CANTIKNYA!!! Gadis 21 Tahun Ini Wajahnya Mirip Pelakon Siti Saleha

KOTA BHARU – Dipanggil dengan nama ‘Siti Saleha’ sudah menjadi kebiasaan bagi gadis berusia 21 tahun ini kerana wajahnya yang mirip pelakon terkenal tanah air itu.

Malah, ramai rakan sekuliahnya turut menggelarkannya, ‘Nora Elena’ iaitu watak yang dilakonkan aktres Siti Saleha di dalam sebuah drama bersiri popular yang disiarkan sebuah stesen televisyen negara, beberapa tahun lalu.

Semua gelaran yang mengaitkan dia dengan pemenang anugerah pelakon filem wanita popular 2014 itu tidak pernah membuatkan si pemilik nama Nik Nur Amirah Ismail berbangga atau meninggi diri, sebaliknya dia selesa mengekalkan keperibadian semulajadinya yang berperwatakan ramah dan ceria.

Ditegur penulis ketika kebetulan terserempak dengan Amirah, sapaan penulis disambut begitu baik oleh gadis tersebut.

“Akak ni lawaklah. Ye…..kak. Dah selalu sangat orang cakap muka saya macam Siti Saleha,” katanya sambil ketawa menjawab pertanyaan penulis sama ada pernah atau tidak orang menegur wajahnya mirip seseorang.

Penulis dipelawa menemaninya makan tengah hari di sebuah restoran sambil ditemani dua lagi rakan sebaya, Nurul Azilawati Asyikin Ahmad dan Siti Nur Ain Unnira Muhamad, 20.


Kata Asyikin, dia mengenali Amirah atau mesra disapa Mira itu sejak mereka di zaman persekolah.

“Kami sama-sama bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Ismail dan saya mengenali Mira sebagai seorang sahabat yang sangat setia dan walaupun Mira mempunyai ramai peminat kerana wajahnya yang cantik itu, tetapi dia tetap gadis ‘biasa-biasa’ yang tidak sombong serta selalu membantu kawan-kawan yang dalam kesusahan,” katanya.

Amirah memiliki kelulusan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak dari Kolej Pendidikan Perdana Shah Alam. Gadis muda itu bakal membuka pusat penjagaan kanak-kanak di Jalan Zainal Abidin pada Mei depan.



















Kata gadis bertubuh kecil itu, minat dan kesukaannya lebih terarah ke bidang kecantikkan dan salon, namun memikirkan peluang terhidang dek tawaran membuka pusat jagaan kanak-kanak itu oleh ibu sendiri, dia memilih untuk mendahulukan pembinaan kariernya demi masa depan yang lebih gemilang.

“Saya bertuah sebab modal perniagaan untuk buka pusat itu semua disediakan ibu, segala-galanya ibu yang uruskan, tinggal untuk memulakan operasinya sahaja bulan depan,” kata anak kedua dari tujuh beradik itu.

Biarpun bakal menceburi bidang perniagaan pusat jagaan kanak-kanak tidak lama lagi, Amirah tidak melepas minatnya dalam dunia kecantikkan begitu sahaja, tetapi dia tetap membantu ibunya, Nik Rohaizan Mohd Shaari, 44, yang membuka sebuah peniagaan menjual pelbagai barangan kosmetik dan alat solek.

Sumber: SinarHarian