Aaisyah Dhia Rana Cipta Kejutan Bersejarah, Che Ta & Zain Saidin Tercengang!


Meskipun Aisyah Dhia Rana baru berusia lima bulan, namun anak kepada Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini telah menjadi artis pertama menyertai syarikat pengurusan Laugh Out Loud (LOL) Entertainment. 


"Saya senang bersama pengurusan LOL dan sejak tiga tahun dengan syarikat ini, saya percaya kepada kredibiti LOL sebagai antara syarikat pengurusan popular tanah air.



"Jadi dalam hal anak, saya biarkan yang lebih arif untuk mengatur apa yang sewajarnya untuk dia. Tambahan pula rezeki anak saya kian murah dan mendapat perhatian syarikat yang berkeinginan menjadikannya sebagai duta," ujar Che Ta dipetik sebagai berkata kepada BH.

Selain bayi mereka, Zain turut bersetuju untuk menyertai pengurusan LOL yang dimiliki Afeeq Abd Wahab dan penyanyi Dafi. 

"Jadi... kenapa saya tidak menerima tawaran mereka untuk menguruskan saya sekali termasuk anak," jelas Zain.

Sumber : Myartis