INI PENJELASAN TENTANG ROH ORANG ISLAM PULANG DI BULAN RAMADHAN... BACA DAN SEBARKAN



ROH ORANG MATI TAK MUNGKIN PULANG KE DUNIA, CUKUP-CUKUPLAH DOK SEBAR BENDA TAK BETUL!

Al-Quran menegaskan roh orang yang sudah mati terkurung di alam barzakh sehingga kiamat. Tidak boleh balik semula ke dunia, tidak untuk balik mengutip ‘pahala’ pada bulan Ramadan atau malam Jumaat dan jauh sekali untuk pulang menjadi hantu membalas dendam.

Akurlah kepada firman Allah ini pada surah al-Mu’minun ayat ke-99 hingga 100.

Malahan barzakh itu sendiri dalam takrifnya bermaksud DINDING PEMISAH yang menghalang roh si mati daripada kembali ke dunia.

Cukup-cukuplah...

Jom baca dan sebarkan!

MENJELANG bulan Ramadan, roh orang beriman dibenarkan pulang ke dunia bagi mengutip pahala yang dihadiahkan kepada mereka.” Itulah antara mesej berantai yang banyak tersebar dalam media sosial pada bulan Ramadan ini.

Ilmu masuk mencurah-curah ke dalam telefon pintar bak hujan mengalir deras tanpa perlu menunggu kuliah di masjid dan surau. Begitu pun, fitnahnya juga tidak kurang hebat kerana sindrom “kemaruk berkongsi tazkirah dan informasi” tanpa tapisan. Pantang ada tazkirah yang diterima terus mahu dikongsi. Tanpa sedar rupanya yang disangka mutiara ilmu adalah hadis dan fakta palsu yang sangat beracun untuk minda.

Antara tazkirah media sosial yang sangat popular saat ini adalah tazkirah ajaib berkaitan kepulangan roh manusia pada bulan Ramadan. Setakat yang dilihat, pihak yang menyebar mesej ‘Kepulangan roh pada bulan Ramadan’ tidak menyatakan dalil atau hujah yang sahih atas dakwaan tersebut. Mungkin ini berpunca daripada salah faham terhadap makna perkataan ‘roh’ dalam ayat keempat surah al-Qadar yang bermaksud: Pada malam itu, turun malaikat dan ‘roh’ (iaitu Jibril) dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). (rujuk al-Qadar: 4)

Roh dalam ayat ini bukan roh manusia seperti yang disangka, tetapi suatu gelaran kemuliaan kepada malaikat Jibril. Bukan sekali Jibril digelar ‘roh’ oleh al-Quran tetapi berkali-kali (al-Baqarah: 87 & 253, al-Ma’idah: 110, al-Nahl: 102, al-Syu’ara’: 192-193 dan al-Naba’: 38)

Selain itu, wajib diingat perihal roh adalah rahsia Allah yang tergolong dalam urusan ghaib. Pengetahuan kita mengenainya pun sangat sedikit, jadi usahlah terlebih bijak daripada Allah. (rujuk al-Isra’: 85)

Sebarang bicara mengenai yang ghaib wajib bersandarkan sumber wahyu seperti al-Quran dan hadis sahih. Tidak cukup sekadar berkata ‘ia ada disebut dalam kitab’ atau ia pernah dikongsi oleh Pak Ustaz dalam media sosial. Fahamilah disiplin ilmu Islam ditegaskan melalui surah al-Naml ayat 65.

Al-Quran menegaskan roh orang yang sudah mati terkurung di alam barzakh sehingga kiamat. Tidak boleh balik semula ke dunia, tidak untuk balik mengutip ‘pahala-siswa’ pada bulan Ramadan atau malam Jumaat dan jauh sekali untuk pulang menjadi hantu membalas dendam. Akurlah kepada firman Allah ini pada surah al-Mu’minun ayat ke-99 hingga 100.

Malahan barzakh itu sendiri dalam takrifnya bermaksud dinding pemisah yang menghalang roh si mati daripada kembali ke dunia. (Tafsir al-Jalalayn)

Jika dikata yang bebas adalah roh manusia yang beriman. Apa dalilnya? Tambahan pula nikmat alam barzakh yang dirasai orang beriman jauh lebih hebat daripada nikmat duniawi. Jadi apa perlunya mereka pulang ke dunia mencari yang biasa serta meninggalkan yang istimewa? Jika dikata pulang mereka adalah untuk mengutip pahala sedekah anak cucu, maka jawabnya penyaluran pahala boleh sahaja dialirkan terus ke alam barzakh tanpa perlunya mereka balik.

Jika dikatakan ada hadis sahih menyebut orang yang sudah mati masih mampu mendengar sebagaimana bicara Nabi SAW kepada bangkai kafir quraysh yang terbunuh selepas perang Badar (Sahih Muslim), maka fahamilah hadis itu dengan betul. Rasulullah SAW menyatakan mereka mampu mendengar dan bukannya mampu balik ke dunia selepas mati.

Jika dikatakan ada riwayat menyebut orang hidup bermimpi bertemu orang mati, perlu difahami ini juga bukan dalil roh si mati pulang ke dunia. Ini adalah pertemuan di suatu alam yang hanya Allah sahaja tahu. Sebahagian ulama menyebut ketika manusia tidur, Allah mempertemukan roh orang yang hidup dengan roh orang yang sudah mati di suatu alam bandingan yang dikenali sebagai ‘alam mithal’ dan bukannya roh si mati itu kembali ke dunia. Prinsip perbincangan mengenainya berpaksi pada ayat ke-42 surah al-Zumar.

Jika dikatakan ada sebuah hadis lemah menyebut mengenai kepulangan roh pada bulan Ramadan, maka jawabnya hadis lemah tidak boleh menjadi hujah agama, apatah lagi untuk menyanggah ayat 99 dan 100 surah al-Mu’minun di atas.

Begitu pun, walau berjela diberikan hujah naqli (wahyu) dan aqli (logik) menafikan kepercayaan karut ini, orang jahil yang tiada disiplin ilmu Islam akan menyanggah dengan ayat `seribu guna’ mereka iaitu: “Ia tidak mustahil pada kekuasaan Allah kerana Allah itu Maha Berkuasa. Boleh sahaja Allah dengan kuasanya yang tidak terbatas membebaskan roh yang beriman pada bulan Ramadan atau malam Jumaat.”

Jika begitu logik mereka, maka ini jawapannya: “Malam tadi saya didatangi Jibril as. Jibril memeluk saya erat sambil mengajarkan saya surah al-‘Alaq. Sejurus selepas itu saya dilantik sebagai nabi akhir zaman selepas Nabi Muhammad SAW.”

