Apabila kita berbicara mengenai soal makan luar, pasti restoran mamak akan menjadi salah satu jawapan. Mungkin ada di antara anda setuju atau tidak tetapi bagi sesetengah individu, makan di mamak dapat menjimatkan masa dan juga pilihan yang banyak.
Menerusi Vitdaily.com, hari ini kami kongsikan suara mereka yang sentiasa minat meluangkan masa di restoran mamak. Bagi kami, jika datang ke restoran mamak, kari kambing dan juga roti canai adalah pilihan utama.
Bersih
Makan di restoran mamak kebiasannya adalah bersih dan selalu juga mop lantai dan pastikan meja sentiasa bersih. Sorry to say, kadang-kadang tidak banyak kedai makan lain mampu untuk konsisten dengan aspek kebersihan. Barulah satu Malaysia datang boleh makan semeja.
Servis Pantas
Servis yang pantas merupakan salah satu perkara yang perlu ada pada setiap kedai makan yang wujud di muka bumi ini. TIdak ada pelanggan yang mahu tunggu lama. Jika sudah lama sangat menunggu, memang mengamuk jadinya.
Tisu banyak
Ada orang pernah beritahu kami, jika mahu makan di kedai makan, sila bawak tisu sendiri. Tidak mengapa, nanti kami bawa pinggan dan juga sudu garfu sendiri. Tisu merupakan komponen penting dalam memastikan kebersihan sentiasa terjamin. Maaflah, jika buka kedai makan tapi berkira sangat mengenai tisu, boleh fikir balik kenapa anda buka kedai makan.
Kesatuan yang kuat
Kita semua tahu bahawa restoran mamak berdiri di atas kesatuan yang sangat kuat. Ibarat satu persatuan yang sangat berkesan dalam menjamin pertumbuhan setiap cawangan. Tidak perlu berbangga dengan persatuan bangsa jika gagal mengembangkan perniagaan.
Layanan yang mesra
Tidak dinafikan kadang-kala jika terlalu kerap sangat datang ke restoran mamak, hubungan di antara pekerja dan juga pemilik restoran pasti akan jadi lebih baik. Bukan apa, kadang kadang ada kedai di luar sana tidak pandai jaga pelanggan, sebab apa yang ada di kepala ialah keuntungan semata.
Suka atau tidak, restoran mamak telah mencorak satu budaya baru di Malaysia. Tidak ada guna memperkecilkan sesetangah pihak hanya jika ada tidak suka persaingan kerana kita sama-sama mencari rezeki. Apa-apa pun, asalkan halal dan diyakini, kami makan sahaja.