10 Lelaki Kacak Yang Dilahirkan Sebagai Wanita

Mereka dilahirkan sebagai wanita, namun nekad berubah untuk menjadi seorang lelaki. Lihat sendiri 10 wanita yang telah menjalani pembedahan untuk mengubah diri bagai lelaki tulen.

1. Buck Angel



Buck Angel, seorang pelakon dan penerbit filem p0rn0 terkenal di Amerika Syarikat merupakan seorang transgender.

Suatu ketika dahulu, dia pernah menjadi model wanita sebelum mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan bagi menghilangkan p4yu d4r4nya dan tampil lebih maskulin.

2. Balian Buschaum



Balian Buschaum atau nama asalnya Yvonne Buschaum merupakan bekas atlet lompat tinggi German namun terpaksa melupakan impiannya dalam bidang sukan kerana mengalami kecederaan, juga kerana keinginannya menukar jantina. Setelah selesai menjalani pembedahan, dia menukar namanya dan mahu dikenali sebagai Balian.

3. Loren Cameron



Bekerja sebagai seorang jurugambar, penulis dan aktivis tr4ns3ksu4l, Cameron digambarkan bapanya sebagai seorang ‘t0mb0y’ kerana dibesarkan di sebuah ladang dan ditugaskan membuat kerja-kerja kasar.

Dia pernah menerbitkan buku (Body Alchemy and Man Tool – The Nuts and Bolts of Female-to-Male Surgery) yang menampilkan perubahan fizikal tr4ns3ksu4l yang melakukan pembedahan menukar jantina.

4. Ian Harvie



Ian Harvie merupakan pelawak dan sering membuat komedi berdasarkan kisah hidupnya sebagai seorang transgender. Dia mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan pada usia 32 tahun.

5. Lucas Silveira



Silveira dilahirkan pada 1979 dan merupakan seorang figura yang tidak asing lagi dikalangan pemuzik. Dia turut memiliki vokal yang mantap persis lelaki tulen!

6. Rocco Kayiatos



Kayiatos atau turut dikenali sebagai Katastrophe merupakan seorang rapper. Dia bangga dikenali sebagai seorang pemuzik yang telah menukar jantina dan seringkali mengaitkannya dengan muzik.

7. Thomas Beatie



Thomas Beatie pernah mengejutkan seluruh dunia apabila dia menjadi lelaki pertama yang mengandung. Namun hakikatnya, Beatie merupakan seorang transgender dan mula mengambil pil hormon ketika berusia 20an.

Walaupun bagaimanapun, dia mengambil keputusan untuk mengekalkan alat sulitnya, dan kini memiliki tiga orang anak yang dikandungnya sendiri.

8. Ryan Sallans



Ryan Sallans atau nama asalnya Kimberly Ann Sallans merupakan seorang transgender yang juga aktivis di Amerika Syarikat. Dia kini menjelajah ke seluruh negara itu bagi mengubah persepsi masyarakat terhadap golongan sepertinya. Dia menjalani beberapa siri pembedahan pada tahun 2005 dan berjaya tampil sebagai seorang lelaki yang kacak.

9. Andreas Krieger



Krieger merupakan seorang ahli sukan bagi acara spot putter dan bertanding mewakili Jerman. Ketika remaja, dia diberikan anabolic steroid tanpa pengetahuannya sehingga menyebabkannya menjadi maskulin dari segi penampilan dan perwatakan.

Selepas bersara pada tahun 1991, dia menjalani pembedahan menukar jantina. Menurutnya, walaupun gembira dengan keadaannya kini, dia kecewa kerana diberikan hormon lelaki tanpa pengetahuannya.

10. Chaz Bono



Dilahirkan sebagai Chastity Bono, dia merupakan anak perempuan kepada penyanyi Sonny dan Cher. Dia menerima banyak kritikan selepas diketahui seorang l4sb14n. Dia kini gembira dengan kehidupannya sebagai seorang lelaki.