Tahukah anda bahawa makanan yang dibakar ataupun panggang ataupun barbeku ini berbahaya kepada kesihatan? Bahkan ada yang beranggapan makanan tersebut penyebab kepada penyakit barah, benarkah?
Satu kajian saintifik menemui bahawa, dua jenis bahan kompaun penyebab kanser dapat terbentuk selama proses pemanggangan iaitu polycyclic aromatic hydrocarbon(PAH) dan heterocyclic amino (HCA).
PAH terbentuk dalam asap mudah ditemui di permukaan daging dan sukar hilang, manakala HCA disebabkan dimasak termasuk digoreng atau dipanas dalam ketuhar pada suhu tinggi akhirnya terbentuk di dalam isi daging.
Walaubagaimanapun, anda tidak perlu bimbang kerana terdapat beberapa petua mudah untuk memasak barbeku, malah kita sebenarnya dapat memasak dengan cara meminimumkan risiko barah.
Senarai petua mudah yang boleh diamalkan:
1. Rendam terlebih dahulu daging untuk dipanggang dalam air bersih.
2. Rebus sebelum dipanggang. Ini akan hilang lemak. Kesannya lemak menitis saat dipanggang yang akan bentuk asap.
3. Sering bolak-balik daging panggang seperti diamalkan pada sate.
4. Memasak panas tetapi mesti dalam keadaan suhu rendah.
5. Jangan memasak daging langsung di atas arang terbakar.
6. Hadkan penggunaan penutup untuk mengurangi asap tebal terkepung.
7. Buang bahagian yang hitam pada permukaan daging sebelum dimakan.