Hujung minggu adalah hari sesuai untuk berjalan-jalan sambil mencuci mata kan. Jika tidak pergi melancong, atau mungkin anda sedang bercuti di tempat-tempat ini, cuba singgah ke beberapa lokasi menarik Flea Market yang sering menjadi tumpuan penduduk tempatan dan warga pelancong.
1. AMCORP MALL FLEA MARKET, PETALING JAYA
Jika anda pengumpul wang-wang lama, datanglah pada hari Ahad kerana peniaga-peniaga dan pengumpul-pengumpul wang lama kerap berada di sini. Dari wang kertas, syiling, poskad, tembikar, perabot lama bahkan permainan kanak-kanak semuanya ada di Amcorp Mall Flea Market ini. Mempunyai hampir 300 gerai yang dibuka pada hari Ahad, anda pasti balik tanpa tangan kosong.
2. JONKER STREET, MELAKA
3. PASAR LOKEN, IPOH PERAK
4. LORONG KULIT, PULAU PINANG
Dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 2 petang merupakan tumpuan pelancong untuk mencari barang-barang antik yang rare. Dengan lokasi yang mudah dicari iaitu bersebelahan Stadium Bandaraya, Balai Polis Dato Keramat dan bengkel TNB, kawasan parking yang disediakan juga tidaklah terlalu mahal. Sekitar RM1 untuk hari biasa dan RM2 untuk hari Sabtu dan Ahad.
5. PASAR WARISAN, SEREMBAN
Terletak di Jalan Utam Singh yang berdekatan dengan Pasar Besar Seremban, pasar ini dibuka sepanjang hari Ahad. Bagi anda yang tidak segan dan handal dalam bab tawar-menawar, anda boleh mendapatkan barangan unik dengan harga murah. Warga ibu kota yang duduk di sekitar Lembah Kelang juga pasti tidak mempunyai masalah untuk berkunjung kerana lokasi yang dekat saja. Tidak sampai dua jam dah sampai.
6. LORONG PETALING, KUALA LUMPUR
Pusat jualan yang terletak di tengah-tengah kesibukan ibu kota ini telah wujud sejak sepuluh tahun yang lalu. Bagi anda yang memang suka mencari barang-barang berjenama pada harga yang murah, di sinilah lokasi yang tepat. Memandangkan kawasan ini sering dikaitkan dengan kawasan ‘panas’, anda disyorkan lebih berhati-hati apabila berasak dengan ramai orang. Kalau tidak, masakan lokasi ini pernah dikenali sebagai Thieves Market!
Jadi jom kita selongkar antara lokasi tumpuan untuk barangan terpakai di Malaysia.
1. AMCORP MALL FLEA MARKET, PETALING JAYA
Jika anda pengumpul wang-wang lama, datanglah pada hari Ahad kerana peniaga-peniaga dan pengumpul-pengumpul wang lama kerap berada di sini. Dari wang kertas, syiling, poskad, tembikar, perabot lama bahkan permainan kanak-kanak semuanya ada di Amcorp Mall Flea Market ini. Mempunyai hampir 300 gerai yang dibuka pada hari Ahad, anda pasti balik tanpa tangan kosong.
2. JONKER STREET, MELAKA
Pilihlah apa jua barangan antik sebagai kenang-kenangan buat teman-teman di sini. Bukan saja anda boleh melihat barang-barang yang menggambarkan keindahan Melaka, tetapi anda juga boleh membeli makanan-makanan yang popular di Melaka dengan harga yang dijual murah. Barangan unik dan kraf tangan menarik juga terdapat di sini.
3. PASAR LOKEN, IPOH PERAK
Meskipun nama lokasi ini telah berubah tempat menjadi Memori Lane, tetapi masih ramai penduduk tempatan memanggil Pasar Loken. Menariknya, ada lebih 400 gerai yang menjual barang-barang lama dan terpakai di sini. Pasar Loken ini mula beroperasi pada jam 7 pagi hingga 1 petang.