"Saya Juga Sukakan Wanita Bertudung" - Shaheizy Sam

"Saya Juga Sukakan Wanita Bertudung" - Shaheizy Sam



Penantian jawapan daripada tuan badan berakhir apabila Shaheizy Sam memberi keterangan yang boleh dibaca oleh sesetengah netizen. "Saya dan Syatilla hanya teman baik", katanya. 

Terus terang, saya berkawan dengan semua orang. Dia (Syatilla) memang wanita yang baik dan akrab dengan keluarga saya. Sejujurnya kami telah berkawan hampir enam tahun dan itu membuktikan bahawa saya selesa berkawan dengannya. Namun, pada masa sekarang apa yang boleh diperkatakan hanyalah hubungan kami cukup sekadar teman baik. Soal cinta itu terserah kepada kuasa Allah untuk menentukannya.

Kali ini, Shaheizy Sam inginkan wanita yang bertudung pula. Ha, siapakah gerangan wanita ini? 

Saya juga sukakan wanita bertudung (ketawa). Bagi saya mereka lebih cantik, namun perlu selari dengan niat kerana bertudung adalah salah satu tuntutan agama dan bukan perkara suka-suka.
Namun, siapa saya untuk menilai orang. 

Seperti yang dikatakan, saya sangat mementingkan pendapat mummy dan menyerahkan keputusan 100 peratus di tangannya. Jika mummy mempunyai calon sendiri dan itu adalah jodoh saya, insya-Allah perkara baik pasti akan berlaku suatu hari nanti.

Setiap kali ditanya, pasti ada sahaja jawapan Shaheizy Sam ini. Mengambil langkah selamat apabila pilihan bakal isteri akan ditentukan oleh mummynya, jadi faham-faham sajalah.  Bagi peminat Shaheizy Sam, teka teki selama ini sudah terjawab dan kita doakan jodoh yang baik-baik untuk beliau dan "gadis bertudung itu".