Terlampau banyak resepi yang direka oleh tukang masak dari seluruh dunia sampaikan makanan yang berbahaya pun boleh dijadikan menu santapan pelanggan. Ada beberapa makanan yang boleh dikatakan beracun jika tersalah masak atau tersalah makan
Dibawah ni, kami akan share 4 jenis makanan berbahaya yang boleh dimakan kalau betul cara pembikinan dan cara makanannya.
1) FUGU / IKAN BUNTAL
Masyarakat Jepun sudah lama makan fugu iaitu sejenis ikan buntal sejak turun temurun. Ianya sangat merbahaya untuk dimakan kerana mengandungi racun yang mana ianya boleh menyebabkan lumpuh dan masalah pernafasan. Jika ianya tidak disediakan mengikut prosedur yang betul, ianya boleh membunuh. Tukang masak di Jepun harus mempunyai sijil atau lesen dan menerima latihan selama tiga tahun untuk mengendalikan fugu. Dan fakta paling menarik, tiada penawar bagi racun ikan ini.
2) SANNAKJI / SORONG KURITA HIDUP
Setiap tahun, dianggarkan 6 orang mati akibat memakan Sotong Kurita yang hidup hidup atau lebih dikenali sebagai Sannakji. Ini adalah kerana memakan Sannakji hidup-hidup boleh menyebabkan sesungut sotong itu melekapkan diri pada tekak dan akibatnya siapa yang makan boleh tercekik.
3) CASU MARZU
Casu Marzu sebenarnya adalah sejenis cheese yang terdapat di Sardinia, Itali. Ianya diperam secara terbuka bagi mempercepatkan proses penapaian. Apabila ianya terdedah, serangga seperti lalat dengan senang hati bertelur di dalam cheese ini. Ada yang mengatakan, telur dan larva lalat itu boleh menambahkan perisa kepada cheese ini. Dan cheese ini dimakan bersama-sama larva lalat. Yang bahayanya, jika anda tidak mengunyah dengan betul, larva lalat yang masih hidup boleh memakan usus anda dan menyebabkan anda muntah dan kejang otot.
4) ACCKEE PLANT
Buah ini memang terkenal di Jamaica. Malah merupakan salah satu makanan yang menjadi simbol kebudayaan disana. Akan tetapi, anda perlu berhati-hati semasa memakannya. Ini adalah kerana ia hanya boleh memakan bahagian warna kuning di dalam buah itu. Bahagian merah dan hitam itu boleh menyebabkan penurunan gula dalam darah dan menyebabkan kekejuran.
Haaa, ada berani nak makan tak??? Kalau rasa berani cubalah, tapi ingat kalau tersilap makan boleh maut. Apapun, lebih elok kita makan makanan yang telah disahkan bersih dan tidak mendatangkan kemudaratan pada diri. Sebelum memilih makanan tu, pilihlah dengan cara yang betul sebelum menyesal seumur hidup.