KECUR AIR LIUR!! 5 Jenis Jeruk Yang Menjadi Kegilaan Wanita Di Malaysia

5 Jenis Jeruk Yang Menjadi Kegilaan Wanita Di Malaysia



Jeruk merupakan salah satu makanan yang sangat disukai oleh kaum wanita malah ada juga lelaki yang kemaruk makan jeruk. Kami suka jeruk salah sebab dia manis dan sedap.

Hari ini kami kongsikan beberapa jeruk yang sering mendapat perhatian di kalangan peminat setia juadah yang sedap dimakan ketika sedang menonton TV mahu pun ketika sedang memandu kereta.

1. Jeruk Mangga



Jeruk mangga adalah di antara jeruk yang sentiasa mendapat perhatian dan pasaran di Malaysia sehingga pernah menjadi satu fenomena jeruk asam boi. Beli online katanya, memang sampai di tangan, sudah layu jadinya.



Selain jeruk asam boi, jeruk mangga warna kuning dan juga mangga muda turut menjadi pilihan. Memang sedap sungguhlah makan jeruk ini ya?

2. Jeruk Betik



Jeruk betik berada di dalam kalangan jeruk yang rangup. Ketika masa mula-mula kenal jeruk dulu, jeruk betiklah yang menjadi pilihan. Masam macam mana pun tetap makan juga.

3. Jeruk Salak



Wah, ini memang favourite nombor satu. Bagi yang tidak suka jeruk yang masam-masam, bolehlah cuba jeruk salak sebab dia manis-manis sikit. Makan satu memang tidak cukup.

4. Jeruk Kelubi



Jeruk kelubi adalah jeruk yang ada biji. Nanti habis mulut muncung sebab mahu keluarkan biji selepas habis isinya dimakan di dalam mulut.



Ini gambar buah kelubi yang masih belum buat jeruk. Macam buah laici pun ada ya?

5. Jeruk Kulit Limau



Fuh, kami ingat lagi ini pilihan pak cik kami ketika memandu. Dia makan ini untuk mengelakkan rasa mengantuk ketika memandu.

Cuba bayangkan tengah mengantuk tiba-tiba makan benda masam, memang sepet mata menahan masam lalu terus menghilangkan rasa mengantuk. Apa yang pasti, ahli keluarga lain lena tidur, ayah juga ang berjaga.

Terdapat pelbagai lagi pilihan jeruk yang ada di Malaysia. Daripada kanak-kanak sehinggalah orang dewasa mahu pun ibu mengidam, jeruk pasti menjadi salah satu kegemaran setiap had umur.