Tahukah Anda Ini Kerja Paling Senang Di Dunia - Hanya Perlu Tidur!!

Kerja Paling Senang di Dunia, Hanya Perlu Tidur di Atas Katil Beralaskan Tilam Empuk



Kita selalu mendengar ramai orang bercakap atau bergurau yang kerja paling senang di dunia adalah tidur.

Mungkin kedengaran ianya untuk orang yang malas tetapi sebenarnya kerjaya berkenaan memang wujud dan diberi nama Penguji Hotel dan ia adalah kerja profesional bergaji untuk syarikat atas talian, Qunar.



Zhuang Jing merupakan salah seorang dari tiga pekerja penguji hotel di China di mana dia dan dua orang lagi pekerja Penguji Hotel telah dipilih dari 7,800 pemohon pada tahun 2010 lalu memetik Siakap Keli.

Kerja mereka adalah senang, hanya perlu merasai suasana dan kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel dan kini Zhuang telah tidur di lebih 200 buah hotel di hampir seluruh China.



Kerjanya hanyalah dengan tidur, menguji barangan di dalam hotel seperti televisyen, peti ais, pemanas air, bilik mandi, kelajuan wifi, penghawa dingin dan segala kemudahan yang ada di hotel dengan dia hanya perlu merakam melalui kamera.

Untuk Zhuang Jing, kerja ini amat menyeronokkan kerana dapat melancong, dapt mencuba pelbagai kemudahan yang sememangnya diimpikan oleh setiap orang dan dapat melihat pelbagai senario berbeza di setiap hotel yang diuji.

"Peranan saya adalah memainkan watak pelancong atau pengunjung dari latar belakang, usia dan jantina berbeza dalam keadaan yang berbeza. Seterusnya saya melihat bagaimana setiap hotel memenuhi keperluan setiap individu berkenaan" katanya.