5 Spesis Ayam Paling Unik Dan Jarang Ditemui
Bagi kebanyakan orang, ayam mungkin hanya merupakan haiwan sumber protein. Namun bagi sesetengah yang lain, binatang itu merupakan kehidupan eksotik yang patut dihargai sehingga bernilai ribuan ringgit.
Namun ayam disiarkan di bawah ini yang lazim jadi kegemaran ramai pencinta unggas di seluruh dunia kebiasaannya berasal daripada jenis yang unik dan jarang ditemui seperti gambar-gambar ayam berikut.
Ayam Silkie
Ayam-ayam ini kelihatan comel kan? Inilah ayam silkie yang terkenal kerana memiliki bulu-bulu pelepah yang lembut seperti anak kucing.
Portal Strange Animals melaporkan, ayam saiz kecil macam serama ini mempunyai tulang, paruh dan kulit hitam. Namun bulunya boleh berwarna-warni.
Ayam silkie biasanya dijadikan haiwan peliharaan kerana penampilan haiwan tersebut dan lazim diternak hanyak untuk mendapatkan telur sebab mampu menghasilkan 100 biji setahun.
Ayam Tel@nj@ng
Seperti yang dilaporkan Amusing Planet, ayam tanpa bulu adalah spesies kacukan yang dihasilkan oleh Avigdor Cahaner, seorang saintis Israel. Ayam tel@nj@ng adalah kacukan ayam ‘broiler’ dan ayam dengan leher tanpa bulu.
Idea di sebalik penghasilan ayam tel@nj@ng ialah ‘cipta’ ayam yang lebih sesuai untuk diternak di negara dengan iklim panas. Selain itu, ayam tel@nj@ng boleh meningkatkan tahap kecekapan di tempat-tempat penyembelihan.
Ini kerana ayam sebegini tidak memerlukan masa yang lama untuk dibuang bulunya. Malangnya ayam tel@nj@ng jantan sukar untuk ‘berkahwin’ kerana mereka tidak dapat mengepakkan sayap untuk kekalkan keseimbangan.
Ayam tel@nj@ng betina pula lebih mudah terdedah kepada parasit, penyakit kulit, serangan nyamuk, perubahan suhu dan selaran matahari kerana ia tidak mempunyai bulu yang juga berfungsi sebagai pelindung tubuh.
Ayam Cemani
Ayam asli Indonesia ini terkenal kerana seluruh bahagian tubuhnya berwarna hitam. Tidak hanya bulu dan kulitnya yang hitam, mata, organ dan tulangnya juga berwarna hitam.
Bahkan darah ayam cemani berwarna sangat gelap, tidak seperti ayam lain secara umumnya.
Ayam Onagadori
Ayam jenis ini mempunyai keistimewaan berupa ekor yang sangat panjang sekali gus menjadikan keseluruhan penampilannya sangat eksotik.
Strange Animals melaporkan, ayam ini berasal dari wilayah Kochi di Jepun. Panjang ekor ayam ini boleh mencapai 8 meter, jika dipelihara dengan amat baik.
Ayam Dong Tao
Ayam-ayam yang kelihatan agak mengerikan ini merupakan ayam jenis Dong Tao. Ia berasal dari daerah Khoai Chau, dekat bandar Hanoi di Vietnam.
Ayam jenis ini tergolong sebagai jenis yang jarang ditemui. Sebelum ini, ia hanya diternak khusus untuk keperluan dan penggunaan keluarga pemerintah.
Namun sekarang, ia disajikan di restoran-restoran mewah. Seekor ayam Dong Tao hidup boleh berharga sehingga RM4,400.
Ayam ini memang mempunyai badan yang besar dan sihat, dengan cakar serupa kaki naga berwarna merah. Amusing Planet melaporkan, seekor ayam Dong Tao jantan saja boleh mencapai berat sehingga 6 kilogram.
Namun yang membuat ayam ini sangat mahal ialah kesukaran untuk menternaknya. Ayam Dong Tao sangat sensitif terhadap perubahan cuaca.
Jumlah telur yang dihasilkan ayam Dong Tao betina pula jauh lebih sedikit berbanding ayam biasa. Dan kaki ayam Dong Tao yang sangat besar menjadikan proses pengeraman, agak sulit dan harus dibantu oleh manusia.