Menyanggah hukum

Jadi, anda semua perlu beriman kepada kerasulan saya. Jika ada yang tidak bersetuju dengan perlantikan saya sebagai Rasul, maka ini hujah ‘seribu guna’ saya: “Ia tidak mustahil pada kekuasaan Allah kerana Allah itu Maha Berkuasa. Boleh sahaja Allah dengan kuasanya yang tidak terbatas melantik saya sebagai Nabi akhir zaman selepas Nabi Muhammad.”

Inilah antara contoh ‘disiplin caca-marba’ dalam agama yang diguna pakai oleh sesetengah orang jahil. Memang Allah Maha Berkuasa untuk melakukan apa sahaja, tetapi perlu dipahat kemas dalam hati bahawa Allah juga sudah meletakkan sunnatullah atau undang-undang-Nya yang tidak akan diubah. (rujuk al-Ahzab: 62)

Antara sunnatullah yang tidak akan berubah sampai kiamat adalah Nabi Muhammad SAW adalah nabi dan rasul terakhir. Juga roh orang yang sudah mati tidak boleh pulang sama sekali ke dunia untuk apa sahaja tujuan.

Sebarang dakwaan menyanggah hukum dan undang-undang Allah ini wajib ditolak. Jika tidak, agama suci ini akan jadi ‘agama secukup rasa’ yang bergantung kepada penganutnya. Jika mahu lebih pedas tambahlah cilinya. Jika mahu lebih masin, tambahlah garamnya. Jika mahu lebih manis, tambahlah gulanya. Jika ini disiplin memahami agama ini, hilanglah keagungannya dan runtuhlah kegemilangannya.

KISAH BENAR! Pendedahan Tips RAHSIA Suami Isteri Dilimpahi Rezeki Sehingga Menjadi Kaya Raya

Tips RAHSIA suami isteri dilimpahi rezeki yang tak putus didedahkan



Jika sebelum ini (atau sekarang ni) kita rasa rezeki kita macam tak cukup, ada saja yang tak kena. Salahnya mungkin ada pada kita sendiri.

Memang betul kita kena bersyukur, tapi kita juga wajib usaha untuk mendapat rezeki yang lebih dari Allah. Namun usaha je tak cukup tanpa tawakal.

Kisah pasangan suami isteri ni sangat menarik. Dulu masa kahwin zero. Apa pun tak ada. Dulu juga mereka tak solat sampai dulu surah dan cara solat. Namun, bila mereka istiqamah dalam mengamalkan tips RAHSIA ini, rezeki mereka melimpah ruah tak  putus.

Kisah ini dipetik menerusi Facebook Mentari Hidup Full.

Ini cerita betul , bkn mitos . Cerita dongeng ke apa . Sy suami isteri kawin muda lps belajar . Lepas kawin ‘kosong ‘ , duit zero . Kawan2 lain keje , kami taknak keje . Nk niaga . Kami naik smpai sekarang dgn berpaksi kn hidup nk berubah demi Allah . Dr zero sekarang bole tolong mak ayah , rumah selesa , ade kete selesa , makan mewah , ade duit simpanan boleh kata byk jugak . Kiranya kekdang tak tahu camna bole sng mcm sekarang . Kita kekdg lupa Allah ada . Byk cara sbnrnya die bole tlog kita kalau kita mintak kt dia . Kalau mintak kt manusia sapa nk layan.

Dulu tak solat, smpai lupa dh ayat2 semua , kena baca balik buku cara2 solat > pelan2 solat , tak bole tgl , kena sungguh2 taubat

Suami hari2 solat dhuha ,yg mana sy xmmpu yg tu . Tiap pagi dia akn solat dhuha , tak bole tgl kata die solat dhuha tu wajib . Sbb kita tk da bos . Bos kita Allah . Jadi kena presentation lebih kt Allah.

Dulu org gelak kami niaga online , sekarang alhamdulillah ramai kawan2 and keluarga nk berniaga jugak .

Dlu sy igt hidup kena 80% usaha , 20% tawakal . Tp sbnrnya = 80% tawakal , 20% usaha . Dr dlu sy seorang yg pntingkan usaha , exam wajib stay up mlm , kena usaha . Solat tk payah . Apa ade dgn solat dpt gk A . – ayat seorang jahil . Astagfirullah

Sy bercakap jujur dgn pengalaman sendiri .

Sila amalkan ini.

✅ Maksud REZEKI
– kasih sayang
– kewangan
– kesihatan
– ibadah

✅ Nak dapat income RM50,000 sebulan wajib SEDEKAH 10% dlm RM5000 bulan tu baru Allah bagi RM50,000

✅ Lepas solat sedekahkan Al-Fatihah pada mak ayah.. Call mak setiap hari.. Mintak maaf dgn mak.. Mintak mak redha dgn apa yg kita buat..

✅ Nak rezeki melimpah ruah.. Bukak tabung-tabung berikut:
1. Tabung Zakat
2. Tabung Sedekah
3. Tabung Wakaf
4. Tabung Infak

**pergi pejabat zakat berdekatan.. Tanya terus dengan dorg camne nk bukak tabung2 nie**

✅ Ramai yg sebok jaga rezeki dengan orang tapi LUPA & TAK JAGA hubungan dengan PEMBERI REZEKI (ALLAH SWT)

AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG WAJIB BUAT

1. Solat awal waktu
Lelaki – 10 ke 20 minit sebelum azan mesti dah ade kat masjid!

2. Solat Dhuha
– eksklusifkan masa dengan Allah dahulu sebelum buat kerja lain
– Baca surah Al-Waqiah selepas Dhuha (kita tidak akan miskin sampai bila-bila)
– Bilangan rakaat biasanya buat 2 rakaat, cuma tambah jadi 4, 6 & 8.. Ikut kemampuan.. Setiap 2 rakaat kena bg salam..

✅ Jadilah JUTAWAN yg memberi manafaat pada orang lain!

3. Tahajjud
– buat 7 hari berturut-turut kemudian dah biasa.. Buat secara konsisten
– Buat presentation dengan Allah di waktu 1 per tiga malam.. Cerita plan marketing pada Allah terus! Kalau cerita pada manusia..kalau orang taknak kita akan frush kecewa! Tapi present plan pada Allah..kita takkan rasa kecewa.. Merengek merintih pada Allah apa yg kita nak.. Apa yg kita impikan.. Apa yg kita nak capai dlm hidup! Biar jelas.. Kalau nak jadi jutawan..doa nak jadi jutawan berkat tahun ni..
– Mintak semua pada Allah.. Nak pakai Ferrari.. Nak ada RM10juta dalam akaun bank dalam masa 2 tahun.. Nak hantar maka ayah pergi umrah tahun ini.. Nak beli rumah bunglo.. Impian kena jelas! Mintak semua pada Allah.. Mintak yg besar2 terus sebab Allah maha kaya maha pemurah!

