Petua & Tips Cara-Cara Untuk Menghilangkan Pipi Tembam

CARA MENGHILANGKAN PIPI TEMBAM



Ada orang merasakan comel dengan pipi yang tembam dan ada juga yang merasakan tidak cantik dengan pipi yang tembam. Kebanyakan wanita khususnya tidak suka dengan pipi yang tembam. Memiliki pipi yang tembam ibarat “orang gemuk” walaupun tubuh badannya tidaklah kelihatan “chubby”.

Bahagian pipi ini selalunya menjadi masalah bagi ramai wanita kerana ada juga wanita yang kurus tetapi memiliki pipi yang tembam. Pipi tembam tidak semestinya dimiliki oleh wanita yang gemuk sahaja.

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan pipi menjadi tembam antaranya adalah:

  1. Obesiti atau terlalu gemuk yang menyebabkan pipi turut sama tembam
  2. Terlalu kerap merokok dan minum arak
  3. Banyak makan makanan yang berlemak
  4. Kurang minum
  5. Kurang tidur
  6. Tidak melakukan senaman
  7. Terlalu banyak menguyah makanan

Cara-cara Menghilangkan Pipi Tembam

Latihan fizikal
Kardio merupakan sukan yang boleh membantu mengurangkan lemak pada kawasan pipi. Lihat juga apakah pipi chubby anda disebabkan berat badan yang berlebihan. Jika itu masalahnya, maka anda perlu melakukan program penurunan berat badan. Sempatkan untuk berlatih aerobik setiap hari. Bila anda pemilik tubuh kurus dengan pipi tembam, cuba lakukan jogging atau jalan cepat selama 30 minit. Lakukan langkah ini setiap hari untuk melancarkan peredaran darah dan meningkatkan metabolisme badan.

Jaga pengambilan makanan
Selain sukan, anda juga harus menjaga pengambilan makanan. Kurangkan pengambilan garam, kerana kandungan garam yang tinggi pada tubuh akan membuat wajah kelihatan bengkak. Elakkan juga makanan atau minuman mengandungi banyak susu, minyak dan lemak. Perbanyak pengambilan makanan yang mengandungi asid lemak omega-3, buah dan sayur-sayuran segar. Makanan ini akan membantu memperbaiki kerosakan tubuh akibat stres dan mencukupi keperluan nutrisi untuk membina otot wajah serta meningkatkan pengeluaran kolagen.

Selain itu, enzim yang terdapat pada buah dan sayuran mentah juga akan Menyalurkan lemak, protein dankarbohidrat ke organ-organ tubuh yang tepat dan memerlukannya. Bukan menyimpan sehingga menjadi timbunan lemak dan air.

Senaman wajah
Perlu diingat, gabungan antara latihan fizikal dan senaman wajah sangat penting untuk membuat pipi chubby lebih tirus. Menggabungkan senaman aerobik dengan senam wajah untuk dapatkan hasil maksimum. Untuk yang bertubuh gemuk atau kurus, lakukan senaman wajah 15 minit sehari. Tetapi tidak hanya itu saja, bila anda mendambakan pipi yang sedikit tirus, lakukan regangan dan pergerakan pada otot tulang pipi (otot yang membuat pipi kelihatan membulat saat tersenyum).

6 Teknik Senaman Hilangkan Pipi Tembam

Kunyah gula-gula getah
Dengan mengunyah gula-gula getah akan membuat otot di wajah kita bergerak seperti bersenam. Selain bermanfaat untuk meniruskan pipi yang tembem, mengunyah gula-gula getah juga dipercayai mampu menenangkan saraf dan membersihkan gigi kita. Namun mengambil gula-gula getah juga tidak boleh terlalu banyak kerana  akan membuat gigi kita rosak.

Senaman X-O
Anda pasti pelik dengan maksud X-O ini. XO yang dimaksudkan disini adalah anda meniru atau mengucapkan huruf x lalu mengucapkan huruf o. Sehingga akan membentuk sebuah gerakan membuka dan menutup mulut. Hal ini juga termasuk dalam  teknik senaman wajah.

Mengangkat pipi ke atas
Angkat pipi keatas seperti saat anda sedang tersenyum. Angkat pipi hingga mendekati mata. Ini boleh dilakukan berulang-ulang dan bila-bila masa anda sempat kerana tidak memerlukan tempat atau masa yang tepat. Tetapi jangan lakukan di depan orang ramai, nanti orang fikir anda gila bila senyum sorang-sorang.

Membuka mulut lebar-lebar
Buka mulut atau rahang seperti saat anda mengucapkan huruf A. Tetapi jangan membuka mulut terlalu luas sampai terasa sakit. Lakukan latihan ini sebanyak 3 kali dalam satu hari. Jangan terlalu lama dan jangan terlalu kerap kerana akan membuat rahang menjadi sakit.

Buat mulut ikan
Buat bentuk bibir ikan, anda tahu kan bagaimana bentuknya bibir ikan? Juihkan bibir anda ke depan dan sedutkan pipi ke dalam dan lakukan berulang-ulang. Hati-hati jangan sampai luka bahagian dalam pipi anda.

Kembongkan pipi
Tiup kedua pipi anda kembongkan kacam ikan buntal, dan tahan beberapa saat. Selepas itu kembungkan pipi kiri pulak kemudian tahan lagi beberapa saat. Lakukan juga pada pipi yang sebelah kanan. Senaman ini boleh anda lakukan secara berulang-ulang.