Harga Bilik Hotel Di Makkah 10 Malam Terakhir Ramadhan RM99,000!!!



MAKKAH, Khamis – Kementerian Pelancongan Arab Saudi menyalahkan orang tengah berikutan laporan mendakwa harga sebuah bilik hotel di sekitar Masjidil Haram di sini, bagi 10 malam terakhir Ramadan meningkat berkali-kali ganda.

Menurut laporan yang diterima oleh kementerian itu, harga sebuah bilik hotel lima bintang mencecah sehingga RM100,000 bagi 10 malam terakhir Ramadan.

Bagi 20 malam terakhir Ramadan, harga sebuah bilik ialah antara RM1,400 hingga RM2,000, lapor akhbar harian Al Hayat.

Bagaimanapun, harga itu meningkat berkali-kali ganda menjelang 10 malam terakhir, malah mencecah sehingga RM100,000 selepas orang tengah mengambil kesempatan daripada permintaan yang tinggi.

Jurucakap kementerian itu berkata, ratusan ribu jemaah dari seluruh dunia berkumpul di Masjidil Haram bagi 10 malam terakhir Ramadan menyebabkan permintaan terhadap hotel meningkat.

“Kami mempunyai bilik kosong yang harganya meningkat berkali-kali ganda bagi 10 malam terakhir Ramadan,” kata Majdi Younis, pegawai pelancongan dan entikuiti di Makkah. – Agensi