Sesuaikah Lelaki Memakai Pakaian Yang Berwarna Merah Jambu?

Ramai yang bertanya, benarkah lelaki tidak sesuai memakai pakaian rona merah jambu?



Adakah mereka yang memakai ini dikaitkan dengan golongan yang lembut, maknyah dan sebagainya?



Nampaknya, semua telahan ini adalah salah. Mitos yang mengatakan merah jambu untuk wanita dan biru untuk lelaki tidak boleh diterima lagi pada zaman ini.



Tahukah anda, lelaki yang menyarung pakaian rona merah jambu sering dianggap sebagai seorang yang bijak, berpelajaran, berbakat dalam perniagaan dan lebih mudah didekati oleh wanita?

Tambah menarik, rona merah jambu sesuai dipakai oleh mana-mana lelaki tanpa mengira warna kulit, cerah mahu pun gelap.

Ia juga sesuai dipadankan dengan pelbagai rona lain seperti biru, kelabu, putih dan sebagainya.

Jangan tunggu lagi, keluarlah dari kepompong dan ketakutan tentang merah jambu!