Cinta Itu Buta! Pernikahan Bayu dan Jennifer Jadi Viral Kerana Paras Rupa

Cinta tidak mengenal paras rupa. Mungkin inilah ungkapan yang boleh digambarkan ungkapan kepada pasangan yang berlainan budaya dan bangsa ini, Bayu Kumbara dan Jennifer Brocklehurst. Keduanya sudah berikrar dan mengikat janji untuk sehidup semati. Bayu merupakan seorang pemuda warga Indonesia manakala Jennifer pula berasal dari England.



Detik bahagia ini telah dikongsikan oleh Jennifer melalui melalui akaun Facebook miliknya. Pernikahan mereka baru sahaja berlangsung pada 8 Ogos yang lepas. Facebook miliknya juga turut dibanjiri dengan ucapan pengantin baru dan tahniah dari orang ramai.



Akan tetapi, Jen mengakui pernikahan mereka tidak mudah. Bukan soal adat setempat, tapi perbelanjaan perkahwinan mereka yang perlu diikhtiarkan. Di laman sosial media, Jennifer berkongsikan detik awal perkenalan mereka sehingga akhirnya mereka jatuh cinta.

“Kami adalah Bayu dan Jen. Kami bertemu di Sumatera pada Januari ketika saya sedang bercuti di Asia Tenggara lalu kami pun jatuh cinta,” tulis Jen di akaun tilt.com miliknya.



Jennifer merupakan seorang graduan lulusan Antropologi dari Universiti Andalas dan kini tinggal di Indonesia. Dia juga sempat mencari rezeki untuk mengumpul dana bagi perbelanjaan di hari pernikahan mereka tetapi dana yang dikumpul oleh mereka tidak mencukupi untuk menanggung perbelanjaan perkahwinan.


Jennifer berusaha mencari sumbangan dengan meminta bantuan rakan-rakannya di laman web tilt.com.

Supaya dapat melangsungkan pernikahan mereka dengan lancar, Jennifer meminta dana di laman tilt.com sebanyak  2.500 Pound Sterling bersamaan RM15000. Meskipun tidak mencapai sasaran dana, namun dia berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak 1000 Pound Sterling sahaja. Di laman tilt.com, anda boleh meminta dana dari sesiapapun dengan berbagai-bagai tujuan tetapi hanya warga Amerika, Britain dan Kanada sahaja yang boleh menggunakan laman web ini.



Jennifer  memberitahu dia tidak mahu meminta wang dari ibu-bapanya  kerana wang tersebut akan digunakan untuk belanja penerbangan bagi menghadiri hari perkahwinan anak mereka.



“Kami ingin melangsungkan perkahwinan kami dengan duit kami sendiri tanpa mengharapkan bantuan keluarga dan pastinya ia suatu perkara yang membuatkan ibu-bapa kami bangga.” ujar Jennifer.



Kisah mereka ini mendapat liputan luas media Indonesia kerana ramai yang beranggapan bahawa wajah Bayu biasa-biasa sahaja dan ada juga mengatakan wajahnya amat lucu tapi tiada siapa yang boleh melawan ketentuan takdir kan? Ini adalah jodoh mereka. Kedua-dua mereka sudah selamat bersanding di atas pelamin dan semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin.