Tindakan pengotor seorang tukang masak tentera, Victor Gamboa, 27, yang menjadikan periuk besar yang digunakan untuk memasak sup sebagai tab mandi telah tersebar di laman sosial.
Kerana tindakan bodohnya itu pihak tentera Colombia telah melakukan siasatan dan kemungkinan tindakan disiplin akan dikenakan terhadapnya.
Video dia sedang membuka baju dirakam dan dilihat dia telah memanjat periuk tersebut dan berendam selepas penuh diisi dengan air.
Menurut rakannya, Juan Camargo Cubillos, Gamboa memanjat periuk yang penuh dengan air yang digunakan untuk memasak sup untuk seluruh tentera di kem itu.
“Mula-mula dia membasuh rambut dan kemudiannya membasuh kaki dan alat sulitnya.
“Ia amat menjijikkan dan saya tidak percaya apa yang saya nampak.
“Apabila saya bertanya kepadanya apa yang dilakukan itu, dia hanya ketawa dan memaklumkan bahawa saya tidak perlu risau mengenainya,’’ kata Cubillos.
Kejadian itu berlaku sejak tahun lepas lagi iaitu pada bulan Julai dan beliau sudah menyuruh mereka memadam gambar tersebut.
Dengan tersebarnya gambar berkenaan, maka ramai yang tidak terkejut apabila tempat memasak itu telah diarahkan ditutup selepas mendapat arahan daripada Sekretariat Kesihatan. -