9 Sebab Kenapa Gadis Kahwin Lambat

9 Sebab Kenapa Gadis Kahwin Lambat



Penulis ingin kongsikan 9 sebab mengapa gadis memilih untuk kahwin lambat, ini melalui pengalaman dan penceritaan rakan-rakan terdekat penulis sendiri. 

Soalan seperti "bila nak kahwin?" mungkin dianggap terlalu sensitif bagi sesetengah orang. Jadi, janganlah sibuk bertanya banyak kali jika ada rakan kita yang masih belum kahwin kerana mungkin mereka tergolong dalam salah satu sebab dibawah.

Jom kita tengok antara sebab-sebab itu :

#1. Pernah putus cinta tahap menonggeng.
- Setiap orang pasti pernah merasa bagaimana peritnya putus cinta dan dikecewakan oleh orang yang kita sayang. Bagi sesetengah individu, putus cinta bukanlah satu penghalang untuk bercinta lagi. Namun ada yang memilih untuk terus hidup "single" kerana takut dikecewakan lagi.

#2. Ingin hidup bebas dan tidak suka dikongkong.
- Belum puas enjoy, ingin bebas dan tidak mahu dikongkong merupakan antara salah satu alasan mengapa sesetengah gadis sekarang memilih untuk kahwin lambat. Bagi yang berfikiran seperti ini, perkahwinan merupakan satu pengakhiran untuk hidup bebas. Mungkin bagi mereka, selepas berkahwin sudah tiada lagi masa untuk berhibur bersama kawan-kawan kerana terpaksa memberi tumpuan penuh pada suami dan keluarga.

#3. Terlalu mementingkan kerjaya.
- Kerjaya juga merupakan sebab seseorang gadis lambat kahwin. Ada yang "gila bekerja" dan seronok mencari duit hingga lupa tentang perkahwinan. Namun, gadis zaman moden kini kebanyakkannya tidak kisah jika kahwin lambat kerana bagi mereka bukanlah sesuatu yang pelik di zaman sekarang. 

#4. Terlalu memilih pasangan.
- Bab ni tak boleh nak cakap apa sebab kalau terlalu memilih sudahnya apa pun tak ada. Senang cerita, ukur baju dibadan sendiri la kot. Tak payahlah nak memilih sangat sebab kekacakan seseorang suami bukanlah satu jaminan kebahagian didunia dan diakhirat kelak.

#5. Jodoh belum sampai.
- "Jodoh, ajal dan maut ditangan Tuhan". Dengan siapa jodoh seseorang, cepat dan lambat hanya Allah s.w.t yang tentukan. Jadi ini merupakan sebab juga kenapa ada yang masih belum kahwin. Kata orang, belum sampai seru lagi.

#6. Takut dapat suami yang K.O.
- Mungkin ada gadis yang takut untuk berkahwin kerana sering membaca kes-kes suami panas baran dan kaki pukul.  Ada juga kes isteri terpaksa menyara suami yang malas bekerja dan macam-macam lagi. Ini lah yang merisaukan sesetengah gadis.

#7. Pilihan hati dibantah keluarga.
- Perkara ini biasa terjadi dan bukanlah satu benda baru. Akhirnya, si gadis tawar hati untuk berumahtangga kerana baginya cinta sejati sukar ditukar ganti.

#8. Memang tak ada orang nak.
- Jangan gelak! Ini benar-benar terjadi. Bila ditanya "tak teringin ke nak kahwin?" jawapan mudah, "tak ada orang nak, nak kahwin dengan siapa?" Hmm betul juga. Tapi kalau dah macam ni kena lah rajin mencari, janganlah mengharapkan orang ngorat kita je.

#9. Tiada nafsu dengan lelaki?
- Ini masalah besar. Lu fikirlah sendiri... haha

Jadi, anda yang belum kahwin tu dalam kategori manakah agak-agaknya?