Benarkah Lelaki Kacak Paling Ditakuti Wanita? Sebab Apa?

Tags

Dikurniakan wajah yang kacak dan tampan merupakan bonus bagi lelaki.



Apa yang pasti, bila memiliki rupa yang kacak, pasti akan menarik perhatian dan menjadi kegilaan wanita.

Tapi,bila rupa dah hensem, pasti ramai yang menganggap mereka ini suka mempermainkan perasaan wanita dan ramai wanita takut.

Jadi, ketahui sikap lelaki kacak yang menakutkan wanita!

Pilih bulu

Bila dah hensem, mula la pilih bulu. Nak yang betul-betul cantik je. Konon nak sama taraf. Yelah, takkan la muka dah hensem tapi girlfriend biasa-biasa je. Kalau dah dapat yang cantik, nak yang lagi cantik.

Kuat perasan

Bukan semua lelaki kacak tu selalu perasan. Tapi ramai jugak la yang lelaki hensem ni kuat perasan. Konon semua perempuan sukakan dia.

Ikon kasanova

Tak pelik jika lelaki hensem digelar kasanova, lebih-lebih lagi jika mereka ini ada ramai girlfriend dalam satu masa. Jangan seronok sangat nak pasang ramai-ramai, takut-takut dapat pasangan yang satu spesies baru tahu.

Selalu bagi alasan

Lelaki kacak ni suka beri alasan untuk lepaskan diri jika lakukan kesilapan. Wanita pulak selalu je cair sebab takut kehilangan mereka.

Mata duitan

Bukan wanita je yang materialistik, lelaki pun sama. Mereka akan gunakan paras rupa untuk kenakan wanita. Wanita pulak, disebabkan sayang, sanggup la berhabis duit.

Artikel Terkait