7 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Jika Ingin Berkahwin Dengan Cikgu
Berkahwin dengan seorang cikgu memerlukan persediaan rapi. Apabila seorang yang bukan cikgu mahu mengahwini seorang cikgu, banyak la benda perlu dipelajari dan diambil tahu. Kalau sesama cikgu mungkin juga tak banyak masalah.
Menerusi CikguHairul.com, kami kongsikan 7 perkara yang anda perlu tahu jika ingin beristerikan seorang cikgu.
1. Confirm si dia seorang cikgu
Confirm kah anda nak kahwin dengan seorang cikgu? Adakah anda jatuh cinta sebab dia seorang cikgu atau dia itu wanita yang kebetulannya seorang cikgu?
Dua keadaan jatuh cinta yang sangat berbeza. Cikgu adalah kerjayanya, sedangkan dia mahu dicintai sebagai dirinya seorang wanita. Kalaupun dia tidak lagi bekerja sebagai cikgu, adakah anda sanggup mengahwininya?
2. Sedia sibuk sepanjang masa
Kerja lain pun sibuk juga. Tapi kerja cikgu sibuknya lain macam. Sudah bersedia dengan sibuknya pasangan anda?
Sibuk seorang cikgu zaman ini memang tak boleh nak selindung lagi. Dari bukak mata, sampai nak tutup mata, seorang cikgu masih sibuk. Kadang-kadang nak pergi kenduri kawin kawan-kawan pun tak sempat.
Jangan marah-marah pulak bila nak pegi honeymoon pun tak ada masa. Jangan salahkan dia kalau dia kena pegi kerja dihujung minggu.
Sepatutnya itu semua sudah berada dalam jangkaan. Takkanlah nak terkejut sedang leka menyusur sungai, tiba-tiba ada jeram di depan.
3. Wajib menjadi pendengar yang baik
Kemahiran mendengar perlu ada pada seseorang yang nak berkahwin dengan cikgu. Bagaimana di sekolah, begitu jugalah di rumah. Kadang-kadang tak sempat masuk dalam kereta, ceritanya sudah berjela.
Dengar, faham dan cuba duduk dalam kasutnya. Sesekali beri respond. Seorang cikgu mampu bercakap 8 jam tanpa henti. Kalau kita tak respond sekali pun, dia mampu bercakap tanpa henti. Untuk mengelak kebosanan, sesekali sampuk untuk membuatkan dia berhenti seketika menarik nafas.
4. Populariti
Seorang cikgu memang popular. Anda mesti sanggup menjadi kurang popular. Walaupun anda seorang CEO di tempat kerja, itu belum boleh menandingi kepopularan seorang cikgu.
Pernah sekali tu masa saya bercuti di Sabah, ada sekumpulan veteran mintak tolong ambik gambar. Masa dia hulur camera tu, dia tanya, “awak ni cikgu kan?” Hahahaha. Macam tu la kepopularan seorang cikgu. Tanpa diberitahu pun orang boleh menelah.
Berjalanlah ke mana pun, peluang untuk ditegur itu tinggi. Kadang-kadang anak murid, bekas murid, mak bapak, atuk nenek murid akan tegur pasangan kita masa kita tengah syok dating. Pastikan tahap kesabaran kita di peringkat paling tinggi.
5. Sudi menjadi suri rumah
Bagi lelaki yang mahu memperisterikan seorang cikgu, ini pesanan saya. Sudilah kiranya menjadi seorang suri rumah tangga. Bukan bermakna anda seorang yang takut bini, tapi bantulah dia mengurus rumahtangga.
Kita nak hidup bahagia kan? Jadi apa salahnya bantu isteri di dapur. Insyallah isteri akan bantu kita di bilik tidur.
6. Pembantu rumah
Sekarang trend dua-dua bekerja sampai tak ada masa untuk rumahtangga. Mendapatkan pembantu rumah satu idea yang baik untuk difikirkan bersama.
Dengan memahami hakikat seorang cikgu itu sibuk dan tak ada masa untuk menguruskan rumahtangga, tak salah cari pembantu rumah.
7. Bercuti dengan rate yang ekslusif
Ini satu lagi perkara yang wajib kena terima. Lebih-lebih lagi kalau pasangan seorang cikgu dan seorang bukan cikgu. Nak bercuti bersama cuma pada masa cuti sekolah. Sebabnya, seorang cikgu bukan boleh ambik cuti suka-suka hati macam orang kerja sektor lain.
Di Malaysia ni rata-rata pusat peranginan mengenakan rate ekslusif (baca : mahal nak mati) masa musim cuti sekolah. Itu je la masa yang ada untuk kita bersama pasangan menikmati percutian. Kena terima dan redha. Sediakan duit banyak-banyak je la.
Nak berkahwin dengan cikgu, kena jadi orang yang hebat. Mesti berani menghadapi segala cabaran. Tak boleh berjiwa tisu. Ada berani?