✅ Belajar berlapang dada.. Redha dengan setiap masalah & ujian yg Allah bagi.. Contoh ada orang hutang kita bertahun2 tak bayar.. Redha kan semua tu.. Belajar redha.. Sbb ade sorang peserta tu adik dia pinjam 98ribu dah bertahun2 tak bayar..pastu dia belajar redha.. Tak sampai seminggu Allah balas balik dia berjaya jual tanah bernilai RM340,000 yg 10 tahun lepas punya kes..

4. Sedekah
– beri sedekah dengan perasaan.. Contohnya,

Ya Allah asbab aku memberi ni aku dapat jadi jutawan (semasa nak sedekah tu niat mcm ni dgn penuh perasaan)

✅ Buat TABUNG SUBUH
– Masukkan duit setiap hari selepas subuh.. Masukkan dgn penuh perasaan & doa pada Allah.. Cukup sebulan duit tabung tu keluarkan & sedekah pada masjid @ rumah kebajikan @ maahad tahfiz dll..

Formula YAKIN
1. Yakin
2. Yakin
3. Yakin
4. Yakin
5. Yakin
6. Yakin
7. Yakin
8. Yakin
9. Yakin
10. Doa
11. Usaha
12. Tawakkal

9 kali kena yakin!!

5. Baca Al-Quran
– paling malas minimum 1 baris dengan terjemahan.. Buat setiap hari.. Jadikan amalan!
– Kalau bersedih.. Baca Quran.. Kalau sakit.. Baca Quran..

6. Istighfar setiap hari
– baca zikir ‘Ya Wahhab’ je 100 kali setiap hari.. Lagi bagus setiap solat 100x.. Pastu up 1000x sampai la mampu buat 100,000 zikir..

7. Jaga Wuduk setiap hari
– latih badan sentiasa ada wuduk.. Kalau masalah kentut.. Buat ikut kemampuan sampailah masalah kentut tu hilang.. Hehe! Contoh dlm wuduk pastu gi jumpa client.. Pasti terkentut.. Jangan la pi ambik wuduk plk.. Lepas dh jumpa client baru la ambik wuduk sbb masih dlm proses latihan.. Bg kelonggaran pada diri.. Jgn berubah secara drastik..

✅ Latih diri MEMBERI diwaktu tiada bukan bila dah KAYA!

TEKNIK NAK MEREDHAKAN SESUATU

Setiap kali lepas solat.. Pejam mata.. Pastu letak tangan kanan atas dada kiri.. Tarik nafas macam biasa.. Rasakan degup jantung kita.. Pastu bayangkan muka mak.. Mintak maaf pada mak jika ada salah..maafkan mak jika mak ada salah..mintak mak redha kan semua yg kita buat.. Pastu bygkan muka ayah.. Buat benda sama.. Pastu bygkan muka isteri.. Muka suami.. Muka anak2.. Maafkan semua orang..

Buat selama 7 hari! Subhanallah tunggu perubahan luarbiasa dari Allah..

Semoga bermanfaat dan dijadikan pengajaran untuk kita semua…

Salam…

Apa Yang Perlu Kita Lakukan Jika Ada Kematian Secara Tiba-Tiba Di Rumah Kita?

Wajib Baca! Bagaimana kalau tiba-tiba ada kematian di rumah kita?



Tak kira siapa, jika ada kematian mengejut di kalangan ahli keluarga, jangan panik.. Sebab ramai antara ahli qariah yang menelefonnya pada jam 3 atau 4 pagi untuk bagitau ada berlaku kematian, agak cemas tidak tahu apa yang harus dilakukan. Dek sering mendapat panggilan sedemikian maka bilal biasanya akan mintak si pemanggil bertenang dan mengambil beberapa langkah tertentu dalam menghadapi situasi sebegitu termasuklah:

■Jangan cemas
■Tunggu dua tiga jam lagi sebelum terbit pagi.. InsyaAllah orang masjid akan sampai dan akan membantu uruskan jenazah.
■Sementara itu sapu minyak di kelopak mata arwah untuk lembutkan kemudian cuba rapatkan mata arwah jika masih terbuka.
■Begitu juga dengan tangan, sapu2 sedikit minyak di kedua2 siku untuk lembutkan kemudian letakkan kedua-dua tangan di atas perut.
■Letak pisau/gunting besi atas perut, supaya tak masuk angin
■Kelopak mata kalau payah nak tutup,letakkan syiling
■Tangan diikat dengan perca kain.
■Kepala hingga dagu juga elok ikat dgn perca kain.
■Jika ada darah yang keluar dari hidung/telinga, sumbatkan dengan kapas untuk menahan darah dari terus menitik keluar
■Selimutkan arwah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki.. boleh guna sebarang kain samada kain batik panjang dsb, asal saja dapat menutupi jenazah
■rehatlah dan cubalah untuk tidur dulu sementara menunggu subuh kalau kematian berlaku seawal jam 12 atau 1 pagi.
■Mesti ada pengesahan kematian dari doktor klinik/hospital.
■Bila dapat surat pengesahan tersebut baru buat laporan di balai polis berhampiran.
□Polis kemudiannya akan keluarkan Permit Pengkebumian/surat mati untuk urusan pengkebumian jenazah.

Menjadi ahli khariat kematian samada di surau berdekatan rumah/masjid.

Jika kita tiada khairat kematian, hanya perlu ada sejumlah RM520(mungkin jumlah RM berbeza di masjid lain) untuk pengurusan jenazah dari awal urusan dimandikan, dikafankan sehinggalah selamat dikebumikan(wang boleh serah kemudian, pihak masjid boleh dahulukan).

Pihak masjid yang akan menghubungi penggali kubur untuk menyediakan tempat, begitu juga urusan kain kapan dan sebagainya. waris simati tidak perlu bimbang tentang semua perkara itu.

Patut juga kita ambil tahu nama-nama ajk masjid, yang lebih baik lagi kenal dan cam wajah2 mereka.

Ramai yang tidak tahu dan tak terfikir tentang adanya kemungkinan perkara itu tiba-tiba terjadi dalam rumah masing2.

Harus bersedia menghadapi kematian. Mati yang pasti.
Share dgn semua orang.
.
TOLONG SEBARKAN WALAUPUN ANDA TELAH MEMBACANYA SEBELUM INI. SEBAGAI PERINGATAN

Wallahu’alam.

