Wanita Mengandung Bahaya Kalau Minum Kopi

Biarpun kopi sering dikatakan banyak manfaat, namun minuman ini tetap mempunyai efek sampingan bagi kesihatan manusia. Apatah lagi buat wanita mengandung!



Wanita-wanita mengandung perlu berwaspada terhadap pengambilan kopi yang berlebihan.Tak kiralah kopi jenis apa, kopi susu, kopi hitam atau kopi segera,semuanya tidak disarankan buat ibu mengandung kerana kopi boleh meningkatkan risiko beberapa bahaya pada kandungan.

Ketahui beberapa bahaya kopi buat ibu mengandung:

1. Meningkatkan Risiko Keguguran
Ibu mengandung tidak disarankan untuk minum kopi.Pengambilan 100mg kafein per hari dikatakan boleh menyebabkan keguguran. Ini adalah kerana kafien pada kopi boleh meningkatkan denyuatan jantung dan akan mempengaruhi janin yang mana boleh menyerang plasenta setra masuk kde dalam peredaran darah janin tersebut.

2. Menganggu Sistem Penghadaman
Kopi atau kefein berlebihan boleh menstimulasikan pengeluaran asid sehingga boleh menganggu sistem penghadaman ibu mengandung.Selain itu, gangguan ini boleh menyebabkan pengambilan nutrisi dari ibu ke janin berkurangan sehingga janin tidak dapat berkembang dengan sempurna. Bagi anda yang sedang mengandung, sebaiknya menyedari bahaya kopi dan berusaha untuk menghindari sepanjang kehamilan tersebut.

3. Insomnia Dan Tekanan Darah Tinggi
Minum kopi terlalu banyak akan membuatkan seseorang menjadi sukar untuk tidur pada malam hari (insomnia). Ini adalah kerana kandungan kafein yang terdapat dalam kopi telah mengundang kerja jantung yang semakin tinggi. Jantung akan berdegup lebih kencang, ditambah pula dengan sistem pernafasan yang kurang baik membuatkan seseorang kerap terjaga di tengah malam. Bahaya kopi buat ibu mengandung juga boleh menimbulkan hipertensi.

4. Meningkatkan Risiko Leukemia Pada Janin
Di dalam sebuh jurnal ‘American Journal of Obstetrics and Gynaecology’ menyatakanibu mengandung yang mengambil secawan kopi sehari mempunyai 20 peratus melahirkan anak dengan leukemia. Risiko tersebut bertambah menjadi 60 peratusjika mereka mengambilnya lebih daripada dua gelas kopi.Manakala jika lebih daripda empat gelas per hari ia akan meningkat menjadi 72 peratus.

Info Ekstra!

Bagi anda yang tidak mengandung, untuk mendapatkan manfaat minum kopi, sebaiknya anda memperhatikan tips di bawah ini.

  • Jangan campur dengan pemanis buatan.
  • Gunakan gula sedikit agar jangan terlalu manis.
  • Jangan minum kopi dalam keadaan perut kosong.
  • Jika terdapat gangguan pada sistem penghadaman (sembelit)memadai anda minum 2 gelas kopi sahaja sehari.
  • Tidak minum kopi setelah jam melewati pukul 7 malam.