Kesesakan Lalu Lintas Paling Teruk Di Dunia - Selama 12 Hari!!

Kesesakkan lalu lintas yang sering berlaku di Malaysia biasanya berlaku untuk tempoh masa dua ke tiga jam sahaja..Kesesakkan paling teruk yang akan berlaku pun apabila tiba musim perayaan di mana-mana kebanyakkan pengguna akan pulang ke kampung..Justeru, jika kesesakan yang berlaku selepas pulang dari kerja, itu hanya lah perkara biasa..Walaubagaimana pun, tidak ada kesesakkan yang paling teruk seperti mana di Lebuh Raya Beijing-Tibet..Nak tahu sebab apa? Meh usha kat bawah ni..
























Kesesakkan yang paling teruk pernah di rekodkan di dunia adalah di Lebuh Raya Beijing-Tibet di mana ia melibatkan kesesakkan selama 12 hari dan berlaku sejauh 260 kilometer.

Setiap kenderaan yang terkandas hanya mampu bergerak sejauh 1 kilometer sahaja. Ia berlaku pada Ogos 2010 disebabkan oleh kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya yang sedang dilakukan ketika itu.

Jadi, terdapat terlalu banyak lori-lori yang mengangkut barang di sepanjang lebuh raya itu. Apa yang menariknya, walaupun terkandas dalam kesesakkan jalan raya yang teruk ketika itu, pemandu yang terperangkap dari wilayah Inner Mongolia dan Hebei yang menuju ke Beijing terpaksa membuang masa mereka dengan tidur, bermain kad terup dan catur selain bersiar-siar.

Proses penyelenggaraan itu siap sepenuhnya pada bulan berikutnya.
















Sumber: MyNewsHub

p/s: Keadaan yang sering berlaku di Malaysia namun tak seteruk di China