Sumber: Hisyamuddin Lg

Via : Berita Harian Online

[#AGAMA] Ketahui 9 Amalan Yang Boleh Wanita Lakukan Ketika Haid

Mungkin ada wanita di luar sana yang tidak tahu apakah amalan yang boleh kita lakukan walaupun datang bulan ( haid ). Penulis ingin senaraikan 9 amal yang boleh diikuti ( ada juga untuk wanita yang sudah berkahwin ) untuk menambah pahala. Semoga bermanfaat buat kita semua.



1. Berzikir dan membaca Al-Quran

Mazhad Abu Hanifah, Syafie dan Ahmad, hal ini boleh dilakukan oleh wanita yang haid dan junub.

Hadis Ummu Atiyah :

“Ketika hari raya kami disuruh keluar rumah. Semua wanita termasuk para gadis dan mereka yang sedang haid ikut keluar di belakang. Mereka turut bertakbir dan berdoa mengharapkan keberkatan dan kesucian hari itu “ ( Riwayat Bukhari dan Muslim ).

Hal ini dikuatkan oleh riwayat yang menyebut Rasulullah saw berkata kepada Aisyah yang sedang haid :

” Lakukanlah apa yang dilakukan oleh orang yang mengerjakan haji kecuali tawaf di Baitullah hingga engkau suci.” ( Riwayat Bukhari.

2. Sujud tilawah

Tidak ada larangan bagi wanita haid untuk melakukan sujud tilawah ketika mendengar ayat-ayat sajadah. Sujud tilawah tidak sama dengan sembahyang dan tidak mesti dilakukan dalam keadaan suci.

3. Memegang mushaf

Banyak ulama yang berpendapat wanita haid tidak boleh memegang mushaf, namun dalil mereka tidak cukup kuat dijaikan alasan bagi larangan itu. Ibnu Hazm juga membolehkan wanita haid memegang mushaf.

4. Membaca al-Quran di pangkuan isteri yang sedang haid ( datang bulan ).

Hal ini berdasarkan hadis Aisyah r.a :

“Rasulullah membaca Al-Quran sedang kepala baginda berada di pangkuan, padahal aku sedang haid.” ( Riwayat Bukhari dan Muslim ).

5. Merayakan hari raya

Wanita haid boleh menghadiri pelaksanaan dan perayaan hari raya. Tetapi dilarang mengerjakan sembahyang. Rasulullah saw bersabda :

“Gadis-gadis muda dan wanita yang haid keluar rumah untuk merayakan kebaikan ( hari raya ) dan menyambut panggilan kaum mukmin. Bagaimanapaun, wanita-wanita haid tidak boleh ikut mengerjakan sembahyang.” ( Riwayat Bukhari )

6. Masuk masjid

Para ulama berbeza pendapat mengenai hukum wanita haid masuk ke dalam masjid. Tetapi tidak ada satu dalil pun yang sahih dan tegas melarang wanita haid masuk ke dalam masjid. Jika merujuk pada kaedah usul fiqh “Segala sesuatu dibolehkan hingga ada yang melarangnya”, maka wanita yang sedang haid boleh masuk masjid”.

7. Makan dan minum bersama suami

Aisyah r.a meriwayatkan

“Dahulu, Rasulullah pernah minum bekas minumanku; baginda meletakkan mulutnya di bekas mulutku, padahal ketika itu aku sedang haid.Baginda juga memakan daging yang masih ada di tulang bekas gigitanku, padahal aku sedang haid,” ( Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Majah ).

8. Melayan suami

Wanita haid boleh melayan suaminya seperti membasuh kepala, menyikat atau menata rambutnya serta bermesra tidak melampau. Aisyah r.a meriwayatkan “

“Aku menyikat rambut Rasulullah padahal aku sedang haid,” ( Riwayat Bukhari dan Muslim ).

9. Tidur bersama suami dengan satu selimut

Ummu Salamah r.a berkata :

“Ketika aku sedang bersama Nabi saw, dalam satu selimut, tiba-tiba aku haid. Lalu aku keluar dengan perlahan untuk mengambil pakaian haidku. Melihat hal itu, baginda bertanya, ‘Apakah engkau haid?’ ‘Ya’, jawabku. Lalu, baginda memanggilku untuk tidur semula bersama baginda”. ( Riwayat Tirmidzi )

Mengenai hadis tersebut, Nawawi berpendapat ,” Hadis ini merupakan dalil yang membolehkan seorang suami tidur bersama isterinya yang sedang haid.

Sumber : Ensiklopedia Fiqah Wanita Muslimah, Syeikh Abu Malik Kamal Bin As-Sayid Salim

Segelintir Umat Islam Masih Mengamalkan Amalan Khurafat & Tahyul Di Musim Haji - Dr. MAZA

Mufti Perlis, Dr. Asri, menyelar segelintir umat Islam negara ini yang masih mempercayai unsur-unsur tahyul dalam soal urusan ibadah haji.



Tegas beliau, terdapat pelbagai kepercayaan khurafat mengenai ibadah itu yang masih dipercayai, dipegang dan diamalkan oleh umat Islam Malaysia hingga hari ini.

Beliau memberi contoh ada rakyat Malaysia mempercayai kononnya jemaah haji yang dalam kenderaan ke Mekah akan mati jika berpatah balik untuk mengambil barang tertinggal.

Berikut kenyataaan penuh Mohd. Asri yang membidas kepercayaan-kepercayaan tersebut:

Sesetengah kita yang ingin berangkat ke Mekah mempunyai berbagai kepercayaan yang bukan-bukan.

Ada yang menganggap bahawa jika seseorang yang hendak pergi haji itu sudah berada dalam kenderaan, dia tidak boleh berpatah balik jika ada barang yang tertinggal.

Nanti kononnya akan mati di Mekah dan tidak pulang ke rumahnya lagi. Percayaan ini adalah khurafat.

Jika ia benar, alangkah beruntung seseorang yang meninggal dalam perjalanan melaksanakan ibadah! Ada pula yang menganggap bahawa ada upacara khas berangkat ke haji.

Maka seseorang tidak boleh berangkat sehingga upacara ‘bawa turun’ ke Mekah diadakan. Padahal Nabi SAW dan para sahabat yang berangkat dari Madinah ke Mekah ketika itu tidak pernah melakukan upacara itu semua.

Apa yang baginda ajar adalah doa dan adab-adab musafir.

Seseorang yang menunaikan haji perlu faham teras-teras akidah secara jelas. Jika tidak, dibimbangi mereka tersasar.

Bukan sedikit yang kita lihat jamaah haji sesetengah negara yang mengusap batu, bukit dan apa sahaja binaan di Mekah dan Madinah yang menimbulkan kekaguman dalam jiwanya.

Bahkan dahulu sebelum telaga Zam-Zam ditutup seperti sekarang, saya pernah melihat ada mengusap-usap binaan moden sekeliling telaga berkenaan.

