Timbalan Perdana Menteri Dipecat, Ini Beza Antara Zaman Mahathir dan Najib
Isu pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri berkuatkuasa hari ini menjadi topik hangat dalam kalangan rakyat Malaysia ketika ini. Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu adalah sesuatu yang mengejutkan disaat skandal 1MDB yang belum selesai.
Ramai dalam kalangan penyokong Datuk Seri Najib Razak membandingkan tindakan Datuk Seri Najib memecat Tan Sri Muhyiddin selaku bekas Timbalan Perdana Menteri, dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas tiga Timbalan Perdana Menteri pada era beliau – Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sekilas memang seakan sama, namun jangan terpedaya dengan persepsi.
Zaman Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
1. Pada Tahun 1987, Tun Musa Hitam MELETAKKAN JAWATAN sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana percanggahan pendapat dengan Tun Dr Mahathir, BUKAN DIPECAT.
2. Tun Ghafar Baba kemudiannya dilantik oleh Tun Dr. Mahathir untuk menjawat jawatan kosong tersebut. Namun pada tahun 1993, kedudukan Tun Ghafar Baba dicabar oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga beliau BERUNDUR daripada jawatan tersebut. Sekali lagi, BUKAN DIPECAT.
3. Negara berhadapan dengan krisis kewangan pada 1997. Ketika itu, DS Anwar juga menjawat jawatan Menteri Kewangan dan dilihat telah gagal menangani krisis tersebut dengan baik, Selain alasan itu, DS Anwar terpalit dengan satu jenayah yang menyebabkan Tun Dr Mahathir bertindak memecat beliau. Tun Dr Mahathir telah memberi peluang DS Anwar untuk menjelaskan hal sebenar dalam mesyuarat tergempar Ahli Majlis Tertinggi UMNO, namun peluang tersebut tidak digunakan sebaiknya oleh DS Anwar.
Zaman Datuk Seri Najib Razak
1. Negara berhadapan dengan berita atau isu hangat berkenaan 1MDB yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak. Isu ini berpanjangan dan masih tidak kelihatan titik noktahnya. Namun, yang digugurkan adalah Tan Sri Muhyiddin yang LANGSUNG TIDAK TERLIBAT dalam skandal tersebut malah berjuang mewakili suara rakyat menuntut perihal yang sebenar. Suara rakyat banyak yang mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan, tetapi nampaknya orang lain yang “diletakkan” jawatan.
Sumber Asal: Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad & Blog Ammar