10 Cara Mudah Untuk Pastikan Barangan Dapur Sentiasa Segar

10 Cara Mudah Untuk Pastikan Barangan Dapur Sentiasa Segar.



Satu masalah yang sering dialami oleh ibu ibu yang selalu berada di dapur ialah, barangan dapur seperti bawang, cendawan, lobak dan sebagainya akan cepat berubah tahap kesegarannya. Maka, di sini disertakan 10 cara untuk memastikan barangan dapur ini sentiasa segar.

1. Letakkan telur dibahagian tengah fridge . Ini kerana suhu di sana lebih konsisten berbanding pada tempat lain. Ini akan memastikan telur dalam keadaan sentiasa segar.



2. Ini merupakan cara yang selalu digunakan petani. Untuk memastikan lobak sentiasa segar, letakkan di dalam bekas yang berisi pasir yang lembab. Dan letakkan di dalam tempat yang gelap. Ianya juga boleh dipakai untuk makanan lain.



3. Campurkan air dengan sedikit cuka untuk memastikan strawberry sentiasa segar.



4. Simpan biskut anda sekali dengan sekeping roti. Ianya akan mengelakkan biskut anda lemau. Dan akan menjadikannya sedap.



5. Letakkan cendawan di dalam beg kertas. Meletakkan di dalam beg plastik akan menyebabkan plastik memerangkap lembapan, dan cendawan akan hilang kesegarannya.



6. Letakkan kismis di dalam bekas jar.



7. Letakkan daun-daun sayur di dalam plastik. Untuk ianya lebih tahan.



8. Sama seperti telur tadi, letakkan susu di bahagian tengah fridge.



9. Jangan pegang cheese ketika memotongnya. Ianya akan menyebabkan bakteria pada tangan berpindah kepada cheese. Dan cheese anda tidak akan dapat tahan lama.



10.Gunakan pembungkus plastik untuk membungkus pisang . Ini akan menjadikan pisang tahan lama.