Semalam menjadi perbualan ramai di laman perkongsian Facebook mengatakan seorang pengguna Lebuhraya Pantai Timur 2 berhampiran bukit besi yang berjaya menangkap gambar penumpang misteri ini.
Perkara ini nampaknya telah meresahkan orang ramai yang hari-hari munggunakan jalan tersebut.
SK akhirnya mengambil jalan untuk memastikan cerita ini sahih atau tidak kerana maklumlah zaman sekarang macam-macam boleh dibuat.
Akhirnya sumber sebenar kami perolehi dimana orang yang mula-mula memuat naik gambar ini adalah pada 17 Februari lepas lagi dan gambar yang disiarkan mengatakan di LPT2 adalah tidak benar.
Menurut beliau jadian berlaku di Bintulu Sarawak dimana gambar tersebut diambil oleh kawannya.
Jadi dalam lokasi mungkin timbul percanggahan, tetapi entiti apakah yang menumpang dibelakang sebuah lori itu? Apapun yang pasti dia tetap makhluk ciptaanNya. Entiti apakah hanya tuhan yang tahu.