Hidayah itu milik Allah. Setiap manusia pasti pernah melakukan kesilapan dan perlu diketahui hidayah Allah itu hebat, tidak kira sehebat mana kejahatan kamu di dunia ini, hidayah Allah melebihi kehebatan kamu.
Kita pernah dengar penjenayah besar kembali ke pangkal jalan, penyanyi yang dulunya sering melakukan maksiat kembali kepangkal jalan, siap belajar ilmu agama dan menyebarkannya lagi sebagai pendakwah.
Allah berfirman:
إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ
“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi hidayah kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi hidayah kepada orang yang Dia kehendaki”. [Al Qashash/28 : 56].
Ada satu kisah manjadi viral di laman sosial milik Ali Rusia, beliau telah memuatnaik sekeping gambar seorang remaja bertatu penuh di badan dan tangan yang telah kembali ke pangkal jalan.
Walaupun mempunyai sejarah hitam tersendiri dalam hidupnya itu bukanlah satu penghalang kepadanya kembali ke jalan yang diredhai.
Berikut adalah coretan yang disertakan bersama gambar berkenaan.
Subhanallah – Tukar Keburukan menjadi Kebaikan
Sejarah silam boleh di ungkit dan di cungkil untuk di jadikan iktibar serta tauladan bukan untuk di lihat dan di war warkan sebagai keburukan, bagi mereka yang memahami akan maksud islah diri maka setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya bila melihat seseorang yang dahulunya jauh dari agama maka dia akan berkata “Subhanallah” atau Allahuakhbar atau sekurang kurangnya Alhamdulillah….ini lah manusia yang hatinya bersih melihat kebaikan walaupun di hadapannya terpampang keburukan sejarah silam.
Cerita
Satu ketika seorang anak remaja telah di bawa ke bilik Masyaikh dan di perkenalkan kepada beliau, Masyaik tersebut telah menyambut anak muda tadi dengan gembira dan mengarahkan Khadimnya menyediakan minuman.
Anak muda tadi di santuni dengan layanan istimewa lalu lelaki yang membawanya berkata kepada Masyeikh tersebut….”Maulana dahulunya anak muda ini seorang yang nakal tetapi kini beliau ingin belajar agama, boleh kah beliau di terima untuk belajar agama”
Maka jawab Masyeikh tadi…
“Masyallah, keputusan yang bijak, sudah pasti kita terima malah Allah akan suka kepada anak muda yang mahu belajar agama…senakal mana pun kita seburuk mana pun kita maka bila kita ambil agama maka Allah akan tukar setiap keburukan yang kita buat menjadi kebaikan dan sekiranya kamu mati semasa kamu di dalam belajar agama maka mati kamu pasti akan Allah redha dan kamu akan di masukkan kedalam syurga…Insyallah”
Psst : Bhai…kita ni dah lah jahil agama dan bila ada orang jumpa kita ceritakan tentang syurga dan neraka maka kita kata…Kau peduli apa…!!! elok bebenor la tuu…!!!
Sesungguhnya kita sebagai manusia sentiasa melakukan kesilapan dan kesilapan itu bukan bermakna kita sesat selamanya, pintu taubat sentiasa terbuka.