik S sanggup ikat perut dulu, pandai ukur baju di badan sendiri & tidak berbelanja boros.

Akhirnya, dapat jugak beli kereta dan rumah sendiri, sedangkan orang lain ada yang gaji lebih besar pun masih menyewa lagi sampai sekarang.

Apa lagi alasan kita?