Wajah Tak Sama Dengan Kad Pengenalan, Gadis Ini Tak Dilayan Semasa Di Bank

Di China, seorang gadis yang ingin membuat urusan mengenai kad ATMnya, tidak di layan oleh pegawai bank di sana selepas mendapati wajahnya tidak sama dengan kad pengenalanya.



Gadis tersebut yang hanya dikenali sebagai Fefei, terlupa nombor PIN kad ATM miliknya kerana sudah lama tidak menggunakannya.

Disebabkan perkara tersebut, dia ke bank untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Namun, apa yang mengecewakannya ialah dia tidak dilayan oleh pegawai bank disana kerana rupanya tidak sama seperti dalam gambar kad pengenalannya.

Dalam gambar tersebut, Fefei masih berisi dan kini dia telah turun berat badan sebanyak 7 kg dan gaya rambut juga berbeza, memandangkan kad pengenalan tersebut dibuat pada tahun 2009.

Kerana tidak percaya, pihak bank memintanya untuk mendapatkan surat pengesahan identiti dari pihak polis – Agensi

Artikel Terkait