TIPS PENTING! Cara Nak Tahu Jika Ada Orang Curi Gambar Anak Anda

Cara Nak Tahu Jika Ada Orang Curi Gambar Anak Anda



Kejadian yang menimpa Harith Iskander wajar dijadikan pengajaran kepada semua ibu bapa khususnya yang mempunyai anak. Harith yang jijik melihat gambar anaknya terpapar di laman web luc@h kini telah membuat laporan polis.

Bagaimanakah cara anda nak tahu sekiranya gambar anak anda digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab?

Jika penulisan memberi pengajaran mungkin kita boleh terima. Tapi, sekiranya dimasukkan dalam blog luc@h dan sebagainya yang tidak patut, pasti menimbulkan amarah dan kerisauan.

Google Images

Gunakan Google Images untuk mengenalpasti sekiranya gambar anak anda telah digunakan. Cara ini hanya boleh dilakukan dengan menggunakan PC atau LAPTOP anda.


Langkah 1: Taip https://www.google.com/ dan klik 'images' pada bucu kanan

Langkah 2: Tekan gambar kamera

Langkah 3: Muatnaik gambar atau 'paste' url gambar anda

Langkah 4: Tunggu sehingga enjin carian Google memaparkan keputusan.

Semoga info ini memberi manfaat dan kepada anda di luar sana, jangan pandang remeh dengan laman web luc@h yang melibatkan kanak-kanak. Golongan p3d0phile ini mungkin berada di sekitar anda.

Sekiranya gambar anak anda tersenarai dalam laman web luc2h, segera laporkan kepada pihak berkuasa.