Ada pula yang semasa tawaf cuba mengoyak kelambu (Kiswah) Kaabah kononnya untuk disimpan kerana ada keajaibannya.

Mereka lupa kelambu tersebut adalah tenunan zaman sekarang yang selalu ditukar ganti. Kilangnya ada di Mekah dengan pelbagai peralatan canggih. Mengoyak kelampu tersebut bererti memusnah harta awam dan mencuri.

Apakah jenis keberkatan yang mereka cari dari barangan curi dan khianat?

Perkara seperti ini jika tidak dikawal, dunia Islam akan hanyut seperti sesetengah ajaran tarekat dan syiah yang mempertuhankan segala unsur yang mereka kagumi, termasuklah mempertuhankan guru-guru atau imam-imam mereka.

Sebab itu Saiyyidina Umar memerintahkan agar ditebang pokok yang pernah Rasulullah SAW dan para sahabat melakukan baiah (ikrar setia) al-Ridwan di bawahnya.

Ini kerana orang ramai mula datang dan bersolat di tempat tersebut. (Lihat: Ibn Hajar, Fath al-Bari, 11/490, Beirut: Dar al-Fikr).

Bimbang berlakunya fitnah dalam akidah, warisan sejarah berharga pun terpaksa dihapuskan.

Kisah Jaguh Tinju Muhammad Ali Nasihat Anaknya Yang Memakai Pakaian Seksi

Seperti mana yang telah kita tahu, jaguh tinju dunia, Muhammad Ali telah lama memeluk Islam. Kami  kongsikan satu kisah cara Muhammad Ali menasihatai anaknya supaya berhijab dan menutup aurat.



Satu insiden yang berlaku apabila anak perempuan Muhammad Ali tiba di rumahnya memakai pakaian yang agak mendedahkan.

Berikut adalah cerita seperti yang diberitahu oleh salah seorang daripada anak-anak perempuannya:

Apabila kita tiba dirumah, seorang pemandu diiringi adik perempuan saya, Laila, dan saya sehingga ke dalam rumah.

Seperti biasa, ayah telah bersembunyi di sebalik pintu menunggu untuk menakut-nakutkan kami. Kami disapa dengan pelukan dan ciuman oleh ayah.

Ayah saya melihat saya dan beliau berkata sesuatu yang saya tidak akan lupa sampai bila-bila iaitu.

“Hana, segala-galanya yang dicipta Allah SWT berharga di dunia dilindungi dan sukar untuk kita dapat.

Di manakah kita boleh dapat berlian? Jauh ke dalam tanah, ditutup dan dilindungi.

Di manakah kita boleh dapat mutiara? Jauh di bawah lautan, ditutup dan dilindungi dengan cangerang yang indah.

Di manakah kita boleh dapat emas? Jauh ke dalam lombong, ditutup dengan lapisan dan lapisan batu. Kita perlu bekerja keras untuk mendapatkannya. “

Dia memandang saya dengan mata yang serius.

“Tubuhmu suci wahai anakku. Kau jauh lebih berharga daripada berlian dan mutiara, dan harus ditutupi dan dilindungi juga. “

SubhanaAllah.. Alhamdulillah.. Allahuakhbar… Indahnya menutup aurat dan menjaga peibadi.. :’)

Suami Cium Jenazah Isteri Batalkah Wuduk Jenazah?

Suami Cium Jenazah Isteri Batalkah Wuduk Jenazah?



“Suami jangan cium jenazah isteri. Nanti batal wuduk jenazah itu.” Pelik sekali ada orang kata seperti ni. Kadang kala yang kata tu adalah tukang mandi jenazah. Mana lah dia dapat hukum ni?

Kita yang jahil ni pun termakan hingga suami tak dapat cium kali terakhir kepada sang jenazah isteri kerana takut batal wuduk nya. Begitu juga isteri dihalang untuk cium jenazah suaminya atas alasan yang sama. Mari buka Kitab fiqh. Mari Belajar ilmu supaya tak termakan dengan perkara ini.

Persoalan – Batal ke wuduk jenazah tu?

Jawapannya sudah tentu tidak batal. Pertama sekali kita mesti tahu bahawa orang yang telah mati sudah putus dari menjadi mukallaf (orang yang wajib ikut syariat). Ini adalah kerana mereka sudah terpisah dari dunia, maka terpisah dari sebarang hukum. (Dunia adalah tempat beramal dan akhirat adalah tempat adalah tempat meraih kehidupan kekal abadi).

Maka bagaimana kamu boleh kata wuduk jenazah itu batal sedangkan dia sudah tidak ada hukum lagi? Begitu juga jika najis keluar dari kemaluan jenazah yang sudah ada wuduk. Maka wuduknya tidak batal. Namun wajib bagi kita yang hidup untuk sucikan najis itu.

Ini kerana hukum hakam (syariat) hanya bagi mereka yang hidup dan bukanlah yang mati. Maka jika jenazah yang wuduk disentuh oleh mereka yang bukan mahram (atau sang isteri/suami) maka tidak batal wuduk jenazah itu. Tapi, jika sekiranya yang hidup itu ada wuduk. Maka yang hidup itu, batallah wuduknya. Contoh, suami mati. Isteri cium jenazah suami. Maka suami tidak batal, yang batal adalah si isteri.

Rujukan -Kitab kifayatul muhtadi (Pengajian Dibawa oleh Ustaz Wan Junaidi Hafizullah )

Ramai Yang Keliru - Solat Dulu Ataupun Kena Berbuka Dulu?

Makan Atau Solat Dulu?



Ramai orang menyangka bahawa sekalipun makanan sudah terhidang, yang terbaik itu solat dahulu, selepas itu barulah makan. Sehingga ada yang apabila mereka duduk di keliling hidangan, kemudian bangun meninggalkannya dan pergi menunaikan solat.

Amalan seperti itu dirasakan oleh sesetengah pihak sebagai lebih mengikut kehendak agama.

Sebenarnya, jika kita merujuk kepada hadis-hadis Nabi s.a.w kita akan dapati itu amalan yang tidak tepat. Fahami perkara-perkara berikut;

1. Antaranya hadis daripada Anas bin Malik r.a.: bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah makan sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah semasa makan malam kamu.”

Riwayat Bukhari dan Muslim

2. Dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar, baginda s.a.w. bersabda:

“Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesai.”

Bahawa Ibn Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan, manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan sekalipun beliau mendengar bacaan imam.

Riwayat Bukhari dan Muslim

3. Hikmah daripada arahan Nabi s.a.w agar mendahulukan makan ialah agar pemikiran kita tidak diganggu ketika solat dengan ingatan kepada makanan yang telah kita lihat terhidang di hadapan mata sebelum bersolat tadi.

