Pakar Motivasi Dihentam Teruk Kerana Gelarkan Kumpulan Search Sebagai “Hantu”

Pakar Motivasi Gelarkan Search “Hantu”



Pepatah ada mengatakan, jangan tuduh atau kata bukan-bukan kepada seseorang hanya melalui luaran. Luaran tidak mencerminkan seseorang itu. Silap haribulan yang kita kata jahat tetapi sebenarnya paling mulia hatinya jika hendak dibandingkan mereka yang manis mukanya. Jadi siapa kita untuk tentukan seseorang itu jahat mahupun baik. Masing-masing mempunyai kebaikan dan keburukan. Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui isi hati umatNya.



Isnin lalu, penyanyi rock terkenal, siapa lagi kalau bukan vokalis kumpulan Search, Amy, telah memuatnaik gambar dengan kapsyen begini :

“Kertas putih salju ku coretkan kedukaan ku 
Hitam dn kelabu ada lah warna dlm hidup ku..
Apa kah jika lagu2 yg ku syairkan itu dpt mengembira hati mereka dn di jadikan sebahgian perjlnan hidup mereka utk berjaya itu satu dosa? Jgn di hina belia2 itu kerna mereka itu sbahgian dri aku dn aku juga sbahgian dri mereka yg punya cita. Tutur kata seorng motivasi itu seharus nya indah lgi mulia.”

Gambar tersebut menunjukkan seorang pakar motivasi yang bernama Lukman telah memberi kata-kata yang menguris hati ramai pihak terutama peminat Amy sendiri. “Setelah bertahun-tahun negara sambut Hari Belia Negara, belia-belia kita menjadi semakin teruk kerana hantu-hantu macam ini yang menjadi pengisinya”.

Setelah ramai yang menghentam pakar motivasi ini di laman Facebook miliknya, akhirnya dia memadam gambar tersebut dan memohon maaf atas keterlanjurannya itu. “Baru cakap ngan Kak Norish tadi, insya-Allah petang ni klu ada rezeki jumpa Abg Amy utk minta maaf. Sebelum tu saya nk minta maaf juga kpd semua peminat-peminat abg Amy dan kumpulan Search yg tersinggung dgn post saya sebelum ni.Doakan....”.



Apa nak dikata, terlajak perahu boleh undur tetapi terlajak kata, memang tidak boleh nak undur, kena bantai lagi ada. Sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan sepatutnya kenalah fikir sebaik mungkin. Jika anda tidak gemar akan golongan artis sekalipun, tidak perlu mengeluarkan perkataan “hantu”. Mereka manusia, bukannya hantu. Cuba anda fikir kalau orang mengelarkan anda dengan gelaran tersebut? Sepatutnya anda berfikir lebih mendalam kerana anda seorang pakar motivasi. Kata-kata anda itu telah memburukan nama pakar motivasi yang sedia ada. Tetapi tidak semuanya begitu. Pakar motivasi yang ada semestinya lebih profesional dalam mengeluarkan kenyataan atau sebagainya.

Buat Amy, tidak mengapa. Anda sangat mulia lebih-lebih lagi dengan tertubuhnya Al Bayan School of Quran & Hadith yang mana tempat berkumpulnya anak-anak muda belajar tentang agama. Al Bayan adalah sebuah sekolah tahfiz yang diusahakan oleh Amy bagi melahirkan muslim profesional dan seorang huffaz. Buat anda semua, tidak kira siapa pun orang itu, mereka juga adalah umat Allah SWT. Hanya Allah sahaja yang menentukan baik buruk seseorang itu. Semoga dengan apa yang berlaku, pakar motivasi bernama Lukman ini boleh mengambil iktibar dalam membentuk pemikiran supaya lebih terbuka di masa hadapan.