11 Benda Yang Dilarang Menggunakan Ketuhar Gelombang Mikro

Teknologi banyak membantu kehidupan seharian kita dan memudahkan banyak rutin kerja. Namun, cara penggunaan gajet dan teknologi juga ada pantang larangnya supaya tidak memudaratkan serta selamat digunakan terutama yang membabitkan pemakanan dan elektrik. Ketahui 10 jenis benda yang dilarang sama sekali untuk digunakan di dalam ketuhar gelombang mikro.



Telur
Jika anda cuba untuk memasak telur sepenuh masak menggunakan ketuhar gelombang mikro, anda sebenarnya mengundang kepada kotoran sisa telur atau mungkin lecur di bahagian jari. Pemanasan yang berulang di dalam ketuhar ini boleh menghasilkan haba di dalam telur yang mana tiada ruang untuk haba tersebut keluar. Jadi, apabila haba yang terkumpul di dalam telur terlalu padat, ia akan mengakibatkan telur tersebut meletup dan sekaligus menyebabkan dapur anda dalam keadaan kotor dan berbau hanyir.

Daging
Potongan daging beku yang cuba dinyahbeku di dalam ketuhar gelombang mikro sebenarnya boleh mengakibatkan kemudaratan pada tekstur dan keadaan daging tersebut. Di bahagian tepi daging akan mula masak, manakala di bahagian dalam masih kekal beku. Dan jika ketuhar anda tidak direka dengan sistem pusingan ketika memanas, ini juga akan mengakibatkan penyebaran haba yang tidak statik, yang mana boleh menggalakkan pembiakan bakteria. Cara terbaik untuk menyahbeku daging beku adalah dengan cara meninggalkannya di dalam peti sejuk semalaman.

Susu ibu
Pemanasan susu ibu yang disimpan beku menggunakan ketuhar gelombang mikro bukan hanya boleh membuatkan ianya panas menggelegak dan mengakibatkan kelecuran di mulut bayi, malah ianya juga boleh merosakkan imun susu ibu tersebut. Cara terbaik adalah dengan merendamkan susu ibu yang disimpan di dalam botol bayi ke dalam air bersuhu sederhana suam.

Bekas plastik
Ramai yang tahu bahawa haba dan plastik tidak boleh digandingkan. Namun masih ramai yang cuba untuk memanaskan makanan dengan meletakkan ke dalam bekas plastik dan terus ke dalam ketuhar. Tahukah anda bahawa plastik mengandungi estrogen, sejenis bahan kimia yang membawa keburukan pada kesihatan manusia? Pemanasan di dalam ketuhar pemanas akan mengakibatkan bahan kimia ini melekat di dalam makanan dan sekaligus membawa penyakit kepada mereka yang memakannya. Cara yang paling selamat adalah dengan memanas makanan anda dengan diletakkan ke dalam pinggan dan terus ke ketuhar.

Bekas polistirena
Ia juga merupakan sejenis plastik dan boleh merembeskan bahan kimia yang merbahaya ke dalam makanan jika dipanaskan. Tak usah sama sekali menggunakan bahan ini untuk memanaskan makanan. Alih ke pinggan yang bersesuaian sebelum dipanaskan.

Sesetengah jenis pinggan
Jika anda punyai koleksi pinggan yang bercorak logam, elakkan dari menggunakannya ke dalam ketuhar pemanas walaupun corak logam tersebut bersaiz kecil sekalipun. Seeloknya, gunakan pinggan tanpa sebarang corak atau penggunaan rona dan sesuai untuk kegunaan di dalam ketuhar.

Kole
Fungsi kole keluli tahan karat adalah untuk mengekalkan kepanasan minuman. Ianya sebenarnya boleh merosakkan ketuhar pemanas. Semak di bawah kole terlebih dahulu jika ianya selamat atau tidak untuk digunakan di dalam ketuhar. Jika ingin panaskan air, gunakan kole stoneware yang punyai tanda selamat untuk ketuhar gelombang mikro.

Memanas ketuhar kosong
Tanpa sebarang makanan atau air untuk menyerap haba yang dibebaskan ketuhar iaitu magnetron, ianya boleh menyebabkan kerosakan serta punca kepada kebakaran. Pastikan anda tidak menekan butang ‘start‘ jika tiada sebarang makanan atau air di dalam ketuhar.

Secawan air
Jika secawan air dipanaskan di dalam ketuhar pemanas tidak kira menggunakan cawan dengan material seramik mahupun gelas kaca terlalu lama, ia akan mengelakkan dari kewujudan gelembung udara yang kebiasaannya membantu air untuk menyejuk. Air akan mula menggelegak jika anda mengalihkan cawan tersebut dan seterusnya mengakibatkan kelecuran. Untuk mengelakkannya dari berlaku, panaskan air dengan jangka masa yang tidak terlalu lama.

Kole yang disimpan bertahun lama
Sesetengah jenis kole minuman yang disimpan terlalu lama boleh mengeluarkan radiasi yang merbahayakan kesihatan. Mungkin anda patut simpan kole tersebut sebagai koleksi daripada menggunakannya.

Artikel Terkait