Ini boleh mengganggu kekusyukan solat seseorang. Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Ini merangkumi semua solat, bukan khusus pada solat Maghrib sahaja. Kata al-Imam an-Nawawi (meninggal 676H) dalam Sharh Sahih Muslim mengulas hadis-hadis berkaitan:

“Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk”.

4. Ini bukan bererti kita mengutamakan makan dari solat. Sebaliknya kita makan terlebih dahulu kerana ingin menjaga kekusyukan solat. Al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani (meninggal 852H) dalam Fath al-Bari memetik ungkapan Ibn Jauzi (meninggal 597H):

“Ada orang menyangka bahawa mendahulukan makanan sebelum solat adalah bab mendahulukan hak hamba ke atas hak Tuhan. Sebenarnya bukan demikian, tetapi ini adalah menjaga hak Allah agar makhluk masuk ke dalam ibadahnya dengan penuh tumpuan. Sesungguhnya makanan mereka (para sahabat) adalah sedikit dan tidak memutuskan mereka daripada mengikuti solat jemaah.”

5. Dengan itu, makan dahulu setelah makanan terhidang kemudian baru bersolat adalah sunnah Nabi s.a.w. Maka apabila makanan terhidang, ibubapa hendaklah memberikan anak-anak makan terlebih dahulu ketika berbuka, sehingga mereka selesai maka barulah bersolat. Inilah sunnah.

6. Melakukan susunan yang seperti itu, mendapat pahala. Namun makanlah dengan kadar yang diajar oleh Islam, bukan makan sehingga mengah lalu gagal bersolat dengan sempurna.

7. Di sana ada cara untuk mengelakkan kemakruhan ini, iaitu elakkan menghidangkan makanan terlebih dahulu sebelum solat. Elakkan mata terpandang kepada makanan yang telah dihidangkan. Selepas selesai bersolat barulah dihidangkan. Namun, jika kelaparan itu kuat, bau makanan telah masuk ke hidung, sehingga ingatan kepada makanan sangat kuat sekali belum melihatnya, hendaklah dia makan terlebih dahulu.

8. Juga sudah pasti tidak makruh bersolat sekalipun makanan sudah terhidang jika keinginan kepada makanan tiada. Ini kerana punca (‘illah) larangan bersolat semasa makanan terhidang ialah agar tidak mengganggu kusyuk. Jika seseorang memang tiada keinginan kepada makanan, sudah pasti tidak menggangu kusyuk sekalipun makanan sudah terhidang.

Sumber : http://tazkirah.net/makan-atau-solat-dulu/

Subhanallah! Kisah Suami Wanita Ini Yang Tidak Pandai Langsung Baca Al-Quran Tetapi Kini..

Suami Wanita Ini Tidak Pandai Baca Quran, Sebak Melihat Apa Yang Dia Lakukan



Perkongsian wanita ini (isteri) mengenai kisah bagaimana perubahan sikap suaminya selepas mempelajari Al-Quran jelas menunjukkan betapa ilmu mampu mengubah seseorang ke arah yang lebih baik.


Diharap kisah Puan Mona Din ini sedikit sebanyak mampu memberikan pengajaran kepada kita semua. Tiada yang mustahil selagi kita berusaha.

Sumber : Facebook Mona Din

Jika anda suka akan artikel ini, rakan anda pasti rugi jika anda tidak berkongsi dengannya.

Kenali Kelebihan & Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar

Tanda – Tanda Malam Lailatul Qadar



Di bulan Ramadhan terdapat satu malam yang istimewa yang dipanggil malam Lailatul Qadar di mana disebutkan dalam Al-Quran sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan (Al-Qadr : 2). Sebagai manusia biasa, sesungguhnya tiada yang mengetahui bilakah akan terjadi malam Lailatul Qadar itu melainkan Allah SWT, namun para ilmuan dan ulama ada memberikan beberapa tanda – tanda berlakunya malam Lailatul Qadar yang pastinya ditunggu oleh Umat Islam di seluruh dunia.

Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya.

Tanda – Tanda Malam Lailatul Qadar

Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam juga berkongsi mengenai tanda-tanda Lailatul Qadar, Tanda-tanda Lailatul Qadar ada tanda dalaman pada diri dan juga tanda luaran.

Tanda dalaman

1) Hati akan merasa sangat hiba pada malam tersebut
2) Air mata mudah mengalir deras lebih daripada biasa
3) Jantung berdebar lebih daripada biasa
4) Badan menggeletar lebih daripasa biasa

Tanda luaran

1) Jika musim tersebut musim dingin, malam tersebut tidak terlalu dingin
2) Jika malam tersebut angin bertiup, maka angin yang bertiup tidak terlalu kencang
3) Jika malam tersebut hujan, hujan turun tidak terlalu lebat
4) Tidak kedengaran bunyi anjing menyalak pada malam tersebut

Tanda selepas (keesokan hari nya)

1) Pagi hari matahari akan terbit muram sedikit, tidak secerah biasa, cahayanya seperti keadaan malam sedikit

Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.

Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.

Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.

Masa Berlakunya Malam Lailatul Qadar

Pendapat kuat mengatakan bahawa malam Lailatul Qadar berlaku pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan sesuai dengan hadis Nabi Muhammad SAW.

Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramadhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain” ( Riwayat Muslim, no 1175 )

Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil. Seperti dalam hadis berikut.

” Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi ?. Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya.

Wallahu a’lam.

Apa Hukumnya Bagi Wanita Yang Memakai Inner Lengan Panjang Yang Ketat?

Hukum Pakai Inner Lengan Panjang Yang Ketat



Assalamualaikum dan selamat sejahtera, sejak kebelakangan ini rasanya ramai wanita yang gemar memakai baju T-shirt yang berlengan pendek sambil memakai inner lengan panjang.. tujuannya ialah untuk menutup aurat.. Tapi bagaimana pula memakai inner lengan panjang yang ketat?

Ada seorang hamba Allah yang mengajukan soalan ini kepada Ustaz Azhar Idrus..

Hukum Pakai Inner Lengan Panjang Yang Ketat


Jadi, bagi yang dah tahu tu jangan lupa kongsikan bersama kawan-kawan yang lain ok

Subhanallah! Kenali 2 Golongan Orang Yang Solat Tetapi Celaka Di Sisi Tuhan

Dua Golongan Yang Solat Tetapi Celaka



Firman Allah :

“Maka celakalah orang yang solat. (iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya “

Surah Al-Ma’un ayat 4 dan 5.

1. Mereka yang lalai terhadap solatnya. Allah menggunakan perkataan yang sangat kasar iaitu “celaka” bagi menggambarkan orang-orang ini. Ini menunjukkan bahawa betapa marahnya Allah dan betapa rendahnya martabat orang-orang yang lalai terhadap solat. Lalai terhadap solat di sini bermaksud melambat-lambatkan solat sehingga di hujung waktu.

