Nauzubillah Min Zalik! Seminar MLM Cium & Sembah Duit Untuk Cepat Kaya

Program MLM Cium Duit Untuk Cepat Kaya Dikhuatiri Menyimpang




Satu seminar Multi Level Marketing (MLM) magnet duit atau seminar membina semangat minda jutawan dikhuatiri menyimpang dari ajaran islam.

Dalam seminar tersebut, peserta dikatakan mencium duit dalam keadaan sembah untuk meningkatkan semangat jutawan.

Apa yang dikhuatiri, semua yang mengikuti program terbabit adalah 100% melayu beragama islam yang terlalu taksub untuk bergelar jutawan.

Antara amalan dalam program ini ialah mencium atau menghidu bau duit agar rezeki datang melimpah ruah.

Pelbagai reaksi yang diberikan netizen di laman sosial dan rata-rata bersetuju amalan ini adalah syirik dan sebagai umat islam, mereka sepatutnya sedar bahawa amalan sebegini menyimpang dari agama.

Ada juga yang berpendapat bahawa, apabila mata manusia sudah buta oleh wang, mudah sahaja mereka terjebak dengan program seperti ini dan menjadi hamba kepada wang.

Yang pastinya, pihak penganjur yang mendapat untung melalui kutipan yuran dari peserta.

Sungguh taksub dan menghayati mereka mencium dan memeluk sejumlah wang yang bukan milik mereka.

Berikut merupakan gambar peserta yang terlibat dalam seminar magnet duit jutawan ini:









Yang pastinya, memuja sejumlah wang bukanlah cara yang betul untuk bergelar jutawan. Ramai juga yang berpendapat peserta seminar hanya diperbodohkan dan ahli yang menyertainya dalam kalangan yang cetek ilmu.

Apa pula pendapat anda?

SUMBER