Sandra Bullock Dikecam Hanya Kerana Muka Dia dan Anaknya Tidak Serupa

Tak semua orang merasa kemanisan melahirkan anak dan tak semua orang berpeluang merasa mempunyai anak walaupun ianya adalah anak angkat.



Sandra Bullock, pelakon terkenal Hollywood mengambil anak angkat Louis, 5 tahun lalu. Wanita berusia 51 tahun ini mula diperkatakan sejak dari itu. Rupa-rupanya sesetengah orang tidak merasakan beliau seorang ibu yang sebenar. Selama bertahun-tahun beliau digelar ibu angkat dan diberitahu Louis bukanlah anaknya hanya kerana mereka tiada pertalian darah dan warna kulit mereka berbeza.

Itulah ketikanya beliau memuat naik gambar bersama anaknya di Facebook dengan kapsyen luahan hati.

“Saya dah penat dengar dari semua orang yang dia bukan anak saya, yang dia bukan darah daging saya dan saya hanya dikenali sebagai ibu angkat. Saya seorang ibu. Saya tak perlukan panggilan lain atau dilabel dengan nama lain. Dia mungkin tidak mempunyai mata saya, dia mungkin tak memiliki senyuman saya, dia mungkin tak serupa dengan kulit saya, tapi dia memiliki seluruh hati saya. Ibu adalah seorang insan yang membesarkan , menyayangi dan menyediakan segala yang diperlukan oleh seorang anak. Tak penting sama ada darah daging atau tidak.

Saya pegang dia dalam pelukan dan saya bersyukur kepada Tuhan kerana membawa dia dalam hidup. Jika laluan untuk memiliki sebuah keluarga menjadi untuk saya, saya tak akan bertemu anak istimewa ini. Saya perlu kenal dia. Saya perlu jadi ibunya. Kini saya tahu kenapa segala ini berlaku dan tidak berlaku. Agar saya boleh bertemu anak kecil ini. Dia, dalam segala hal, adalah anak saya.”

Sandra juga menambah lagi dalam post nya yang beliau sangat sukakan hidupnya sebagai seorang ibu. Beliau tidak kisah jika mempunyai lima lagi orang anak seperti Louis. Beliau juga menyarakankan orang di luar sana agar tidak takut untuk mengambil anak angkat sepertinya.

Sumber: Empoweringwomennow.cm