2. Orang-orang yang solat semata-mata mahu dilihat orang atau dalam perkataan lain mahu menunjuk-nunjuk (riya’) dalam solat. Riya’ merupakan salah satu daripada syirik Khafi (syirik yang tersembunyi).

Sebagai contoh, bila orang ramai ke masjid kita baru rajin untuk ke masjid tetapi bila orang sedikit ke masjid kita langsung tidak melangkah ke masjid. Bila ada Tok Imam, barulah rajin ke masjid, bila Tok Imam tiada mereka melepak di tempat lain.

Inilah dia antara perkara-perkara yang dilakukan oleh orang yang riya’ dalam solat. Kalau pernah terdetik dalam hati kita “Eh, ustazah tengah tengok aku sembahyang, aku kena buat betul-betul ni” atau pun “kalau nak jadi isteri kepada orang-orang yang soleh, kena rajin pergi masjid, harap-harap adalah orang yang perasan kita ni rajin sembahyang kat masjid”. Cepat-cepatlah istighfar kepada Allah.

Mohon ampun daripada Allah SWT supaya solat yang kita dirikan itu tidak sia-sia. InsyaAllah, wallahualam.

Benarkah Roh Pulang Ke Dunia Pada Bulan Ramadhan?

“Menjelang bulan Ramadhan, roh orang beriman dibenarkan pulang ke dunia bagi mengutip pahala yang dihadiahkan kepada mereka.” Itulah antara mesej berantai yang banyak tersebar dalam media sosial pada bulan Ramadhan ini.



Ilmu masuk mencurah-curah ke dalam telefon pintar bak hujan mengalir deras tanpa perlu menunggu kuliah di masjid dan surau. Begitu pun, fitnahnya juga tidak kurang hebat kerana sindrom “kemaruk berkongsi tazkirah dan informasi” tanpa tapisan.

Pantang ada tazkirah yang diterima terus mahu dikongsi. Tanpa sedar rupanya yang disangka mutiara ilmu adalah hadis dan fakta palsu yang sangat beracun untuk minda.

Antara tazkirah media sosial yang sangat popular saat ini adalah tazkirah ajaib berkaitan kepulangan roh manusia pada bulan Ramadhan.

Setakat yang dilihat, pihak yang menyebar mesej ‘Kepulangan roh pada bulan Ramadhan’ tidak menyatakan dalil atau hujah yang sahih atas dakwaan tersebut.

Mungkin ini berpunca daripada salah faham terhadap makna perkataan ‘roh’ dalam ayat keempat surah al-Qadar yang bermaksud: Pada malam itu, turun malaikat dan ‘roh’ (iaitu Jibril) dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). (rujuk al-Qadar: 4)

Roh dalam ayat ini bukan roh manusia seperti yang disangka, tetapi suatu gelaran kemuliaan kepada malaikat Jibril. Bukan sekali Jibril digelar ‘roh’ oleh al-Quran tetapi berkali-kali (al-Baqarah: 87 & 253, al-Ma’idah: 110, al-Nahl: 102, al-Syu’ara’: 192-193 dan al-Naba’: 38)

Selain itu, wajib diingat perihal roh adalah rahsia Allah yang tergolong dalam urusan ghaib. Pengetahuan kita mengenainya pun sangat sedikit, jadi usahlah terlebih bijak daripada Allah. (rujuk al-Isra’: 85)

Sebarang bicara mengenai yang ghaib wajib bersandarkan sumber wahyu seperti al-Quran dan hadis sahih. Tidak cukup sekadar berkata ‘ia ada disebut dalam kitab’ atau ia pernah dikongsi oleh Pak Ustaz dalam media sosial. Fahamilah disiplin ilmu Islam ditegaskan melalui surah al-Naml ayat 65.

Al-Quran menegaskan roh orang yang sudah mati terkurung di alam barzakh sehingga kiamat. Tidak boleh balik semula ke dunia, tidak untuk balik mengutip ‘pahala-siswa’ pada bulan Ramadhan atau malam Jumaat dan jauh sekali untuk pulang menjadi hantu membalas dendam.

Akurlah kepada firman Allah ini pada surah al-Mu’minun ayat ke-99 hingga 100 yang bermaksud, “Hingga apabila datang kematian kepada seseorang daripada mereka (orang kafir) dia berkata: “Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong). Dan di hadapan mereka ada dinding (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan”

Malahan barzakh itu sendiri dalam takrifnya bermaksud dinding pemisah yang menghalang roh si mati daripada kembali ke dunia. (Tafsir al-Jalalayn)

Jika dikata yang bebas adalah roh manusia yang beriman. Apa dalilnya? Tambahan pula nikmat alam barzakh yang dirasai orang beriman jauh lebih hebat daripada nikmat duniawi. Jadi apa perlunya mereka pulang ke dunia mencari yang biasa serta meninggalkan yang istimewa?

Jika dikata pulang mereka adalah untuk mengutip pahala sedekah anak cucu, maka jawabnya penyaluran pahala boleh sahaja dialirkan terus ke alam barzakh tanpa perlunya mereka balik.

Jika dikatakan ada hadis sahih menyebut orang yang sudah mati masih mampu mendengar sebagaimana bicara Nabi SAW kepada bangkai kafir quraysh yang terbunuh selepas perang Badar (Sahih Muslim), maka fahamilah hadis itu dengan betul. Rasulullah SAW menyatakan mereka mampu mendengar dan bukannya mampu balik ke dunia selepas mati.

Jika dikatakan ada riwayat menyebut orang hidup bermimpi bertemu orang mati, perlu difahami ini juga bukan dalil roh si mati pulang ke dunia. Ini adalah pertemuan di suatu alam yang hanya Allah sahaja tahu.

Sebahagian ulama menyebut ketika manusia tidur, Allah mempertemukan roh orang yang hidup dengan roh orang yang sudah mati di suatu alam bandingan yang dikenali sebagai ‘alam mithal’ dan bukannya roh si mati itu kembali ke dunia. Prinsip perbincangan mengenainya berpaksi pada ayat ke-42 surah al-Zumar.

Jika dikatakan ada sebuah hadis lemah menyebut mengenai kepulangan roh pada bulan Ramadhan, maka jawabnya hadis lemah tidak boleh menjadi hujah agama, apatah lagi untuk menyanggah ayat 99 dan 100 surah al-Mu’minun di atas.

Begitu pun, walau berjela diberikan hujah naqli (wahyu) dan aqli (logik) menafikan kepercayaan karut ini, orang jahil yang tiada disiplin ilmu Islam akan menyanggah dengan ayat `seribu guna’ mereka iaitu: “Ia tidak mustahil pada kekuasaan Allah kerana Allah itu Maha Berkuasa. Boleh sahaja Allah dengan kuasanya yang tidak terbatas membebaskan roh yang beriman pada bulan Ramadhan atau malam Jumaat.”

Berdasarkan penjelasan di atas dapat disimpulkan bahawa pada asasnya ruh orang yang meninggal tidak boleh kembali ke dunia. Maka pandangan yang mengatakan misalnya roh orang yang mati masih berada atau melihat ahli keluarga selama tiga hari tiada asasnya. Pengecualian yang diberikan oleh sebahagian ulama ialah kemungkinan untuk mereka yang masih hidup bertemu dengan ruh yang telah mati dalam mimpi dengan izin Allah.

Sebarang dakwaan menyanggah hukum dan undang-undang Allah ini wajib ditolak. Jika tidak, agama suci ini akan jadi ‘agama secukup rasa’ yang bergantung kepada penganutnya.

Jika mahu lebih pedas tambahlah cilinya. Jika mahu lebih masin, tambahlah garamnya. Jika mahu lebih manis, tambahlah gulanya.

Jika ini disiplin memahami agama ini, hilanglah keagungannya dan runtuhlah kegemilangannya.

Wallahu a’lam.

Jom Kita Lakukan 6 Amalan Kesukaan Rasullulah Di Bulan Ramadhan Ini

6 Amalan Kesukaan Rasulullah Di Bulan Ramadan



AMALAN yang menghidupkan Ramadan ialah memperbanyakkan sedekah kerana sikap bermurah hati pada Ramadan adalah dituntut. Ibn Abbas melaporkan: “Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)

Menerusi IslamItuIndah.my, disenaraikan enam amalan kesukaan Rasulullah di bulan Ramadan:

MEMBACA AL-QURAN

Disunatkan memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan kerana ia bulan al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “… bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Malaikat Jibril sentiasa bertadarus al-Quran dengan Nabi SAW setiap hari sepanjang Ramadan. Para salaf mendahulukan bacaan al-Quran daripada ibadah lain. Sebahagian salaf khatam al-Quran dalam masa tiga hari, sebahagiannya tujuh hari dan 10 hari pada Ramadan.

Saidina Uthman bin Affan khatam al-Quran setiap hari pada Ramadan. Imam Zuhri berkata apabila tiba Ramadan, “Sesungguhnya Ramadan itu bulan membaca al-Quran dan menyediakan makanan untuk orang berpuasa.”

MEMBERIKAN MAKAN KEPADA ORANG YANG BERBUKA PUASA

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.” (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)

QIAMULLAIL

Disunatkan berjaga malam secara berjemaah pada bulan Ramadan iaitu solat terawih dan waktunya di antara solat Isyak hinggalah terbitnya fajar. Nabi sangat gemar mendirikan malam pada bulan Ramadan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.”

(Hadis riwayat Bukhari)

SOLAT TARAWIH

Solat tarawih adalah solat khusus yang hanya dilakukan pada Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid. Di sesetengah tempat, sebelum solat tarawih, diadakan ceramah singkat bagi menasihati jemaah.

MENGERJAKAN UMRAH

Perkara disunatkan pada Ramadan adalah mengerjakan umrah berdasarkan sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Umrah pada Ramadan (pahalanya) sama dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku.” (Hadis riwayat Bukhari)

ZAKAT FITRAH

Zakat fitrah dikeluarkan khusus pada Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya solat sunat hari raya. Setiap Individu Muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat fitrah. Nilai zakat fitrah adalah satu gantang makanan ruji atau setara dengan 2.7 kilogram beras. Di Malaysia, nilai zakat fitrah ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri.

#TAMAKPAHALA! Lelaki Ini Berkongsi Cara Mencari Pahala Dengan Mudah Di Bulan Ramadhan

Syed Azmi Kongsi 4 Cara Mudah Dapat Pahala Extra Ramadan



Mungkin anda kenal dengan lelaki yang bernama Syed Azmi ini, baru-baru ini dia ada kongsikan cara untuk dapatkan yang banyak dengan mudah atau dipanggil “Tamak Pahala Collective Fund” di Bazaar Ramadan.

Sempena bulan ramadan yang mulia ini, marilah kita pelajari serba sedikit bagaiman nak mencari pahala dengan mudah. Marilah kita semua menjadi seorang yang tamak pahala seperti Syed Azmi.

Caranya yang sangat mudah, tetapi ia seperti ‘pahala berangkai’ yang kita akan dapat. Untuk keterangan yang lebih jelas, jom kita baca tulisan beliau di bawah ni.

1. Suspended Bazaar Ramadan #tamakpahala



2. Intoducing Suspended Meal



3. Good Kindness Spread Out.



4. To Do Sedaqah Is Not Only Means By Money



Semoga idea bernas ‘tamakpahala’ ini menjadi sedikit sumber inspirasi kepada kita untuk melakukan ibadat dengan ‘menderma secara berangkai’.

Harap anda semua boleh manfaatkan perkongsian daripada Syed Azmi ini.

Ketahui Kebaikan Yang Ramai Orang Buat Tapi Rupanya Hanya Sia-Sia



1. Hati2 dengan plastik bocor. Kamu ambil wudhuk dgn sempurna tapi membazir air (plastik bocor)

2. Kamu solat, sedekah, baca Quran, pegi haji n umrah banyak kali tapi kamu membuat fitnah tentang orang.. So (plastik bocor)

3. Kamu beri byk sedekah kat org miskin tapi kamu mempergunakan dan melukai mereka (plastik bocor)

4. Kamu bangun tahajud, puasa dan taat pada Allah tapi kamu putuskan tali silaturrahim dengan keluarga (plastik bocor)

5. Kamu puasa dan sabar dengan ujian lapar dan dahaga tetapi kamu bersumpah, mengganggu, mengacau dan tak boleh kawal marah kamu (plastik bocor)

6. Kamu pakai abaya dan tudung tapi minyak wangi kamu bau kuat (plastik bocor)

7. Kamu muliakan dan layan baik tetamu kamu tapi bila dia balik, kamu cakap belakang pasal semua kekurangan dia (plastik bocor)

8. Kamu berkorban kesenangan kamu demi anak dan suami tapi kamu merungut setiap masa membuatkan mereka rasa bersalah (plastik bocor)

9. Kamu doa mohon keampunan, Allah beri kamu sakit, kamu mula merungut buat org sekeliling kamu tertekan (sedangkan sakit pengampun dosa) (plastik bocor)

10. Jangan kamu kumpul semua amalan baik kamu dalam plastik bocor. Kamu berusaha mengisinya tapi dengan senang ia jatuh tumpah ke bawah!

Muhasabah diri bersama